
Zaman Air Batu
Zaman air batu adalah tempoh di mana suhu iklim bumi turun menyebabkan peningkatan jumlah pembentukan air batu di kutub dan glasir "glaciers " gunung.
Zaman air batu adalah tempoh suhu menurun dalam jangka masa yang lama dalam iklim bumi, menyebabkan peningkatan dalam keluasan air batu di kawasan kutub dan glasier gunung. Secara geologi, zaman air batu sering digunakan untuk merujuk kepada tempoh lapisan air abtu di utara dan selatan hemisphere; dengan takrifan ini kita masih dalam zaman air batu. Secara "colloquially", dan untuk tempoh 4 juta tahun kebelakangan, takrifan zaman air batu digunakan untuk merujuk kepada tempoh lebih sejuk dengan litupan air batu yang luas di seluruh benua Amerika Utara dan Eropah: dalam sudut ini, zaman air batu terakhir berakhir kira-kira 10,000 tahun lalu. Rencana ini akan menggunakan tempoh galsiar untuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan 'antaraglacia' (interglacial) untuk tempoh panas.
Butir-butir artikel :Tajuk : Zaman Air Batu
Jenis Bahan Bacaan : Internet/Artikel (tak pasti)
Sumber/Huraian(rekod) : http://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Air_Batu
Sejarah Jepun
Prasejarah
Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea.
Budaya Jomon timbul sekitar 11,000 sebelum Masihi dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Masyarakat Jomon juga merupakan penghasil barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Difahamkan bahawa kaum Jomon merupakan leluhur kaum Proto Jepun dan Ainu.
Permulaan era Yayoi di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia.
Butir-butir artikel :Tajuk : Sejarah Jepun-Prasejarah
Jenis Bahan Bacaan : Internet/Artikel
Sumber/Huraian(rekod) : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Jepun
No comments:
Post a Comment