Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah S.W.T.
Mudah-mudahan kita tidak dan tidak akan tergolong dalam golongan yang suka berkasar dalam percakapan. Insya-Allah, Allah pelihara kita semua... Aamiin..
Entri kali ini ana ingin menunaikan 'Teguran Kasar' untuk kali keduanya.
Lapangkan dada.. Bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad..
manusia kini, di Malaysia ini, tidak kira muda remaja, dewasa, malah kanak-kanak telah dilazimi dengan perkataan-perkataan yang kesat.. Sangat terkilan.. Semoga Allah beri petunjuk untuk kita semua..
Ada apa perlunya mencarut ni??
Tak faham betulla.. (kata hati..)
ana tanya antum, antum selesa ke dengan keadaan sekeliling yang sentiasa dingiang-ngiangkan dengan suara bingit mengulang-ulangi perkataan kesat yang hakikatnya menyiksa diri kita, hati kita sendiri???
**WAHAI PEMILIK MULUT YANG SERING MENCARUT,
BENARKAH KALIAN CUKUP SELESA DENGAN
PERKATAAN YANG TAK INDAH, MALAH JELIK DI MATA HATI KITA??
PLEASE LAH, KALIAN,
saya sangat sedih berdepan mahupun berbelakangkan aura negatif ini..
ia sungguh mengganggu minda yang sedang melaksanakan amanah Allah
TIDAK BOLEHKAH PERKATAAN-PERKATAAN ITU DITUKAR DENGAN
PERKATAAN YANG LEBIH INDAH,
MALAH SEJUK TELINGA MENDENGAR
sesungguhnya anatomi kita meliputi kalau tidak silap ana, 70 % molekul air..
air merupakan molekul yang mudah dipengaruhi...
jika sekeliling air itu baik, maka terbentuklah struktur molekul air itu yang indah-indah..
jika sebaliknya?? TAK LAWA, LA, KAWAN-KAWAN....
samala seperti titik hitam pada hati...
pernah x dengar hadis mengenai hati?
jiga baik ia, maka baiklah pemilik anggotanya..
KITA BERUBAHLAH, YA??
Tak perlu malu...
Allah melihat effort kita... Allah menilai dan Allah Maha Mengetahui JIHAD yang kita sedang perjuangkan..
Allah sayangkan kita... Dia sebagai Pencipta tau, mana mungkin, kita ini, sebagai hamba,
tidak mahu saling balas-membalasi kasih-sayang dengan Pemilik Cinta Agung kita itu??
ana, apabila tajuk MENCARUT ini terlintas pada fikiran ana,
Insya-Allah, ana akan teringat satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. seketika dulu yg pernah ana dengar atau ana baca...
Maafkan ana jika ada kesilapan dalam jalan cerita ini, ana berusaha, ya..
Seorang sahabat bertemu Rasulullah,
mengadu perihal isterinya yang sejak akhir-akhir itu,
tidam melayan beliau seperti biasa, yakni, x berapa baik layanannya..
Rasulullah menanyakan kepadanya, sama ada rumah beliau dilengkapi pintu, mahupun tingkap..
lalu beliau kata rumah beliau sudah ada dilengkapi dengan pintu dan tingkap itu,
kemudian, Rasulullah menyarankan agar beliau memasangkan tirai pada setiap pintu dan tingkap itu,
walaupun, dalam perasaan pelik dengan saranan itu, tanpa bersoal lagi,
beliau tetap mentaati Rasulullah dan melakukannya,
Alhamdulillah, setelah berbuat deminkian,
isteri beliau kembali memberi layanan baik seperti dahulu kala..
dan selepas itulah baru beliau bertanya pada Rasulullah perihal tujuan tirai diletakkan...
Rasulullah menjawab bahawa,
pada waktu itu, kaum kafir sedang berhijrah di mana mereka melalui kawasan rumah sahabat itu,
perkataan-perkataan kesat yang dikeluarkan daripada mulut-mulut kafir itu telah mempengaruhi sekeliling..
secara tidak langsung telah turut mempengaruhi sifat isterinya di dalam rumah..
dan barulah sahabat itu mengerti...
MACAMANA PULA KEADAAN KITA SEKARANG INI??
MAMPUKAH KITA MELETAKKAN TIRAI DI SETIAP SUDUT KELILING KITA,
boleh kata mustahil, bukan??
LEBIH BAIKLAH KITA MELAZIMI MULUT KITA DENGAN
BERZIKRULLAH, BERSELAWAT,
DAN MENYEBUT NAMA-NAMA AGUNG PENCIPTA KITA, ALLAH S.W.T.
INSYA-ALLAH KELILING KITA AKAN TERPENGARUH DENGAN AURA POSITIF
DAN MEMBUATKAN ORANG LAIN SENANG BERADA BERSAMA KITA..
DAN YANG PALING PASTI, MALAIKAT AKAN BERSAHABAT DENGAN KITA...
ANDAI RASULULLAH BERADA DI SAMPING KITA PADA WAKTU ITU,
PASTI RASULULLAH TERSENYUM... (^_^)
ALLAH PULA MENCURAH-CURAHKAN RAHMAT-NYA
DAN MUDAHLAH URUSAN KITA,
MUDAHLAH KITA MENIMBA ILMU,
MUDAHLAH MENDAPAT CAHAYA HIDAYAH...
SYAITAN PUN TAK SENANG DENGAN KITA... BIAR PERGI JAUH-JAUH.. shuhh... shuhh...
ok?
Insya-Allah... moga kita istiqamah, ya..
doa selalu.. online dengan Allah S.W.T....
Maassalamah, wa illalliqa'
No comments:
Post a Comment