Friday, May 10, 2013

"Terima Pendapat Tidak Semestinya Perlu Ikut Bulat-Bulat"

Apa pendapat anda dengan nasihat ini?

Setelah ana fahami nasihat ini, ana gunakan nasihat ini dalam menerima beberapa teguran direct daripada sesiapa sahaja. Kerana pada pandangan ana, , manusia yang berkata-kata itu, kadang kala, sekadar menyampaikan mengikut interest mereka. Di mana, mereka hanya ingin menyampaikan apa yang mereka lebih cenderung atau pun, apa yang lebih senang pada penglihatan mereka. Sebagai contoh;

"Saya lebih senang melihat muslimah memakai baju labuh bersama skirt, berbanding muslimah yang memakai baju labuh bersama seluar."
Jadi apa bezanya? Adakah muslimah berbaju labuh dan berseluar itu juga dianggap salah dalam hal ini mahupun pada pandangan antum? Antum yang tahu..

Ana juga seringkali dengar daripada pengupasan para ilmuwan agama, bahawa Rasulullah s.a.w. juga apabila ingin menyampaikan nasihat kepada sesiapa yang bertemu dgn baginda s.a.w. untuk meminta nasihat, baginda akan menjawab mengikut keadaan orang yang bertemu dengannya. Kerana menjadi salah satu mukjizat yang Allah berikepada Rasulullah s.a.w., iaitu dapat membaca air muka, yakni perhal keadaan orang-orang yang baginda temui. Oleh sebab itulah, berlakunya perbezaan-perbezaan nasihat dalam hadis baginda. Maafkan ana kerana ana tidak dapat beri contohnya. Astaghfirullahal'azim. Ana usaha untuk mencarinya, tetapi, mungkin lain kali seandainya ana masih ingat.

Apa yang ana ingin sampaikan di sini adalah, ambillah pendapat itu sebagai ikutan sekiranya kita merasakan ianya sesuai dengan keaadan kita. 

Sebagai contoh, sebagai muslimah, seorang hamba Allah bertemu dengan anda mengatakan bahawa, anda dikatakan lebih sejuk mata memandang jika anda memakai tudung bulat labuh 60 inci itu. Sedangkan kita ketahui, muslimah diwajibkan menutup auratnya, iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, dan bagi bahagian dada itu diwajibkan sekadar menutupi agar tidak terzahir bentuknya. Apa keputusan anda? Anda akan pakainya mengikut consideration anda juga kan?? 

Sama lah ana. Maaflah, ana juga dalam mujahadah untuk jadi yg lebih baik. Bagi ana, memakai seperti yang disyorkan itu memang lah lebih baik atas sebab-sebab dan hikmah tersendiri. 

Belum lagi di tambah dengan pertanyaan,"Tak nak pakai purdah ke?" [Lagi satu hal... hehe...] Mana-mana lah ya... Asalkan kita ikut syariat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah... Terasa sukar untuk jelaskan pula... (^_^")

Jadi, konklusinya, janganlah tiba-tiba kita rasa gopoh apabila pendapat yang diberi orang lain itu dirasakan seperti menyalahkan anda. Fahami, fikirkan, dan buatlah rujukan ke atasnya supaya keputusan untuk kita ikuti itu benar-benar betul untuk diri kita. Jangan pula kita bantah pandangannya terus kalau salah, tapi, lakukan teguran dengan betul agar capai teguran berhikmah. 

Pesanan untuk diri sendiri juga, sebagai motif utama perkongsian ini. Wallahu'alam... Fahimtum?

Wabillahitaufiq wal hidayah...


No comments:

Post a Comment