Tuesday, January 12, 2010

mY arTicle 3 : Tamadun Mesopotamia, Indus, Mesir, dan Hwang Ho

Tekan Link-link Di Bawah


Butir-butir artikel :
Tajuk : Selamat Datang Ke Pelajaran Sejarah Dunia
Jenis Bahan Bacaan : Internet/ Artikel
Sumber/Huraian(rekod) : http://www.sabah.edu.my/hc004.wcdd/courseware/index.htm

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Tamadun Sumeria

Tamadun Sumeria bermula kira-kira pada tahun 3500 SM.Ia dikenali

Sebagai Tamadun Mesopotamia yang bererti 'tanah di antara dua sungai'.Negara kota yang utama ialah Ur , Erech dan Kish.kerajaan negara kota berifat teokrasi.Setiap negara kota mempunyai seorang raja sbagai ketua agama dan gabenor.Pada tahun 2340 SM , seorang pahlawan Semit iaitu Sargon telah menyatukan beberapa buah negara kota.Pada tahun 2000 SM , orang Amorites telah menyerang Sumeria dan berjaya menawan Babylon.Hammurabi (1792 - 1750 SM) pemerintah Babylon yang terkenal telah menyatukan seluruh Lembah Tigris-Euphrates menjadi satu empayar.Hammurabi masyhur dengan kod undang-undangnya yang mengandungi 280 penghakiman.Babylon juga telah mencapai kegemilangan di bawah pemerintahan raja Chaldea iaitu Nebuchadezzar (604 - 561 SM).Baginda telah membina 'Taman Tergantung Babylon'.

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahaan.

Tanaman utamanya ialah gandum dan barli.Mereka juga menternak lembu dan kambing.Pada peringkat awal , sistem barter diamalkan tetapi apabila lebih maju , perak telah dijadikan wang.Perusahaanya ialah membina kapal , pertukangan kayu , memahat patung dan membuat alat-alat perhiasan.

Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil tuhan di dunia.Mereka

Mengamalkan polyteisme dan teokrasi iaitu hukum agama sebagai dasar mereka yang penting ialah :

Anu : Tuhan Langit

Enlil : Tuhan Atmosfera

Enki : Tuhan Air dan Laut

Upacara pemujaan dilakukan di menara kuil atau ziggurat iaitu tempat tinggal tuhan.Ziggurat pertama telah dibina di kota Nippur untuk Tuhan Enlil.Tulisan tamadun Sumeria berbentuk cuneiform atau tulisan berbaji yang berbentuk pepaku.Terdapat lebih daripada 560 tanda untuk menggambarkan perkataan.Mereka menulis di atas tanah liat.

Orang Sumeria telah memberi sumbangan yang penting dalam bidang matematik dan pembinaan.Mereka mencipta sistem-sistem nombor yang membina arca dan tiang batu daripada tanah liat.

Epik Gilagamesh adalah asas kepada penghasilan epik di dunia.Ciri-ciri epik Gilagamesh ialah :

Satu kolesi legenda mengenai keperwiraan bangsa

Mengandungi ajaran agama orang Sumeria

Menggambarkan falsafah dan corak hidup orang Sumeria.

Kemahiran seni ukir orang Sumeria dapat dilihat daripada patung Raja Gudea.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

TAMADUN INDUS

Tamadun Indus bermula pada tahun 2500 SM dan berakhir pada tahun 1750 SM. Ia merangkumi 60 buah kota.Antara kota-kota yang terbesar ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.Kerajaan negara kotanya bersifat teokrasi

Sumber ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahan.Tanaman utamanya ialah gandum , barli , padi dan kapas.Binatang ternakannya ialah lembu , biri-biri , kambing babi dan ayam.Perusahaan utamanya ialah menenun kain kapas , membuat barang-barang logam , tembikar dan barang-barang kemas serta mengukir batu.

Masyarakat Indus mengamalkan polyteisme dan animisme.Mereka menyembah pokok , batu yang berbentuk lingga , lembu dan dewa.Masyarakat Indus menyambah Dewa Siva (Pashupati) dan Dewa Shakti (Mother Goddess) yang bermuka tiga.Tulisan masyarakat Indus berbentukpiktograf.Ia mempunyai hampir 400 simbol.

Sumbangan tamadun Indus dalam bidang sains ialah penetapan satu sistem timbangan yang seragam.Mereka juga mengasaskan sistem ukuran lurus.Sumbangan paling besar tamadun Indus ialah kumpulan puisi Vedas.Veda yang pertama ialah Rig Veda.Ia disusun sebelum 1000 SM.Mereka telah mengukir patung manusia seperti patung 'Gadis Menari'.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Tamadun Mesir

Sebelum tahun 3100 SM , Tamadun Mesir terbahagi kepada dua buah kerajaan.Kerajaan tersebut ialah Mesir Hilir dan Mesir Hulu.Kira-kira 3200 SM , Raja Menes telah menyatukan kedua-dua kerajaan ini.baginda juga telah memperkenalkan sistem kerajaan bercorak monarki dan dinasti.Dinasti Thinite adalah dinasti Mesir yang pertama diasas oleh Raja Menes.Raja Mnes digelar sebagai Firaun yang bermaksud 'Rumah Besar'.Baginda juga dipercayai anak kepada Tuhan Matahari , Amon-re.Firaun memerintah Mesir dengan kuasa mutlak.

