Thursday, April 25, 2013

Sahabat Sejati

Sahabat-sahabatku,
Maafkan diriku...
Aku tahu..
Aku banyak melukai hatimu..
Aku tidak dapat istiqamah untuk menghubungimu
saat kita berjauhan..
Saat kalian menghubungiku,
aku tak dapat bermesra dengan sebenar-benar erti ukhuwah itu..
Ya, mungkin disebabkan kelemahan diriku,
Yang mementingkan diriku sendiri..
Kononnya aku sibuk dengan hidupku sekarang...

Oh, busy sangatkah?
Meeting?
Study?
Kredit?
Line?
Apa lagi alasanku??

Sehinggakan tidak sempat untuk meluangkan masa untuk berusrah denganmu...
Bertaaruf, Bertafahum, Bertakaful~
Walaupun, sering diulangi..
Bahawa kita akan sentiasa saling
"Berpesan-pesan kepada kebaikan, dan 
berpesan-pesan dengan kesabaran..."

Aku teringat saat-saat indah bersama...
Manisnya senyumanmu...
Ku ingin pelukmu semua erat-erat!
Kepada engkau sahaja aku dapat merasai betapa eratnya ukhuwwah itu..
Pandangan kasih sayang di antara kita sangat diperlukan, kan??
Banyak rahsia antara kita..
Kita-kita sahaja tahu! Subhanallah~
Tambahan, pahit duka getir kita lalui bersama
Alhamdulillah...

Rindu yang teramat...
Rahmat Allah moga bersama kita sentiasa..
Sesungguhnya, kerinduan ini satu ujian dari-Nya
Moga iman kita sama-sama up!
(^_^)

# Khas ditujukan kepada sahabat-sahabat yang dicintai dan dirindui kerana Allah S.W.T. sejakku dilahirkan...

Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
 

Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

C/O : 
Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 


Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Di Sebalik 99% Probability Gagal

Man Jadda Wa Jada

*Tiba-tiba teringat ragam bersama roomate di UiTM AG semasa sem 2 ni.

Di sini ana nak kongsikan pengalaman yang agak membuka mata hati ini secara tidak langsung.
Ibrah di mana apabila kita yakin dalam buat sesuatu perkara itu, Insya-Allah, Allah bantu. Dengan syarat, usaha mesti ada.

Kisah bermula pada suatu petang. Ana kehilangan sesuatu yang amat penting untuk menjaga kekemasan diri pada masa tertentu. Setelah melakukan pencarian, ana dapati material itu berada di antara dinding dan katil, di mana ianya terselit kukuh. Keperluan yang mendesak membuatkan ana seperti wanita yang 'meroyan'. Ana sudah cuba dapatkannya, "Nak tolak dari atas katil, atau dari bawah katil?". Tolakan dari atas katil sudah diusahakan, namun, masih menemui kegagalan. Kalau daripada bawah katil pula, ana terpaksa meniarap dan mengharungi segala benda di bawah katil itu; agak menyiksakan diri. Ada juga ana usaha untuk tarik katil tu, mana tahu katil tu renggang sedikit dengan dinding.

Disebabkan ana berusaha sambil mengeluarkan suara, roomate dan rakan kepada roomate yang berada dalam bilik ketika itu menyarankan ana supaya berhenti sahaja usaha itu. Daripada itu, lahirlah ayat,

"Ustazah, kite rasa 99%  ustzh takkan dapat ambil balik(material) ustazah tu.. Sebab katil tu dah di'skru'kan dengan dinding, macamana ustazah nak ambik, memanglah ketat." Ana keep menjawab,

"Tak boleh! Kite nak guna sangat. Lagipun, (material) tu kakak ana yang belikan dan bagi kat kita. Mahal pula tu!" (Actually, taklah mahal mana. Cuma agak 'berharga' dan berguna bagi ana) Selain itu, ana juga menjawab ayat kawan ana tu,

"Alaa, (Insya-Allah), 99% tak boleh tu boleh jadi 99% boleh!" (Sabar sahaja roomate ana tu.. hehe..)

Then, ana ambik jugak risiko tolak sekuat hati dari bawah katil. Mengaharungi onak duri di bawah katil itu. Ruang yang sempit tempat material ana tu terselit menyebabkan tangan ana menderita sebentar. Tolak punya tolak sekuat tenaga, Alhamdulillah, akhirnya, Allah bantu. Then, my stand can be ACCEPTED! 99% become 100% Succeed!

