"Naklah jadi macam diorang... So, kenalah ubah blog jadi macam diorang.. Barulah dapat attract pembaca.."
Berhempas pulas juga otak ini duk fikir macamana ek? Sebab bila difikirkan, merepek sahaja entri-entri blog sebelum ini... Childish sungguh! Astaghfirullah...
Namun, tak ku sedari, seperti yang pernah diungkapkan Sham Kamikaze,
"Jihad setiap orang itu berbeza"
Sebagai contoh, mujahadah seorang wanita yang tak bertudung kerana tidak mengetahui sejauh mana wajibnya perintah menutup aurat untuk memakai tudung itu berbeza dengan muslimah yang sudah mengetahui dan faham tetapi enggan, atas desakan keegoan diri sendiri. Mana lebih tinggi dugaannya?
Antara ayat yang sering ana teringat apabila tersedar akan kesilapan yang dilakukan, iaitu,
"Kalau nak senang, kena susah dahulu..."
Lain orang lain kelebihannya, dan lain juga kekurangannya. Dan ana ingat kembali, satu pesanan daripada seorang ukhti ini,
"Gunakan kekurangan kamu itu sebagai kelebihan kamu. Apa kekurangan kamu?"
Yela, yang dikatakan kekurangan itu, setiap orang takkan tahu kelemahan dirinya melainkan kita muhasabah diri kita. Dan apa pula gunanya muhasabah diri melainkan untuk perbaiki diri? Dengan koreksi diri, kita mula berkata-kata dengan Allah, lalu, Iman kita terasa diperkuatkan. Apabila Iman deperkuatkan, Nur hidayah nampaknya telah mengelilingi kita. Takkan kita nak bermain tarik tali dengan Allah. Ingat senang-senang sahaja ke, Allah nak beri hamba-Nya Hidayah? Cuba fikir semula, apa maksud 'hidayah'itu sendiri, yang kita sering ulangi di zaman persekolahan, yang duk ditanya oleh ustaz atau ustazah yang ajar kita?
Hidayah itu hanya Allah beri kepada orang yang dikehendaki-Nya sahaja!
dan
"Gunakan sedikit kelebihan pada diri kamu itu untuk dakwah." Ini berkait rapat dengan soal istiqamah, iaitu,
"Allah suka amalan yang keciltetapi berterusan..."
Apa yang ana sedari, insan-insan istimewa yang berjaya menarik minat orang lain untuk baca hasil penulisan mereka, bukanlah menulis semata-mata untuk diharapkan agar orang lain membacanya. Tapi, ianya hasil daripada hati dan niat mereka yang semata-mata untuk raih redha Allah, dan dapat laksanakan amar-makruf, nahi munkar yang diperintahkan dalam Al-Quran, yakni kalam Allah itu sendiri.
Dengan Nur keikhlasan yang Allah limpahkan dalam penulisan mereka, maka berjayalah matlamat mereka yang kedua itu tanpa lari daripada niat yang utama.
Samalah seperti kes-kes di fb. Pandai post sahaja, tapi, hakikatnya, tak melaksanakan. Itulah penyakit zaman sekarang, yang kita, yakni juga ana sendiri seringkali terjerat dengan kecenderungan-kecenderungan seperti ini. Moga Allah lindungi, Na'uzubillah... Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah...
Innamal'a'malu binniyyat..
Sesuatu amal bergantung pada niat... Hasilnya juga bergantung pada niat, adakah niat asal itu benar-benar suci yakni, kerana Allah?
Kesimpulannya, Allah Subhanahuwataala itu Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang kita mampu lakukan, setakat itu yang Allah akan uji Iman kita sebagai tanda kasihnya dan ingatNya pada kita.
Moga Allah pandang kita kerana taatnya dan syukurnya kita kepada Allah... dan bukan kita dipandang saat kita dipandang kerana murkaNya pada kita... Wallahu'alam..
Allah, ingatkanlah kami!
No comments:
Post a Comment