Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakah
Ohisashiburi...
Semoga sihat Iman, dan jasamani. Dalam mengharungi perjuangan di bulan Ramadhan. Allah...
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.
Alhamdulillahi rabbil 'Alamin..
Permulaan post setelah lama tidak mengupdate dimulakan dengan tajuk 'Baca Mata'... Tajuk diambil disebabkan rasa ke'eager'an yang masih terpendam mahupun terluah sejak malam semalam. Malam terakhir pertemuan dengan sahabat-sahabat dan kakak-kakak di Masjid Al-Hikmah, UiTM Lendu, sebelum masing-masing membawa diri untuk bercuti sempena raya, yakni satu-satunya cuti panjang dalam sem ni. Kanashii...
It is very interesting to hear what people can read us only by looking our eyes. Alhamdulillah, i am grateful since i have a friend like that. I have only realize it since our meeting on last night.
Pengalaman mendengar seorang demi seorang punya personaliti (sedikit-sebanyak) sangat menyeronokkan.
Ianya bermula semasa kami sedang menjamah juadah moreh, selepas selesai Majlis Khatam Al-Quran apabila ana mendengar seorang kakak ni kata, " X, cepatlah tengok mata akak..." (X- mewakili nama sahabat yang diberi anugerah oleh Allah untuk mahir dalam baca mata)
Ana yang sedang makan dadih ni teruja lah, dalam hati, "Eh, apa diorang nak buat tuu???"
Tak lama lepas tu, ana dapat detect yang diorang tgh buat yang dikatakan 'baca mata' tu...
Apa lagi, ana tunggu turn la... "Eh... eh... kejap lagi kite tau! (sambil sengeh dan tepuk-tepuk kaki si X)"
Satu demi satu sifat yang ada pada diri ini dirungkai... Ketika mata bertentang mata... huhuu... apa pun boleh jadi...
Antara sifat-sifat yang banyak dibaca;
- seorang yang sangat menyimpan rahsia
- kalau ada masalah tak suka beritahu orang lain, unless, terdesak
Lain-lain;
- ada yang seorang yang punctual, tak suka membaca sebaliknya suka mengira, yang suka membaca pun satu, susah untuk menangis pun satu, sukakan haiwan pun satu, banyak simpan rahsia pun ada, seorang yang tegas, kalau nak yang tu, yang tu jugak dan sangat susah untuk ubah, ada yang mudah percaya cakap orang lain, dan... macam-macam lagi... entah sesiapa saja pemilik sifat-sifat ini..
cuma, ana yang mana satu ya?? hehe... secret le... Wallahu'alam..
Sangat menarik...
Yang lebih bertambah menarik, ana dapat rasakan level ukhuwah kami ni sedang boost! why not, seorang demi seorang datang sebab tertarik dengan perkhidmatan si X tu... hehe... perkhidmatan tak berbayar. Lagi satu, kita dapat kenal atau ta'aruf yang sahabat-sahabat kita ni macamana... Ana lah jadi tukang pemanggil sahabat-sahabat yang berdekatan... Promoter gitu..
"Meh.. meh.. cepat-cepat.. tunggu turn... dia boleh baca mata.. nak tak..." (siapa tak terpanggil??... ngehh..)
Topik menarik bagi kaum hawa, "Muslimin... muslimin macamana pulak???" (wah... wah.. seorang kakak tu.. hihi... sungguh-sungguh beno nak tau apa yang ada pada fikiran muslimin... agak panas juga topik ni...)
Mana tak nye... bila sebut tentang muslimin, bukan sebab kami ni 'gatal' atau 'gedik'... kami cuma nak tahu, sejauh mana kami nak tau muslimin tu baik ke tidok... sebab, Insya-Allah, bakal pasangan hidup kami juga 'Muslimin'... sedikit kata-kata peringatan atau makluman yang jadi panduan pada kami, antaranya...:
"Muslimin yang betul-betul baik (yang jaga pandangan dan kehormatan wanita);
- takkan pandang mata wanita, sekalipun memandang tubuh badan wanita
- kalau ya pun nak berkomunikasi, takkan pandang mata, tapi pandang dahi,
Manakala,
- bagi lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita (atau senang dipanggil 'couple'), sebenarnya bermakna yang depa ni tidak menghormati kehormatan atau maruah muslimat tersebut, yelah.. mengapa perlu, sedangkan dia tau yang perbuatan berdua-duaan itu boleh menjatuhkan maruah atau harga diri mereka mahupun AGAMA? fitnah... oh.. fitnah... mengapa perlu buat, kalau kita tau itu akan mengundang pada fitnah?
daripada itu,
timbullah persoalan mengenai kecenderungan untuk menjadi sebagaimana berlainan gender atau janti seperti, lelaki nak jadi perempuan dan si perempuan nak jadi lelaki, atau secara kasarnya selalu disebut, 'pondan' atau 'penkid/ tomboy'... mereka ni pula macamana???
jawapannya, "Diorang ni sama je..." haiiih... sama yang macamana tu? yelah.. actually, Allah S.W.T. dah fitrahkan mereka ni sebagai lelaki, atau sebagai perempuan... tetaplah desire atau kecenderungan mereka sebenarnya berbalik pada jantina asal mereka... Jika seorang perempuan itu fitrahnya, kuat emosi atau cemburu.. tetaplah begitu... Bukan senanglah nak lari daripada fitrah! Allah Maha Mengetahui
tapi... Wallahu'alam... pertemuan ini cuma satu diskusi ringkas... tentang insan-insan yang cenderung untuk tukar jantina, lebih baiklah kita mendoakan mereka, agar Allah limpahkan hidayah buat mereka... mereka cuma insan-insan yang belum faham atau belum diberi kefahaman.. ya... kefahaman.. mereka belum dapat rasai keindahan Islam itu.. menjadi tanggungjawab kita untuk amar makruf.. cuma, semua ini perlu dengan ILMU dan hikmah. Dan bergantung pada kemampuan kita. Perlahan-lahan, Insya-Allah, Allah bantu kita dan mereka.. kasihan.. bi'ah mereka cukup berbeza..
Akhir kalam,
"Rabbana la tuzigh qulubana, ba'da iz hadaitana, wa hablana milladu'n ka rahmah, innaka antal wahhab.."
- moga Allah tidak pesongkan hati kita daripada hidayah-Nya.. amiin.."
Wallahu'alam,
wabillahi taufiq walhidayah..
# Sahabat ana yang bergelar 'X' itu merupakan pelajar jurusan MASSCOMM. Kemahiran yang dia ada adalah antara balikan yang dia dapat dalam menghadiri kelas subjek yg berkaitan Psikologi. Influence dpd lecturernya, serta minat yang mendalam.. Alhamdulillah... Kami tumpang gembira dengan kelebihan yang dia ada, walaupun kemahiran ini barulah dikatakan basic atau permulaan dalam ilmu psikologi.
No comments:
Post a Comment