Haha, memang kelakarlah when material ana started longgar dan boleh keluar daripada ruang yang sempit tu. Sebab sebaik sahaja longgar, ana jerit, "Alhamdulillah... Huh, Tolong! Tolong!... Tolong kite ambik dia dari atas!" Waktu tu kawan-kawan ana dah panik, dengar perkataan 'tolong' tu, ingatkan ada apa-apa jadi kat bawah katil tu. 'Bikin cuak aja...' Bantuan pun sampai. ALHAMDULILLAH, material tu selamat dikeluarkan dan ana masih gunakannya lagi sampai sekarang..

Heee.. Itulah antara ragam kehidupan ana di kolej bersama roomate. Too sweet to remember! Alhamdulillah..

# So, yakinlah bantuan Allah akan tiba when you have put big effort for it! Insya-Allah!

# DOA-USAHA-TAWAKKAL


Langkah Tercipta - UNIC

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Cara Menghafaz Al-Quran

Link bantuan:

Oleh Syeikh Abdus Salam Bali

Daripada Al-Furqan Online

15 Langkah Efektif

Selain itu, semasa ana sekolah dulu, Ustaz & Ustazah menggalakkan kita gunakan mashaf/ kitab Al-Quran yang sama sahaja. Kerana kebiasaan kita lebih mudah ingat dengan menggambarkan muka surat yang kita lihat semasa menghafaz.

Semoga Allah bantu kita untuk sama-sama hafaz Quran semampunya + istiqamah.

# Innamal a'malu binniyyat

As PART 1, DPA Student


# Just recall. Insya-Allah sem depan sem 3 (Part 3). K...

Alhamdulillah, tamat sudah pengajian sebagai Mahasiswi Semester 1 dalam course ni. Insya-Allah, walaupun setakat satu semester punya pengalaman atau pendapatan ilmu, ana akan try share sekadar termampu. Semoga peroleh manfaat daripada page ini.

Bismillahir-Rahmanir-Rahim...

Di bawah ini senarai kod subjek beserta tajuk subjek course ini yang dipelajari sepanjang semester 1 tahun 2012 di UiTM Alor Gajah Melaka. Sedikit huraian, Insya-Allah turut disertakan;

DIPLOMA IN PUBLIC ADMINISTRATION

BEL120 : Consolidating Language Skills
Cabaran/ujian:
-Listening test
-Speaking test
-Grammar test
-Final exam


CSC253 : Interactive Multimedia
Cabaran/ujian:
-Mini project
-Quizzes
-Tests
-Bonus marks
-Final exam



# Hasil task yang dibuat semampunya. Mengikut masa dan syarat yang perlu dipenuhi. Ana suka guna adobe photoshop ni. Cuma, limited oleh masa.















*Assignment menggunakan Adobe Photoshop. Kalau ikutkan Adobe Flash sekali, tapi,tak sempat belajar. So, excluded untuk kelas ana. It depends on our lecturer.

CTU 101 : Fundamental of Islam

Cabaran/ujian:
-Assignment
-Presentation
-Bacaan
-Hafazan
-Test
-Final exam

*Belajar tentang asas-asas Islam secara basic iaitu; Aqidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak
Selain daripada itu, maqasid syariah (Matlamat Syariah. Dan lain-lain.
Apa yang interesting dalam kelas ana, untuk presentation, ustaz ana syaratkan untuk setiap kumpulan berikan tazkirah, apa-apa tajuk pun, before started our presentation.

HBU113 : Fire Brigade 1 (Kokurikulum)
Cabaran/ujian:
-Kawad kaki
-Nota kebombaan
-Ujian jasmani; lari ikut tempoh
-Disiplin; pakaian, rupa/penampilan diri, tepati masa
-Final exam

MAT112 : Business Mathematics
Cabaran/ujian:
-Quizzes
-Tests
-Final exam

MGT162: Fundamentals of Management
Cabaran/ujian:
-Assignment
-Quizzes
-Tests
-Final exam

PAD120 : Introduction to Political Science (Killer subject)
Cabaran/ujian:
-Assignment; strick format
-Quizzes
-Test
-Presentation
-Final exam
-Kena faham istilah-istilah dalam skop Political Science
    * Kalau tak pas/ lulus kena repeat untuk sem depan.

    Wednesday, April 24, 2013

    Islamaphobia

    Apanya 'Islamophobia' tu?

