Wednesday, March 20, 2013

The Terms of 'Friends'

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... (^_^)

Insya-Allah, ana usaha untuk menjawab persoalan seorang sahabat dalam ruangan komen dalam post sebelum ini yang bertajuk "'Sahabat', 'Kawan', & 'Rakan'".. Tapi, sekadar pada pandangan ana..

Bagi ana, when we call our friend 'Sahabat'; it means that they are friends who will always talk anything that will make us remember to Allah, Rasulullah, our Islam, and good things. Together with us to gain goods that will be beneficial to us at dunia wal akhirah.. They are people that will honestly remind us when we do mistakes.

But the term 'friend' is different with 'sahabat'.. That they just persons that we know, but we don't really know them deeply.. If sahabat, when we be with them, we will feel really in peace and we can feel the ukhuwwah, that malaikat accompany us with the goods existed there.. It really sweet thing when we have a lot of sahabat, that may influence us to be better person as Allah servants.

For me, 'kawan' and 'rakan' is similar..

And one thing..
For me, if someone that i know and u can hear that i call them 'sahabat', Insya-Allah, the sahabat is very precious for me.. And the person must know that the friend that i label them as my sahabat, i am really need them to guide me..

BUT, please don't misjudge that frineds that i call them just 'kawan', or 'rakan', that they not really give me goods, NOT THAT..
its just.. 'sahabat' are really special friends to me..
As we know, Rasulullah's friend called Sahabat too.. Its really at high stage in friendship..

Adakah kawan baik dengan kawan rapat itu sama?
Bagi ana, if ana gelar dia kawan baik ana, bermakna sama statusnya dengan sahabat, sentiasa bawa ana ke arah melakukan sesuatu yang lebih baik..
Tapi, kawan rapat, sekadar rapat pada masa-masa tertentu... yg biasa orang pertikaikan, "Bila susah cari aku, bila senang lupakan aku..."

Salahkah 'menganggap' kawan-kawan kita sekadar orang yang kita kenal?
Jawapan ana, Wallahu a'lam.. bg ana setiap orang memang ada anggapan masing-masing atau dikenali sebagai persepsi, atau pandangan kita terhadap seseorang itu.. Tapi, jangan sampai kita meminggirkan mereka dengan sengajanya alasannya mereka tak bawa faedah apa pun.. Kerana mereka lebih baik daripada kita, di mana kita tak boleh rasa yang kita ini lebih mulia daripada mereka.. dan sahabat ana pernah memesan bahawa mereka itu ialah mad'u-mad'u kita..

Ana petik satu potongan ayat daripada Kitab Suci Panduan Umat Islam, yakni Al-Quran; mafhumnya;

"... boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 216)

Insya-Allah, Wallahu'alam..
and, Allah knows the best...

Saturday, March 16, 2013

"Aku Perlu Anti-MENCARUT"

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah S.W.T.

Mudah-mudahan kita tidak dan tidak akan tergolong dalam golongan yang suka berkasar dalam percakapan. Insya-Allah, Allah pelihara kita semua... Aamiin..

Entri kali ini ana ingin menunaikan 'Teguran Kasar' untuk kali keduanya.

Lapangkan dada.. Bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad..

manusia kini, di Malaysia ini, tidak kira muda remaja, dewasa, malah kanak-kanak telah dilazimi dengan perkataan-perkataan yang kesat.. Sangat terkilan.. Semoga Allah beri petunjuk untuk kita semua..

Ada apa perlunya mencarut ni??
Tak faham betulla.. (kata hati..)

ana tanya antum, antum selesa ke dengan keadaan sekeliling yang sentiasa dingiang-ngiangkan dengan suara bingit mengulang-ulangi perkataan kesat yang hakikatnya menyiksa diri kita, hati kita sendiri???

