Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Kaifa halkum..
Post kali ini, ana ingin berkongsi atas perkongsian orang lain, yang dahulunya pernah bergelar 'Tomodachi ga ichiban'.. Namun, atas takdir Allah S.W.T., ana dalam 'lost contact' dengannya.. Moga semuanya kehendak redha-Nya.. Ya, pasti jalan meraih redha-Nya... Aku bersyukur dengan ketentuan ini...
Renungilah, renungan tujuan menuntut ilmu di dunia ini,
Walaupun sekadar 'copy&paste' dpd conversation dahulu kala, bertarikh; 18 Jun 2009, (tahun PMR ana)
#
"firstly niat nak blajar kene btul..
ape tujuan (antum) blajar?
“Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh- sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat- syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….”
Seterusnya Assyaikh Azzarnuji pun menyebutkan adab- adab atau jalan- jalan menuntut ilmu daripada niat menuntut ilmu itu sendiri hinggalah kepada memilih guru dan rakan- rakan, pentingnya mengagungkan ilmu dan ulamak, warak dan pelbagai lagi jalan yang sebenar dalam menuntu ilmu.
Saya sebutkan perkara di atas apabila mendapati pada zaman kita hari ini, terlalu banyak (dan tentu lebih banyak lagi dari zaman Imam Zarnuji hampir 10 abad yang lalu) di kalangan kita yang mencari ilmu dengan bersungguh- sungguh, akan tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya, baik untuk dirinya sendiri mahupun untuk masyarakat. Malah hari ini ramai yang bukan dari aliran agama pun ingin belajar ilmu agama. Sangat baik. Tetapi mengapa tidak didapati barakahnya?
Antara sebabnya adalah “tersalah jalan” itu sendiri. Adab menuntut ilmu sudah terlalu jauh untuk diamalkan. Ingatlah menuntut ilmu agama ini bukanlah dengan mengumpul dan menghadam maklumat di otak kita sahaja. Saya selalu sebutkan, jika demikianlah, maka harddisk saya jauh lebih alim dari kita semua. Di dalamnya mengandungi hampir 100 Gigabyte maklumat dari jutaan helaian kitab. Kita, berapa helai sangat dapat menghafal?
Salah jalan ini biasanya berlaku pada perkara- perkara yang telah disebutkan oleh Syaikh Azzarnuji itu sendiri. Saya sebutkan tiga daripadanya:
1) Niat
- Berapa ramai di kalangan kita belajar kerana mudah bekerja dan mengumpul harta dunia nanti dengan sekeping pengiktirafan ijazah?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan diri lebih alim daripada orang lain?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menjadikan dirinya dipuji dan dihormati?
- Berapa ramai pula di kalangan kita yang belajar untuk mencari- cari kesalahan ulamak terdahulu?
- Berapa ramai yang belajar untuk mencari bukti bahawa pendapat aku sahaja yang betul sedangkan amalan ummat Islam di Malaysia sebenarnya salah belaka?
- Berapa ramai pula menutut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing- masing bagi berjuang menegakkan Islam?"
#
Alhamdulillah, tetapi, maaf, kerana setakat itu sahaja yg ana temui..
Seandainya sahabat ini terbaca post ini.. Ketahuilah, ini penghargaan ana terhadapmu...
Mungkin dahulu, aku tidak menghayati sebetulnya pengisian yg engkau ingin sampaikan,
Alhamdulillah, hari ini, Allah lahirkan rasa untuk membacanya semula..
Alhamdulillah, aku tidak terlepas untuk 'save'nya dalam draft emailku yg sudah berhabuk itu...
Terima kasih, 'Tomodachi ga ichiban'...
Usahaku untuk berkongsi kepada pembaca entri ini..
Semoga engkau sentiasa berada di bawah naungan rahmat & redha-Nya...
Barakallahu fi kum...
http://aljoofre.iluvislam.com/?p=95
No comments:
Post a Comment