15/8/2013 : 2.02pm
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatu
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah,
Allahuakbar
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali
Muhammad
Masya-Allah...
Setelah setengah sem berlalu, daripada sem
lepas, barulah ana muncul ke bilik PM (# PM = Prof. Madya) fakulti ana untuk
dapatkan sijil dekan semester 1 yang masih belum diambil. Apa yang menikam
kelalaian diri, semasa ana mulakan pertemuan dengan insan yang cukup dihormati
itu, ana dapati, ana telah lama menyakitkan hati ramai insan yang berkorban
untuk menjayakan majlis besar yang disebut Majlis Anugerah dekan pada sem
lepas.
Namun, dalam post ini, bukan tujuan ana untuk
meluahkan isi hati, atau meluahkan kesedihan melanda. Bukan itu yang menjadi
sebab ana taip, tetapi, sekadar memberi pengajaran bagi kita-kita yang gagal
untuk menghadirkan niat yang suci untuk hadiri majlis-majlis seperti ini.
Actually, tidak kusangka, dan ku jangka pun..
Pertemuan ana disambut dengan suasana tegang
(for me)
Ana dtg2 ke bilik PM dan memberitahu beliau
tujuan ana berjumpa dengannya. Apa yang dijawab dan membuatkan ana
teringat-ingat, terkejut, kecewa dgn diri, adalah menerima teguran keras,
iaitu;
“Saya sebenarnya radang,
ya pada hari tu.. terhadap pelajar-pelajar yang x tahu nak hargai betapa kami
ni bersungguh-sungguh bersusah-susah untuk buat majlis ni.”
Sebagai seorang yang jarang atau sukar sama
sekali dimarahi oleh insan-insan terhormat seperti ini, perkataan ‘radang’ itu
sudah cukup menggetarkan jiwa. Kilang air mata seolah-olah nak ‘on’ tapi, ana
bertahan. Alhamdulillah... namun, Astaghfirullah...
Disambung lagi dengan ayat-ayat kekecewaan di
mana yang paling ana risaukan adalah;
“Lepas ni tak
payahlah lagi nak dapat anugerah dekan, ya... saya tak doakan pun...”
‘Tidak mendokan’ itu bagi ana sangatlah
manggagalkan diri ana untuk meneruskan langkah. Ayat yang sangat mengugut.. dan
mungkin, mematikan azam.. melibatkan redha & juga keberkatan.. tapi, tak
mungkin ana boleh goyah.. Ana memohon agar Allah bantu ana. Allah sahajalah
yang tahu...
Ana faham perasaan PM itu... ya.. nak jayakan
majlis besar seperti itu, dengan VVIP nya, dan segala persediaan yang sangat
mengambil masa, huh.. cukup berat.. namun diakhiri dengan sikap-sikap pelajar
yang sebegini rupa... Astaghfirullah..
Semuanya disebabkan kesilapan diri sem lalu...
ketidakpekaan terhadap maklumat-maklumat terkini, kerana,
Apabila ditanya sebab tidak hadir, ana
mengatakan bahawa ana lewat dapat maklumat.
Then, why i didn’t ask them, about when is it?
She asked me to always update with my
fakulti’s fb page. Or known as DiPAC page. From there, all newest information
will be announced accurately.
Alasan diri; “saya jarang buka fb...” (masa
dan kemudahan yg terhad- kononnya)
“hah, kenalah
buka..” jawabnya..
‘ok... Insya-Allah...’ jawab hati...
Sebenarnya, ana tersilap dapat information.
Sebab majlis itu ambil masa dua hari yg berturut-turut, iaitu mengikut
fakulti-fakulti di UiTM AG ini. Ana ingat fakulti ana itu hari yang kedua.
Jadi, ana pun datang ke bilik kuliah seperti biasa. Selain tu, yang jadi
kekangan untuk ana, ana tak dapat bertemu dengan orang-orang yang akan
sebut-sebut atau kecoh2 bila tarikh anugerah dekan yang sebenar, memandangkan,
ditakdirkan semasa ana sem 1, hanya ana seorang yang dapat melepasi pointer 3.5
yang melayakkan diri untuk dapat Dean List (DL) tu. Reflek diri yang tak begitu
berkecoh-kecohan di dalam kelas, takkan ana nak tanya orang dalam kelas ana
yang takde kena mengena utk terlibat sama? Jadi, ana Cuma tanya sahabat
sepersatuan ana yang bukanlah daripada kelas yang sama, tapi, sama kos. Sahabat
ana pun tak jelas ttg information itu.
Ditakdirkan, pada hari kejadian, semasa kelas
berjalan seperti biasa, semasa lecturer sdg mengajar, ana tak pandang
handphone, supaya lebih fokus. Rupa-rupanya, ada misscall dpd sahabat ana yang
ana baru perasan beberapa jam lepas tu. tujuannya, nak tahu ana kat mana.
Setelah berkongsi cerita dgn sahabat ana tu,
barulah ana tahu, yang sahabat ana sempat hadir majlis tu.. itu pun kelam
kabut. sebab, dia ditegur semasa nak ke kelas pagi itu juga, dimana pagi majlis
itu berlangsung. On-the-spot la dia bergegas siapkan diri untuk terus ke dewan
berkenaan. Tu yang dia try call ana tapi, x dapat.. hmm, adalah HIKMAHnya...
Mudah-mudahan kejadian, kesilapan seperti ini
x berulang kembali. Majlis anugerah dekan yang berlangsung untuk sem ni adalah
mnggu depan. Mudah2an dengan pertambahan bilangan kawan-kawan sekelas ana yang
dapat DL tu membantu ana. Tak lupa pada usaha sendiri... Insya-Allah..
Jadi, ambillah pengajarannya ya.. hadir Majlis
Anugerah Dekan tu Penting!!
REDHA, dan BERKAT daripada pada pengajar kita
tu... membawa kepada redha Ilahi jua...
Hormati orang yang lebih tua dan
berpengalaman, serta, berilmu tinnggi...
No comments:
Post a Comment