Thursday, September 12, 2013

Aku, Wanita, dan Tudungnya

Aku bukanlah wanita bertudung labuh
Memakai purdah, tidak pula berniqab
Atau apa jua seangkatan dengannya

Aku bukanlah jua wanita bertudung pendek
Yang cuma menjadikan terma 'menutup aurat'
sebagai sebab memakai tudung mahupun selendang
Kerna aku tahu dan faham,
'Menutup aurat' bukan sekadar itu sahaja

Padangan kasih sayangku berkata;
Moga 'mereka' membuka hati demi merebut hidayah dari-Nya
Moga mereka tahu dan faham, bahawa
Aurat itu; meliputi hampir seluruh tubuhnya
Dada, bentuk badan, warna kulitnya;
Suara, pandangan mata, jua liuk-lenggok tubuhnya
Semuanya dikira

Muslimah itu bagaimana, sebenarnya?
Bagaimana kita tafsirkan serta mengaplikasikannya,
dalam hidup kita?
Moga menjadi wanita bidadari dunia dan syurga...
Hendaknya

No comments:

Post a Comment