Thursday, October 24, 2013

Inspirasi Kontemporeri

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakah.

Alhamdulillah, sepanjang permulaan cuti semester ini hingga ke hari ini, ceramah mereka menjadi santapan rohani. Ijlis bina tu'man sa'ah. Semuanya ku tapau dari Youtube. ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...

1.Ustaz Zahazan Mohamed
Tajuk: 1; Agar Hati Sentiasa Hidup, 2; Rumah Yang Disinari Cahaya
- Nada beliau tenang-tenang sahaja
- Sentiasa mengaitkan dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. , yakni kita dapat menghayati kehidupan para sahabat dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

2.Aa Gym (KH Abdullah Gymnastiar)
- Nada yang turun naik mengikut apa yang ingin disampaikan, bijak dalam menarik perhatian pendengar
- