Wednesday, May 29, 2013

Berniaga, Sekarang Peduli?

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sebelum ni, term 'berniaga' itu cuma sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tiada yang menarik perhatian pada waktu tu. Namun, sekarang dah lain. Minda ini asyik memikirkan apa sahaja yang boleh dijadikan sebagai perniagaan. Alhamdulillah... Seronokjuga rasa macam ni. Teringat sahaja kata-kata Prof. Dr. Muhaya;

"Kerja itu menampung perbelanjaan hidup, manakala, perniagaan itu memberi kita keuntungan."

Fikiran juga memikirkan sunnnah Rasulullah s.a.w. (kalau tidak silap) bahawa baginda s.a.w. mengatakan 9/10 daripada 'pendapatan' datangnya daripada perniagaan. Betulkan seandainya tersalah.

Ku fikir-fikir...

Apalah yang saya boleh buat atau hasilkan supaya dapat wujudkan perniagaan?

Apa saja yang saya boleh buat, dan orang akan beli, dalam masa yang sama,bermaksud memberi manfaat kepada orang lain?

Then, jawapannya masih ______.

Menjahit
Bagi ana, produk untuk perniagaan memerlukan skill atau kemahiran seperti kerja-kerja teknikal. Sebagai contoh yang paling hampir dengan ana, adalah kemahiran menjahit. Apabila bercakap tentang diri sendiri (kejap saja..), yang ana belajar, adalah menjahit. Di mana ana lihat perkhidmatan seperti ini memang diperlukan sama ada untuk diri sendiri ataupun boleh terima tempahan. [Cuma], walaupun ana belajar menjahit, dan banyak juga yang sudah dihasilkan sebagai keperluan diri sendiri, ana masih belum dapat buat dengan 'molek' ataupun memuaskan hati. Ada sahaja yang kurang cantiknya, lebih-lebih lagi apabila bekerjasama dengan robot, iaitu mesen jahit, sesuatu yang tidak bernyawa.

Apa-apa pun Alhamdulillah, dengan apa yang ada sekarang.
Insya-Allah, apabila semua persiapan sudah ada, akan diusahakan, demi, mempraktikkan sunnah, agar raih cinta-Nya jua. Insya-Allah,akan sampai masanya. Allah knows the BEST!

Projek Cendawan
Famili ana, iaitu abang dan kakak ada juga sebut-sebut nak cuba dengan projek cendawan. Doanya agar dipermudahkan Allah S.W.T.. Menarik juga. Apa-apa pun, yang paling utama adalah ilmunya.

Fikir-fikir
Banyak sahaja yang difikirkan. Antaranya; tempahan menjahit, perkhidmatan potong rambut muslimah, elektrikal service, dan lain-lain. Namun, kekurangan, juga kekosongan ilmu untuk dipraktikkan. Hanya Allah saja tahu...

Fokus Belajar
Azamnya, sementara waktu ini, biarlah, usaha keras ana difokuskan untuk berjaya dalam studi dahulu. Penentunya, sehingga ana sudah ada kerja. Then, apabila modal sudah ada, juga kemahiran, kemampuan, dan persiapan sudah tersedia, Insya-Allah, next step akan difikirkan. Ya, Pentadbiran Awam?? heee...

Berangan sahaja.

Wabillahitaufiq walhidayah...

Saturday, May 11, 2013

Antara FIKRAH & IMAN


Fikrah... Ya, apa perspektif anda?

Bagi ana, fikrah itu luas. Tidak semua fikrah itu mengambil berat tentang yang disebut IMAN. Tapi, apabila kita menghayati IMAN, sudah tentu lahir daripada fikrah. Terjadinya FIKRAH seandainya kita memanfaatkan akal untuk berfikir. 

Bezanya manusia, makhluk special ini, bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini, dengan haiwan, jika ia haiwan ternakan, maka kerjanya untuk membesar dengan baik mengikut cara tuannya, yang juga manusia, mengendalikannya.. Subhanallah... Maha Suci Allah...