    Nak tau lebih lanjut; bolehlah tonton video-video melalui link di bawah ini:



    Manakala gambar-gambar berkaitan; yang menunjukkan pelbagai persepsi terhadap Islamaphobia, seperti;



    Wednesday, April 17, 2013

    Tujuan Belajar, Daripada Sahabat

    Bismillahirrahmanirrahim..
    Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
    Kaifa halkum..

    Post kali ini, ana ingin berkongsi atas perkongsian orang lain, yang dahulunya pernah bergelar 'Tomodachi ga ichiban'.. Namun, atas takdir Allah S.W.T., ana dalam 'lost contact' dengannya.. Moga semuanya kehendak redha-Nya.. Ya, pasti jalan meraih redha-Nya... Aku bersyukur dengan ketentuan ini...

    Renungilah, renungan tujuan menuntut ilmu di dunia ini,
    Walaupun sekadar 'copy&paste' dpd conversation dahulu kala, bertarikh; 18 Jun 2009, (tahun PMR ana)

    #
    "firstly niat nak blajar kene btul..

    ape tujuan (antum) blajar?

     “Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh- sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat- syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….”

    Seterusnya Assyaikh Azzarnuji pun menyebutkan adab- adab atau jalan- jalan menuntut ilmu daripada niat menuntut ilmu itu sendiri hinggalah kepada memilih guru dan rakan- rakan, pentingnya mengagungkan ilmu dan ulamak, warak dan pelbagai lagi jalan yang sebenar dalam menuntu ilmu.

    Saya sebutkan perkara di atas apabila mendapati pada zaman kita hari ini, terlalu banyak (dan tentu lebih banyak lagi dari zaman Imam Zarnuji hampir 10 abad yang lalu) di kalangan kita yang mencari ilmu dengan bersungguh- sungguh, akan tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya, baik untuk dirinya sendiri mahupun untuk masyarakat. Malah hari ini ramai yang bukan dari aliran agama pun ingin belajar ilmu agama. Sangat baik. Tetapi mengapa tidak didapati barakahnya?

    Antara sebabnya adalah “tersalah jalan” itu sendiri. Adab menuntut ilmu sudah terlalu jauh untuk diamalkan. Ingatlah menuntut ilmu agama ini bukanlah dengan mengumpul dan menghadam maklumat di otak kita sahaja. Saya selalu sebutkan, jika demikianlah, maka harddisk saya jauh lebih alim dari kita semua. Di dalamnya mengandungi hampir 100 Gigabyte maklumat dari jutaan helaian kitab. Kita, berapa helai sangat dapat menghafal?

    Salah jalan ini biasanya berlaku pada perkara- perkara yang telah disebutkan oleh Syaikh Azzarnuji itu sendiri. Saya sebutkan tiga daripadanya:

    1) Niat

    - Berapa ramai di kalangan kita belajar kerana mudah bekerja dan mengumpul harta dunia nanti dengan sekeping pengiktirafan ijazah?
    - Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan diri lebih alim daripada orang lain?
    - Berapa ramai pula yang belajar untuk menjadikan dirinya dipuji dan dihormati?
    - Berapa ramai pula di kalangan kita yang belajar untuk mencari- cari kesalahan ulamak terdahulu?
    - Berapa ramai yang belajar untuk mencari bukti bahawa pendapat aku sahaja yang betul sedangkan amalan ummat Islam di Malaysia sebenarnya salah belaka?
    - Berapa ramai pula menutut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing- masing bagi berjuang menegakkan Islam?"

    #

    Alhamdulillah, tetapi, maaf, kerana setakat itu sahaja yg ana temui..

    Seandainya sahabat ini terbaca post ini.. Ketahuilah, ini penghargaan ana terhadapmu...
    Mungkin dahulu, aku tidak menghayati sebetulnya pengisian yg engkau ingin sampaikan,
    Alhamdulillah, hari ini, Allah lahirkan rasa untuk membacanya semula..
    Alhamdulillah, aku tidak terlepas untuk 'save'nya dalam  draft emailku yg sudah berhabuk itu...
    Terima kasih, 'Tomodachi ga ichiban'...
    Usahaku untuk berkongsi kepada pembaca entri ini..
    Semoga engkau sentiasa berada di bawah naungan rahmat & redha-Nya...

    Barakallahu fi kum...

    http://aljoofre.iluvislam.com/?p=95