Mesir juga dikenali sebagai "Kemi" yang bermakana 'Kawasan Timah Hitam'.mesir digelar 'Hadiah Sungai Nil' oleh Herodotus , seorang ahli sejarah Greek.Tamadun ini menjadi lemah apabila diserang oleh orang Assyria.Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahaan.Tanaman utamanya ialah barli , milet , gandum , kapas dan sayur-sayuran.Perdagangan mereka berdasarkan sistem barter.Perusahaan utama yang dijalankan ialah pembinaan kapal , menguari , tekstil , barang-barang tembikar dan gelas.

Agama dan kepercayaan merupakan aspek yang penting di dalam kehidupan orang-orang Mesir.Mereka mengamalkan kepercayaan polyteisme atau banyak tuhan.Tuhan-tuhan yang disembah oleh mereka ialah :

Amon-Re : Tuhan Matahari

Osiris : Tuhan Sungai Nil

Isis : Tuhan Bulan

Nut : Tuhan Langit

Shu : Tuhan Udara

Mereka juga memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing , buaya dan kerbau.Orang Mesir juga percaya adanya kehidupan selepas kematian.mereka juga mahir dalam pengawetan mayat (Mumia) supaya tidakn reput.Golongan pemerintah membina piramid untuk menyimpan mumia dan tempat roh Firuan bersemadi.Bentuk tulisan orang Mesir dipanggil hieroglif.Tulisan ini menggunakan gambar untuk mewakili objek.Mereka telah berjaya mencipta 24 jenis simbol.

Orang Mesir telah banyak memberri sumbangan ke atas sains dan teknologi.Sumbangan mereka yang terpenting ialan dalam bidang astronomi dan matematik.Ahli kaji bintang Mesir melahirkan takwim seperti berikut :

Setahun dibahagikan kepada 12 bulan

12 bulan dibahagikan kepada 3 bulan iaitu musim banjir , musiam menanam dan musim menuai.

Setahun mengandungi 365 hari

Setiap bulan mengandungi 30 hari.

Mereka juga merupakan pengasas 24 jam sehari dan jam telah dicipta menggunakan bayangan air dan matahari.Asas mata pelajaran kira-kira dan geometri disediakan dalam bidang matematik.mereka juga mahir dalam pembinaan piramid dan sphinx.Mereka juga telah menulis di atas papyrus.Tedapat 2 karya yang sangat terkenal iaitu :

Hymn To The Sun

Book Of The Dead

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tamadun Hwang Ho

Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.

Orang China percaya mengenai konsep mandat dari syurga.Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa.Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou.Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama.Tanaman utmanya ialah gandum , milet , sekoi , barli dan padi.Ternakannya ialah khinzir , kambing dan anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan.Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.

Masyarakat China percaya bahawa tuhan menguasai semua aspek kehidupan manusia.Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari.Orang Shang juga mengamalkan pemujaan nenek moyang.Tulang nujum digunakan untuk mendapatkan pertolongan daripada nenek moyang.Bentuk tulisan tamadun ini dipanggil ideogram.Setiap gambar melambangkan satu perkataan.Terdapat lebih kurang 3000 simbol yang kekal selama 3500 tahun.kemajuan sains dan teknologi zaman Shang ialah :

Penggunaan gangsa dalam pembuatan senjata dan alat-alat pertanian

Membuat alat-alat tembikar dan jed

Menghasilkan sutera

Memperkenalkan sistem kalendar dan perpuluhan

Kemajuan pada Zaman Chou termasuk :

Membuat wang daripada logam

Menerbitkan buku

Memperkenalkan alat tulisan

Perkembangan kesenian tamadun ini dapat dikesan menerusi bidang ukir.

Mereka mengukir patung daripada gangsa untuk upacara keagamaan.Kesusasteraan berkembang pesat semasa Dinasti Chou dan karya-karya utamanya ialah :

Buku Perubahan (The Book of Changes) yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan.

Buku Upacara ( The Book of Rites) berkaitan dengan tatacara istiadat dan tanggungjawab orang dewasa.

Buku Sejarah ( The Book of History) merupakan koleksi dokumen rasmi , proklamasi dan ucapan

Buku Puisi ( The Book of Poetry) merupakan antologi 300 sajak.

^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^

No comments:

Post a Comment