Thursday, April 25, 2013

Di Sebalik 99% Probability Gagal

Man Jadda Wa Jada

*Tiba-tiba teringat ragam bersama roomate di UiTM AG semasa sem 2 ni.

Di sini ana nak kongsikan pengalaman yang agak membuka mata hati ini secara tidak langsung.
Ibrah di mana apabila kita yakin dalam buat sesuatu perkara itu, Insya-Allah, Allah bantu. Dengan syarat, usaha mesti ada.

Kisah bermula pada suatu petang. Ana kehilangan sesuatu yang amat penting untuk menjaga kekemasan diri pada masa tertentu. Setelah melakukan pencarian, ana dapati material itu berada di antara dinding dan katil, di mana ianya terselit kukuh. Keperluan yang mendesak membuatkan ana seperti wanita yang 'meroyan'. Ana sudah cuba dapatkannya, "Nak tolak dari atas katil, atau dari bawah katil?". Tolakan dari atas katil sudah diusahakan, namun, masih menemui kegagalan. Kalau daripada bawah katil pula, ana terpaksa meniarap dan mengharungi segala benda di bawah katil itu; agak menyiksakan diri. Ada juga ana usaha untuk tarik katil tu, mana tahu katil tu renggang sedikit dengan dinding.

Disebabkan ana berusaha sambil mengeluarkan suara, roomate dan rakan kepada roomate yang berada dalam bilik ketika itu menyarankan ana supaya berhenti sahaja usaha itu. Daripada itu, lahirlah ayat,

"Ustazah, kite rasa 99%  ustzh takkan dapat ambil balik(material) ustazah tu.. Sebab katil tu dah di'skru'kan dengan dinding, macamana ustazah nak ambik, memanglah ketat." Ana keep menjawab,

"Tak boleh! Kite nak guna sangat. Lagipun, (material) tu kakak ana yang belikan dan bagi kat kita. Mahal pula tu!" (Actually, taklah mahal mana. Cuma agak 'berharga' dan berguna bagi ana) Selain itu, ana juga menjawab ayat kawan ana tu,

"Alaa, (Insya-Allah), 99% tak boleh tu boleh jadi 99% boleh!" (Sabar sahaja roomate ana tu.. hehe..)

Then, ana ambik jugak risiko tolak sekuat hati dari bawah katil. Mengaharungi onak duri di bawah katil itu. Ruang yang sempit tempat material ana tu terselit menyebabkan tangan ana menderita sebentar. Tolak punya tolak sekuat tenaga, Alhamdulillah, akhirnya, Allah bantu. Then, my stand can be ACCEPTED! 99% become 100% Succeed!

Haha, memang kelakarlah when material ana started longgar dan boleh keluar daripada ruang yang sempit tu. Sebab sebaik sahaja longgar, ana jerit, "Alhamdulillah... Huh, Tolong! Tolong!... Tolong kite ambik dia dari atas!" Waktu tu kawan-kawan ana dah panik, dengar perkataan 'tolong' tu, ingatkan ada apa-apa jadi kat bawah katil tu. 'Bikin cuak aja...' Bantuan pun sampai. ALHAMDULILLAH, material tu selamat dikeluarkan dan ana masih gunakannya lagi sampai sekarang..

Heee.. Itulah antara ragam kehidupan ana di kolej bersama roomate. Too sweet to remember! Alhamdulillah..

# So, yakinlah bantuan Allah akan tiba when you have put big effort for it! Insya-Allah!

# DOA-USAHA-TAWAKKAL


No comments:

Post a Comment