**WAHAI PEMILIK MULUT YANG SERING MENCARUT,
BENARKAH KALIAN CUKUP SELESA DENGAN
PERKATAAN YANG TAK INDAH, MALAH JELIK DI MATA HATI KITA??
PLEASE LAH, KALIAN,
saya sangat sedih berdepan mahupun berbelakangkan aura negatif ini..
ia sungguh mengganggu minda yang sedang melaksanakan amanah Allah
TIDAK BOLEHKAH PERKATAAN-PERKATAAN ITU DITUKAR DENGAN
PERKATAAN YANG LEBIH INDAH,
MALAH SEJUK TELINGA MENDENGAR
sesungguhnya anatomi kita meliputi kalau tidak silap ana, 70 % molekul air..
air merupakan molekul yang mudah dipengaruhi...
jika sekeliling air itu baik, maka terbentuklah struktur molekul air itu yang indah-indah..
jika sebaliknya?? TAK LAWA, LA, KAWAN-KAWAN....
samala seperti titik hitam pada hati...
pernah x dengar hadis mengenai hati?
jiga baik ia, maka baiklah pemilik anggotanya..
KITA BERUBAHLAH, YA??

Tak perlu malu...
Allah melihat effort kita... Allah menilai dan Allah Maha Mengetahui JIHAD yang kita sedang perjuangkan..
Allah sayangkan kita... Dia sebagai Pencipta tau, mana mungkin, kita ini, sebagai hamba,
tidak mahu saling balas-membalasi kasih-sayang dengan Pemilik Cinta Agung kita itu??

ana, apabila tajuk MENCARUT ini terlintas pada fikiran ana,
Insya-Allah, ana akan teringat satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. seketika dulu yg pernah ana dengar atau ana baca...
Maafkan ana jika ada kesilapan dalam jalan cerita ini, ana berusaha, ya..

Seorang sahabat bertemu Rasulullah,
mengadu perihal isterinya yang sejak akhir-akhir itu,
tidam melayan beliau seperti biasa, yakni, x berapa baik layanannya..
Rasulullah menanyakan kepadanya, sama ada rumah beliau dilengkapi pintu, mahupun tingkap..
lalu beliau kata rumah beliau sudah ada dilengkapi dengan pintu dan tingkap itu,
kemudian, Rasulullah menyarankan agar beliau memasangkan tirai pada setiap pintu dan tingkap itu,
walaupun, dalam perasaan pelik dengan saranan itu, tanpa bersoal lagi,
beliau tetap mentaati Rasulullah dan melakukannya,
Alhamdulillah, setelah berbuat deminkian,
isteri beliau kembali memberi layanan baik seperti dahulu kala..
dan selepas itulah baru beliau bertanya pada Rasulullah perihal tujuan tirai diletakkan...
Rasulullah menjawab bahawa,
pada waktu itu, kaum kafir sedang berhijrah di mana mereka melalui kawasan rumah sahabat itu,
perkataan-perkataan kesat yang dikeluarkan daripada mulut-mulut kafir itu telah mempengaruhi sekeliling..
secara tidak langsung telah turut mempengaruhi sifat isterinya di dalam rumah..
dan barulah sahabat itu mengerti...

MACAMANA PULA KEADAAN KITA SEKARANG INI??
MAMPUKAH KITA MELETAKKAN TIRAI DI SETIAP SUDUT KELILING KITA,
boleh kata mustahil, bukan??

LEBIH BAIKLAH KITA MELAZIMI MULUT KITA DENGAN
BERZIKRULLAH, BERSELAWAT,
DAN MENYEBUT NAMA-NAMA AGUNG PENCIPTA KITA, ALLAH S.W.T.
INSYA-ALLAH KELILING KITA AKAN TERPENGARUH DENGAN AURA POSITIF
DAN MEMBUATKAN ORANG LAIN SENANG BERADA BERSAMA KITA..
DAN YANG PALING PASTI, MALAIKAT AKAN BERSAHABAT DENGAN KITA...
ANDAI RASULULLAH BERADA DI SAMPING KITA PADA WAKTU ITU,
PASTI RASULULLAH TERSENYUM... (^_^)

ALLAH PULA MENCURAH-CURAHKAN RAHMAT-NYA
DAN MUDAHLAH URUSAN KITA,
MUDAHLAH KITA MENIMBA ILMU,
MUDAHLAH MENDAPAT CAHAYA HIDAYAH...

SYAITAN PUN TAK SENANG DENGAN KITA... BIAR PERGI JAUH-JAUH.. shuhh... shuhh...

ok?
Insya-Allah... moga kita istiqamah, ya..
doa selalu.. online dengan Allah S.W.T....

