Friday, August 16, 2013

Anugerah Dekan, Hadirlah, PENTING!

15/8/2013 : 2.02pm

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatu

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad

Masya-Allah...

Setelah setengah sem berlalu, daripada sem lepas, barulah ana muncul ke bilik PM (# PM = Prof. Madya) fakulti ana untuk dapatkan sijil dekan semester 1 yang masih belum diambil. Apa yang menikam kelalaian diri, semasa ana mulakan pertemuan dengan insan yang cukup dihormati itu, ana dapati, ana telah lama menyakitkan hati ramai insan yang berkorban untuk menjayakan majlis besar yang disebut Majlis Anugerah dekan pada sem lepas.

Namun, dalam post ini, bukan tujuan ana untuk meluahkan isi hati, atau meluahkan kesedihan melanda. Bukan itu yang menjadi sebab ana taip, tetapi, sekadar memberi pengajaran bagi kita-kita yang gagal untuk menghadirkan niat yang suci untuk hadiri majlis-majlis seperti ini.

Actually, tidak kusangka, dan ku jangka pun..

Pertemuan ana disambut dengan suasana tegang (for me)
Ana dtg2 ke bilik PM dan memberitahu beliau tujuan ana berjumpa dengannya. Apa yang dijawab dan membuatkan ana teringat-ingat, terkejut, kecewa dgn diri, adalah menerima teguran keras, iaitu;

“Saya sebenarnya radang, ya pada hari tu.. terhadap pelajar-pelajar yang x tahu nak hargai betapa kami ni bersungguh-sungguh bersusah-susah untuk buat majlis ni.”

Sebagai seorang yang jarang atau sukar sama sekali dimarahi oleh insan-insan terhormat seperti ini, perkataan ‘radang’ itu sudah cukup menggetarkan jiwa. Kilang air mata seolah-olah nak ‘on’ tapi, ana bertahan. Alhamdulillah... namun, Astaghfirullah...

Disambung lagi dengan ayat-ayat kekecewaan di mana yang paling ana risaukan adalah;

“Lepas ni tak payahlah lagi nak dapat anugerah dekan, ya... saya tak doakan pun...”

‘Tidak mendokan’ itu bagi ana sangatlah manggagalkan diri ana untuk meneruskan langkah. Ayat yang sangat mengugut.. dan mungkin, mematikan azam.. melibatkan redha & juga keberkatan.. tapi, tak mungkin ana boleh goyah.. Ana memohon agar Allah bantu ana. Allah sahajalah yang tahu...

Ana faham perasaan PM itu... ya.. nak jayakan majlis besar seperti itu, dengan VVIP nya, dan segala persediaan yang sangat mengambil masa, huh.. cukup berat.. namun diakhiri dengan sikap-sikap pelajar yang sebegini rupa... Astaghfirullah..

Semuanya disebabkan kesilapan diri sem lalu... ketidakpekaan terhadap maklumat-maklumat terkini, kerana,
Apabila ditanya sebab tidak hadir, ana mengatakan bahawa ana lewat dapat maklumat.
Then, why i didn’t ask them, about when is it?

She asked me to always update with my fakulti’s fb page. Or known as DiPAC page. From there, all newest information will be announced accurately.

Alasan diri; “saya jarang buka fb...” (masa dan kemudahan yg terhad- kononnya)

“hah, kenalah buka..” jawabnya..

‘ok... Insya-Allah...’ jawab hati...

Sebenarnya, ana tersilap dapat information. Sebab majlis itu ambil masa dua hari yg berturut-turut, iaitu mengikut fakulti-fakulti di UiTM AG ini. Ana ingat fakulti ana itu hari yang kedua. Jadi, ana pun datang ke bilik kuliah seperti biasa. Selain tu, yang jadi kekangan untuk ana, ana tak dapat bertemu dengan orang-orang yang akan sebut-sebut atau kecoh2 bila tarikh anugerah dekan yang sebenar, memandangkan, ditakdirkan semasa ana sem 1, hanya ana seorang yang dapat melepasi pointer 3.5 yang melayakkan diri untuk dapat Dean List (DL) tu. Reflek diri yang tak begitu berkecoh-kecohan di dalam kelas, takkan ana nak tanya orang dalam kelas ana yang takde kena mengena utk terlibat sama? Jadi, ana Cuma tanya sahabat sepersatuan ana yang bukanlah daripada kelas yang sama, tapi, sama kos. Sahabat ana pun tak jelas ttg information itu.

