Subhanallah.
Alhamdulillah, tugasan sebagai KP buat pertama kalinya hampir 100 % selesai. Cuma berbakikan, nak memastikan segala urusan selepas program betul-betul settle.
Syukur, segala langkah demi langkah dapat ana lalui, tidak sah tanpa bantuan dari Allah Tuhanku yang ku cintai, bersama dengan titipan dari-Nya, iaitu para sahabat seperjuangan yang tak jemu dengan kehendak dan ragam ana. Allahuakbar.
Pengalaman yang sangat bermakna... Mengendalikan program yang mengkhaskan hanya para muslimah sahaja yang dibenarkan menyertainya, menjadi pengukur kemampuanku. Kerana Allah dan janji, Allah hanya akan uji apa yang hamba-Nya mampu. Alhamdulillah, hampir ana dapat buktikan. Namun, tak dapat dinafikan ada sahaja mehnah atau cabaran serta dugaannya. "Ujian kecil di dalam ujian yang besar"; mungkin sesuai untuk ana gunakan.
(cut... straight to the point)
DETIK SEBAK
Masya-Allah, inilah perasaannya... Satu masa di mana ana merasakan nikmat yang teramat dari-Nya. Hakikatnya, perasaan sebak yang bercampur baur dengan rasa nikmat syukur, sabar di dalam pengorbanan, serta menahan kepentingan diri demi kepuasan hati orang lain. Apakah?!
Ketiga-tiga perkara itu ana lalui dalam pelbagai aspek ketika ana memegang amanah sebagai KP ini. Hakikatnya sangat sukar... perit sekali!
Ummi Kalthom selalu pesan tentang sabar... "Sabar..." Benar... Tanpa sabar, mana mungkin dapat laksanakan sesuatu perkara itu. Tanpa sabar menahan nafsu yang nakkan keselesaan diri sendiri, mana mungkin pengorbanan jiwa dapat lahir. Namun, tak semua perkara boleh murah-murah sahaja guna ayat yang zahirnya nampak ringan ini. Pengorbanan jiwa itu sangatlah mahal; tidak semua orang sanggup lakukan; tidak semua terpilih untuk lalui ujian jiwa yang besar ini; sehingga lahirnya jihad untuk mengharapkan redha Allah semata-mata.
Detik ini ana dapat rasakan, ketika, jiwa ana terpaksa menahan keinginannya untuk merebut ruang untuk mendapatkan antara insan terawal yang menjadi inspirasi pada ana di zaman kontemporari ini, itulah dia, Ustazah Fatimah Syarha Nordin, selaku penceramah jemputan bagi program Wanita Bidadari Syurga, bertarikhkan; 7 September 2013, bersamaan 1 Zulkaedah 1434 Hijrah, di UiTM Alor Gajah, sangkar hidayah kedua dalam hidupku. Ya, ana tidak suka berebut; malas sekali. Walaupun terpaksa menunggu, di mana ramai orang akan lihat ana sebagai 'orang yang pasrah' atau 'lemah', YA!, kerana kuatnya jiwa perjuangan ana bukan di situ. Ana tidak cenderung untuk memperjuangkan keutamaan diri ana apabila berdepan dengan (maaf ana nak kata) perkara yang lebihnya dapat di dunia. [ana pun baru sedar akan hakikat diri ana yang ini]
Berebut untuk apa, ya?
Heee, bukan besar sangat pun, sebenarnya. Bagi orang lain, mungkin ini hanya hal kecil. Yang kononnya ana jadikan ia sebagai satu pengorbanan yang besar bagi ana. Tapi, TIDAK, bagi ana, sebagai 'perempuan' atau 'muslimah' ini ya...
'BERGAMBAR BERSAMA', 'MEMINTA SIGNATURE', dan yang seangkatan dengannya. Kecil, kan? Apalah MNa ni...
Bagaimana pula kalau ana nak beri alasan; Sebagai KP yang tersenarai sebagai VIP dalam program ini, namun, satu pun gambar beliau tiada semasa VIP lain bergambar, dan tiada yang ENDAH pun akan ketiadaannya, tak payah cari pun beliau ni, yelah KP je, tak penting sangat pun... Masih kecil, kan, hal ni???
Bagaimana pula; seorang yang terlalu teramat sangat sungguh meminati dan terinspirasi dengan seseorang itu, dan dia sebenarnya orang yang banyak berfikir untuk program itu berjalan dengan lancar, dan... tak perlu juga untuk dipertimbangkan??? Haiii~ Memang kecil je 'HAL' ni...
[memang tak faham, apa yang ana cuba sampaikan ini] tak mengapalah...
OK! Betsuni (nevermind)... it's all over.. but, the MESSAGES that i've LEARNT, from the person I inspired is the most IMPORTANT! 'Who is the perso'n will not be brought together when i practice what I have learnt from them.
As she (Ustazah Fatimah Syarha) taught us, the BIDADARI, "La Syarqiyyah, La Gharbiyyah, ISLAMIYYAH!" [Manhaj ...?]
Alhamdulillah, ada hikmahnya, mujurlah.. ada sebuah bilik di belakang dewan yang sudi atau mungkin telah terpaksa mendengar esakkan 'muslimah' yang sedang berusaha menjadi 'mukminah' ini. [Doakan, ya]
DENGAN MENGHADAM AYAT PAHIT SUATU MASA DAHULU
Titik kegagalan suatu ketika dulu, iaitu ketika memegang amanah sebagai Penolong KP (PKP) untuk satu program sebelum-sebelum ini, telah ana 'erase' dari belenggu diri.
Ayat penafian berbunyi, "Siapa pula PKP ya??...(ada orang lain jawabkan)...Serius akak cakap, akak tak nampak pun awak sebagai PKP..." yang cukup menggetarkan jiwa ini, cukup menjadi 'HAD' kesilapan besar untuk saat ini dalam memegang tanggungjawab seperti itu. CUKUPLAH... Menjadi ayat yang sentiasa terngiang-ngiang sepanjang tempoh persediaan sehingga berakhir program yang baru tamat ini. Namun, aku terima teguran itu sebagai CABARAN, ya, mungkin pada awalnya, boleh kata 'stress' atau 'terasa sungguh' dengan kata-kata itu. Yang akhirnya terkeluar juga, walaupun pada masa itu, ana dah berusaha setakat apa yang ana boleh buat bagi menjayakan program Hari Ikatan Ukhuwah di Pengkalan Balak itu.
Nampak tak, SEMUA INI HIKMAH dari-NYA?
AKADEMIK
Naik dan turun reputasinya (takad GAGAL dan MARKAH AGAK TINGGI), segala test dan quiz bagi beberapa subjek... cukup menambah ke'cuak'kan, dan kebimbangan dalam diri. Lebih-lebih lagi, final exam yang just around the corner. Dan assignments yang belum settle.
BERTERIMA KASIH
Alhamdulillah, SYUKUR yang TERTINGGI kepada ALLAHu Rabbi.
Kepada sahabat-sahabat, kakak-kakak, dan juga, adik-adik yang sangat sudi membantu, meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan program terakhir sem ini ni. Minta maaf kepada kalian/mereka semua, atau kekurangan diri sebagai KP untuk membimbing mereka.
Tidak dilupakan, Ummi Kalthom, penasihat kami sentiasa, tidak jemu melihat dan menghadam kesilapan demi kesilapan yang dilakukan atau mungkin diulangi, terima kasih, ya ummi..
Dan juga sahabat-sahabat, kakak-kakak, dan adik-adik yang mendoakan dan mengucapkan tahniah atas kesuksesan dalam menjayakan program ini. [terharu sebenarnya dengan kalian]
serta sahabat-sahabat yang mengambil tahu tentang mengapa air muka nampaknya berubah bermula sebaik sahaja doa yang diimami oleh ustazah Fatimah Syarha.
Kepada Nora, sebagai PKP yang tak jemu mendengar serta melayan karenah ana ketika berlatih membaca puisi, di mana akhirnya, puisi itu tidak sempat ana sampaikan dalam program.
Dan to all of persons who support us, the Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) as 'penganjur' of this program.
and persons who 'sudi' to read and visit this blog. Thank u, Syukran 'alaikum..
+++ Insya-Allah ana akan update antara tugasan-tugasan KP berdasarkan pengalaman dan pengalaman ana
No comments:
Post a Comment