Wallahu'alam
Wabillahitaufik walhidayah...

Sedikit selingan;



Friday, May 10, 2013

"Terima Pendapat Tidak Semestinya Perlu Ikut Bulat-Bulat"

Apa pendapat anda dengan nasihat ini?

Setelah ana fahami nasihat ini, ana gunakan nasihat ini dalam menerima beberapa teguran direct daripada sesiapa sahaja. Kerana pada pandangan ana, , manusia yang berkata-kata itu, kadang kala, sekadar menyampaikan mengikut interest mereka. Di mana, mereka hanya ingin menyampaikan apa yang mereka lebih cenderung atau pun, apa yang lebih senang pada penglihatan mereka. Sebagai contoh;

"Saya lebih senang melihat muslimah memakai baju labuh bersama skirt, berbanding muslimah yang memakai baju labuh bersama seluar."
Jadi apa bezanya? Adakah muslimah berbaju labuh dan berseluar itu juga dianggap salah dalam hal ini mahupun pada pandangan antum? Antum yang tahu..

Ana juga seringkali dengar daripada pengupasan para ilmuwan agama, bahawa Rasulullah s.a.w. juga apabila ingin menyampaikan nasihat kepada sesiapa yang bertemu dgn baginda s.a.w. untuk meminta nasihat, baginda akan menjawab mengikut keadaan orang yang bertemu dengannya. Kerana menjadi salah satu mukjizat yang Allah berikepada Rasulullah s.a.w., iaitu dapat membaca air muka, yakni perhal keadaan orang-orang yang baginda temui. Oleh sebab itulah, berlakunya perbezaan-perbezaan nasihat dalam hadis baginda. Maafkan ana kerana ana tidak dapat beri contohnya. Astaghfirullahal'azim. Ana usaha untuk mencarinya, tetapi, mungkin lain kali seandainya ana masih ingat.

Apa yang ana ingin sampaikan di sini adalah, ambillah pendapat itu sebagai ikutan sekiranya kita merasakan ianya sesuai dengan keaadan kita. 

Sebagai contoh, sebagai muslimah, seorang hamba Allah bertemu dengan anda mengatakan bahawa, anda dikatakan lebih sejuk mata memandang jika anda memakai tudung bulat labuh 60 inci itu. Sedangkan kita ketahui, muslimah diwajibkan menutup auratnya, iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, dan bagi bahagian dada itu diwajibkan sekadar menutupi agar tidak terzahir bentuknya. Apa keputusan anda? Anda akan pakainya mengikut consideration anda juga kan?? 

Sama lah ana. Maaflah, ana juga dalam mujahadah untuk jadi yg lebih baik. Bagi ana, memakai seperti yang disyorkan itu memang lah lebih baik atas sebab-sebab dan hikmah tersendiri. 

Belum lagi di tambah dengan pertanyaan,"Tak nak pakai purdah ke?" [Lagi satu hal... hehe...] Mana-mana lah ya... Asalkan kita ikut syariat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah... Terasa sukar untuk jelaskan pula... (^_^")

Jadi, konklusinya, janganlah tiba-tiba kita rasa gopoh apabila pendapat yang diberi orang lain itu dirasakan seperti menyalahkan anda. Fahami, fikirkan, dan buatlah rujukan ke atasnya supaya keputusan untuk kita ikuti itu benar-benar betul untuk diri kita. Jangan pula kita bantah pandangannya terus kalau salah, tapi, lakukan teguran dengan betul agar capai teguran berhikmah. 

Pesanan untuk diri sendiri juga, sebagai motif utama perkongsian ini. Wallahu'alam... Fahimtum?

Wabillahitaufiq wal hidayah...


Wednesday, May 8, 2013

SOMBONG? Dakwah Takkan Berjaya

Antara sebab dakwah pada hari ini dikatakan 'tak nampak' adalah berpunca daripada sifat sombong atau ego. Post kali ini adalah peringatan untuk semua especially, diri ana sendiri. Reflection.