Maassalamah, wa illalliqa'

Friday, March 15, 2013

Madah Cinta Yang Hakiki


sahabat-sahabat, x perlulah kita bermadah cinta dengan orang yang tidak halal lagi untuk kita.. apa semua itu?!

kita orang Islam, berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah, berapa kali kita sudi bermadah cinta dengan ayat-ayat cinta daripada Allah S.W.T. ? pernahkah?
tingginya ayat-ayat cinta-Nya menguatkan hati kita sebagai hamba yang bermusafir di muka bumi ini.. HIDUP Di DUNIA INI SEMENTARA! KITA SEDANG BERSINGGAH JE NI~

Apa bekalan kita, andai Rasulullah ada sebelah kita, HEI TAK MALUKAH KITA NI??!!
Allah lebih faham kita berbanding orang lain la, wahai sahabat-sahabatku...
Jangan putus asa daripada rahmat-Nya ya!
Besar manakah Allah dalam hati kita?? Di manakah kedudukan Rasulullah s.a.w. dalam hati kita? manakah hati kita pada ibu bapa kita???

# Salinglah mengingatkan, kerana kita ini bersaudara, selagi mana kita berpegang dengan kalimah TAUHID, LAILAHAILLALLAH... dan , MUHAMMADURRASULULLAH~

Bibit-Bibit Cinta Pada Al-Quran, Kalam Teragung

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sihat, sahabat-sahabat??

Subhanallah ana ingin berkongsi ni..

Hati sangat gembira saat kita merasai kita benar-benar ingin mengenali dan terpaut pada ayat cinta daripada Sang Pencipta.. Ya Allah, ku cinta pada-Mu..

Alhamdulillah, forum yang dianjurkan di Dataran Imu UiTM Alor Gajah, bertajuk ''Apa Yang Sedang  Berlaku?",
berjaya membuka mata hatiku untuk membaca dalam masa yang sama meninjau apa yang Allah sedang memberitahu kita.. Benarlah Al-Quran itu panduan hidup muslim!

Rasa indah saat mengalunkan bacaan Quran bergilir dengan alunan tafsirnya, selepas satu ayat. diikuti ayat yang lain... rasa ingin tahu menerpa antara satu ayat dengan ayat yang lain... nak tahu lagi... dan, nak tahu lagii...

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat, sangat terkesan pada hati yang inginkan penyucian jiwa ini...

Sebelum ini, membaca Quran itu cuma dirasai begini,
"Ok, baca Quran untuk dapat syafaat... dan nak khatamkan dia seberapa banyak yang boleh... untuk bekalan di akhirat"
tp, pada waktu tu, kurang keterbukaan fikiran untuk benar-benar mengerti tujuan utama membaca quran itu..

Oleh sebab itu, dengan Hidayah yg Allah beri ini, insya-Allah akan di'grab' supaya menjadi panduan hidup...

Azam baru; Mengkhatam Quran serta isinya, supaya diri ini benar-benar mendapat penyucian jiwa sedikit demi sedikit.. serta tingkatkan cinta kepada Allah dan Rasulullah, serta agama Islam yang sangat Indah ini~



Friday, March 1, 2013

'Sahabat', 'Kawan', dan 'Rakan'

1 Mac 2013

Indahnya dapat 'sahabat-sahabat' yang dapat membimbing kita ke arah kebaikan di mana jua kita berada...

Sayangnya, jika dapat 'kawan-kawan' yang tidak membimbing kita kepada kebaikan. Lebih-lebih lagi, 'rakan-rakan' yang membawa kita ke lembah murka-Nya...
Na'uzubillah~

Namun, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mahu sebarang kesakitan menimpa umatnya walaupun umatnya itu melakukan dosa atau menolak dakwahnya, kerana baginda kata, mungkin mereka ini "tidak mengetahui", dan jika bukan mereka yang peroleh hidayah, Insya-Allah, anak cucu mereka merasainya..

# Sama-sama kita saling mengingatkan dengan kebenaran, dan saling mengingatkan dengan kesabaran... moga istiqamah dalam perjuangan ini~

IDP