Ditakdirkan, pada hari kejadian, semasa kelas berjalan seperti biasa, semasa lecturer sdg mengajar, ana tak pandang handphone, supaya lebih fokus. Rupa-rupanya, ada misscall dpd sahabat ana yang ana baru perasan beberapa jam lepas tu. tujuannya, nak tahu ana kat mana.
Setelah berkongsi cerita dgn sahabat ana tu, barulah ana tahu, yang sahabat ana sempat hadir majlis tu.. itu pun kelam kabut. sebab, dia ditegur semasa nak ke kelas pagi itu juga, dimana pagi majlis itu berlangsung. On-the-spot la dia bergegas siapkan diri untuk terus ke dewan berkenaan. Tu yang dia try call ana tapi, x dapat.. hmm, adalah HIKMAHnya...

Mudah-mudahan kejadian, kesilapan seperti ini x berulang kembali. Majlis anugerah dekan yang berlangsung untuk sem ni adalah mnggu depan. Mudah2an dengan pertambahan bilangan kawan-kawan sekelas ana yang dapat DL tu membantu ana. Tak lupa pada usaha sendiri... Insya-Allah..
Jadi, ambillah pengajarannya ya.. hadir Majlis Anugerah Dekan tu Penting!!
REDHA, dan BERKAT daripada pada pengajar kita tu... membawa kepada redha Ilahi jua...

Hormati orang yang lebih tua dan berpengalaman, serta, berilmu tinnggi...

Friday, August 2, 2013

"Baca Mata... Mari.. Mari.."

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakah
Ohisashiburi...

Semoga sihat Iman, dan jasamani. Dalam mengharungi perjuangan di bulan Ramadhan. Allah...
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.
Alhamdulillahi rabbil 'Alamin..

Permulaan post setelah lama tidak mengupdate dimulakan dengan tajuk 'Baca Mata'... Tajuk diambil disebabkan rasa ke'eager'an yang masih terpendam mahupun terluah sejak malam semalam. Malam terakhir pertemuan dengan sahabat-sahabat dan kakak-kakak di Masjid Al-Hikmah, UiTM Lendu, sebelum masing-masing membawa diri untuk bercuti sempena raya, yakni satu-satunya cuti panjang dalam sem ni. Kanashii...

It is very interesting to hear what people can read us only by looking our eyes. Alhamdulillah, i am grateful since i have a friend like that. I have only realize it since our meeting on last night.

Pengalaman mendengar seorang demi seorang punya personaliti (sedikit-sebanyak) sangat menyeronokkan.
Ianya bermula semasa kami sedang menjamah juadah moreh, selepas selesai Majlis Khatam Al-Quran apabila ana mendengar seorang kakak ni kata, " X, cepatlah tengok mata akak..." (X- mewakili nama sahabat yang diberi anugerah oleh Allah untuk mahir dalam baca mata)

Ana yang sedang makan dadih ni teruja lah, dalam hati, "Eh, apa diorang nak buat tuu???"

Tak lama lepas tu, ana dapat detect yang diorang tgh buat yang dikatakan 'baca mata' tu...

Apa lagi, ana tunggu turn la... "Eh... eh... kejap lagi kite tau! (sambil sengeh dan tepuk-tepuk kaki si X)"

Satu demi satu sifat yang ada pada diri ini dirungkai... Ketika mata bertentang mata... huhuu... apa pun boleh jadi...

Antara sifat-sifat yang banyak dibaca;
- seorang yang sangat menyimpan rahsia
- kalau ada masalah tak suka beritahu orang lain, unless, terdesak
Lain-lain;
- ada yang seorang yang punctual, tak suka membaca sebaliknya suka mengira, yang suka membaca pun satu, susah untuk menangis pun satu, sukakan haiwan pun satu, banyak simpan rahsia pun ada, seorang yang tegas, kalau nak yang tu, yang tu jugak dan sangat susah untuk ubah, ada yang mudah percaya cakap orang lain, dan... macam-macam lagi... entah sesiapa saja pemilik sifat-sifat ini..

cuma, ana yang mana satu ya?? hehe... secret le... Wallahu'alam..

Sangat menarik...