Apa kaitannya sifat sombong dengan dakwah?:

1. Pandang saudara kita dengan pandangan kasih sayang
2. Jangan senang-senang sahaja menafsir manusia sama ada pertama kali melihat mereka atau kali ke seterusnya.
3. Serius dalam dakwah dengan perbetulkan niat, untuk meraih redha Ilahi
4. Jadi soleh/solehah dan muslih/muslihah

Apakah tanda-tandanya?

1. Sombong

- Tidak memulakan taaruf/perkenalan atau tiada keinginan sama sekali untuk bertegur dengan insan seIslam di mana-mana sahaja berada, sama ada kenal atau tidak
..... Di manakah sunnah Rasulullah s.a.w. yang menyeru kita untuk sebarkan salam sesama saudara, sebagai hak kepada muslim yang lain?
..... Antara tanda kiamat; Muslimhanya memberi salam kepada mereka yang dikenali sahaja

- Tarik muka untuk pandang orang lain, dikecualikan seandainya mereka itu ajnabi, demi menjaga ikhtilat, dengan menjaga pandangan

- Berasa amat berat untuk lontarkan senyuman, yakni sunnah/sedekah yang paling ringan di dunia ini
..... Mengapa sampai rasa begitu?
..... Adakah sebab kita ada prasangka terhadapnya sejak awal, tanpa asbab? Walaupun, tidak ada sebab pun untuk berprasangka

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang." 
Surah Al-Hujurat: ayat 12
(m/s 517, surah ke 49)

- Tidak sanggup melayan karenah orang lain/ melalui kesukaran mereka bersama

"Kesukaran diri bukannya alasan untuk tidak membantu saudaranya yang ada masalah"
Hilal Asyraf : Sinergi

- Lembutkan hati diri sendiri, sebagai usaha untuk tidak sombong, dengan berdoa kepada Allah S.W.T.

- Beri sesuatu tanpa rasa beban, yakni beri dengan rasa kasih sayang, tanpa mengeluh, malah sentiasa ingat Allah

2. Serius

- Jangan biarkan sedikit masa pun niat kita tersasar
- Jaga attitude/akhlak pada semua orang; sahabat, famili, masyarakat, pemimpin, dll
- Jangan banyaksangat bergurau, sehingga timbul lagha
..... Apa sebab untuk bergurau sehingga begitu sekali, sedangkan ia tidak mendatangkan apa-apa kesan baik?

"Saya mesti sinantiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namanya untuk menjadikan diam saya itu dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir"
Fathi Yakan : Apa Ertinya Saya Menganut Islam

- Pastikan orang lain, yakni sesiapa sahaja tidak marasakan kita ini 100% annoying
..... Bukti perkataan yang dikeluarkan kita bukannya lagha/sia-sia daripada mengingati Allah S.W.T.
..... Pastikan ada probability untuk mereka fahami Islam daripada usaha kita itu, walaupun bukan on the spot, or it takes time. Terkesan pada masa lain pun, Alhamdulillah.

"Barangsiapa dikehendaki Allah akan medapat hidayah(petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tak beriman"
Surah Al-An'am : Ayat 125
(m/s 144, Surah ke 6)

Special Quotes:

"Jangan pandang mereka seolah-olah tiada harapan untuk didakwah/diajak" 
-Tcher, Kak Samirah-

"Jihad setiap orang itu berbeza" 
-ShamKamikaze: Tazkirah Muzikal-

"Mereka itu mad'u-mad'u kita"
- Sahabat, Nurul Syafiqah-

Wallahu'alam...
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah.
"Keimanan Adalah Paksi"

Thursday, May 2, 2013

Tak Perlu Terlalu Obses 'Ikut-ikut' Untuk Jadi Lebih Baik

Ada satu ketika [haritu], apabila meninjau blog sahabat-sahabat mahupun perkongsian ikhlas daripada para pemburu redha Allah, merasa diri ini, 

"Naklah jadi macam diorang... So, kenalah ubah blog jadi macam diorang.. Barulah dapat attract pembaca.."

Berhempas pulas juga otak ini duk fikir macamana ek? Sebab bila difikirkan, merepek sahaja entri-entri blog sebelum ini... Childish sungguh! Astaghfirullah...

Namun, tak ku sedari, seperti yang pernah diungkapkan Sham Kamikaze, 

"Jihad setiap orang itu berbeza"

Sebagai contoh, mujahadah seorang wanita yang tak bertudung kerana tidak mengetahui sejauh mana wajibnya perintah menutup aurat untuk memakai tudung itu berbeza dengan muslimah yang sudah mengetahui dan faham tetapi enggan, atas desakan keegoan diri sendiri. Mana lebih tinggi dugaannya? 

Antara ayat yang sering ana teringat apabila tersedar akan kesilapan yang dilakukan, iaitu,

"Kalau nak senang, kena susah dahulu..."

Lain orang lain kelebihannya, dan lain juga kekurangannya. Dan ana ingat kembali, satu pesanan daripada seorang ukhti ini,

"Gunakan kekurangan kamu itu sebagai kelebihan kamu. Apa kekurangan kamu?" 

Yela, yang dikatakan kekurangan itu, setiap orang takkan tahu kelemahan dirinya melainkan kita muhasabah diri kita. Dan apa pula gunanya muhasabah diri melainkan untuk perbaiki diri? Dengan koreksi diri, kita mula berkata-kata dengan Allah, lalu, Iman kita terasa diperkuatkan. Apabila Iman deperkuatkan, Nur hidayah nampaknya telah mengelilingi kita. Takkan kita nak bermain tarik tali dengan Allah. Ingat senang-senang sahaja ke, Allah nak beri hamba-Nya Hidayah? Cuba fikir semula, apa maksud 'hidayah'itu sendiri, yang kita sering ulangi di zaman persekolahan, yang duk ditanya oleh ustaz atau ustazah yang ajar kita? 

Hidayah itu hanya Allah beri kepada orang yang dikehendaki-Nya sahaja!

dan

"Gunakan sedikit kelebihan pada diri kamu itu untuk dakwah." Ini berkait rapat dengan soal istiqamah, iaitu,

"Allah suka amalan yang keciltetapi berterusan..."

Apa yang ana sedari, insan-insan istimewa yang berjaya menarik minat orang lain untuk baca hasil penulisan mereka, bukanlah menulis semata-mata untuk diharapkan agar orang lain membacanya. Tapi, ianya hasil daripada hati dan niat mereka yang semata-mata untuk raih redha Allah, dan dapat laksanakan amar-makruf, nahi munkar yang diperintahkan dalam Al-Quran, yakni kalam Allah itu sendiri.

Dengan Nur keikhlasan yang Allah limpahkan dalam penulisan mereka, maka berjayalah matlamat mereka yang kedua itu tanpa lari daripada niat yang utama.

Samalah seperti kes-kes di fb. Pandai post sahaja, tapi, hakikatnya, tak melaksanakan. Itulah penyakit zaman sekarang, yang kita, yakni juga ana sendiri seringkali terjerat dengan kecenderungan-kecenderungan seperti ini. Moga Allah lindungi, Na'uzubillah... Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah...

Innamal'a'malu binniyyat..
Sesuatu amal bergantung pada niat... Hasilnya juga bergantung pada niat, adakah niat asal itu benar-benar suci yakni, kerana Allah?

Kesimpulannya, Allah Subhanahuwataala itu Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang kita mampu lakukan, setakat itu yang Allah akan uji Iman kita sebagai tanda kasihnya dan ingatNya pada kita. 

Moga Allah pandang kita kerana taatnya dan syukurnya kita kepada Allah... dan bukan kita dipandang saat kita dipandang kerana murkaNya pada kita... Wallahu'alam..

Allah, ingatkanlah kami!