Yang lebih bertambah menarik, ana dapat rasakan level ukhuwah kami ni sedang boost! why not, seorang demi seorang datang sebab tertarik dengan perkhidmatan si X tu... hehe... perkhidmatan tak berbayar. Lagi satu, kita dapat kenal atau ta'aruf yang sahabat-sahabat kita ni macamana... Ana lah jadi tukang pemanggil sahabat-sahabat yang berdekatan... Promoter gitu..

"Meh.. meh.. cepat-cepat.. tunggu turn... dia boleh baca mata.. nak tak..." (siapa tak terpanggil??... ngehh..)

Topik menarik bagi kaum hawa, "Muslimin... muslimin macamana pulak???" (wah... wah.. seorang kakak tu.. hihi... sungguh-sungguh beno nak tau apa yang ada pada fikiran muslimin... agak panas juga topik ni...)

Mana tak nye... bila sebut tentang muslimin, bukan sebab kami ni 'gatal' atau 'gedik'... kami cuma nak tahu, sejauh mana kami nak tau muslimin tu baik ke tidok... sebab, Insya-Allah, bakal pasangan hidup kami juga 'Muslimin'... sedikit kata-kata peringatan atau makluman yang jadi panduan pada kami, antaranya...:

"Muslimin yang betul-betul baik (yang jaga pandangan dan kehormatan wanita);
- takkan pandang mata wanita, sekalipun memandang tubuh badan wanita
- kalau ya pun nak berkomunikasi, takkan pandang mata, tapi pandang dahi,

Manakala,

- bagi lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita (atau senang dipanggil 'couple'), sebenarnya bermakna yang depa ni tidak menghormati kehormatan atau maruah muslimat tersebut, yelah.. mengapa perlu, sedangkan dia tau yang perbuatan berdua-duaan itu boleh menjatuhkan maruah atau harga diri mereka mahupun AGAMA? fitnah... oh.. fitnah... mengapa perlu buat, kalau kita tau itu akan mengundang pada fitnah?

daripada itu,

timbullah persoalan mengenai kecenderungan untuk menjadi sebagaimana berlainan gender atau janti seperti, lelaki nak jadi perempuan dan si perempuan nak jadi lelaki, atau secara kasarnya selalu disebut, 'pondan' atau 'penkid/ tomboy'... mereka ni pula macamana???

jawapannya, "Diorang ni sama je..." haiiih... sama yang macamana tu? yelah.. actually, Allah S.W.T. dah fitrahkan mereka ni sebagai lelaki, atau sebagai perempuan... tetaplah desire atau kecenderungan mereka sebenarnya berbalik pada jantina asal mereka... Jika seorang perempuan itu fitrahnya, kuat emosi atau cemburu.. tetaplah begitu... Bukan senanglah nak lari daripada fitrah! Allah Maha Mengetahui

tapi... Wallahu'alam... pertemuan ini cuma satu diskusi ringkas... tentang insan-insan yang cenderung untuk tukar jantina, lebih baiklah kita mendoakan mereka, agar Allah limpahkan hidayah buat mereka... mereka cuma insan-insan yang belum faham atau belum diberi kefahaman.. ya... kefahaman.. mereka belum dapat rasai keindahan Islam itu.. menjadi tanggungjawab kita untuk amar makruf.. cuma, semua ini perlu dengan ILMU dan hikmah. Dan bergantung pada kemampuan kita. Perlahan-lahan, Insya-Allah, Allah bantu kita dan mereka.. kasihan.. bi'ah mereka cukup berbeza..

Akhir kalam,
"Rabbana la tuzigh qulubana, ba'da iz hadaitana, wa hablana milladu'n ka rahmah, innaka antal wahhab.."
- moga Allah tidak pesongkan hati kita daripada hidayah-Nya.. amiin.."

Wallahu'alam,
wabillahi taufiq walhidayah..

# Sahabat ana yang bergelar 'X' itu merupakan pelajar jurusan MASSCOMM. Kemahiran yang dia ada adalah antara balikan yang dia dapat dalam menghadiri kelas subjek yg berkaitan Psikologi. Influence dpd lecturernya, serta minat yang mendalam.. Alhamdulillah... Kami tumpang gembira dengan kelebihan yang dia ada, walaupun kemahiran ini barulah dikatakan basic atau permulaan dalam ilmu psikologi.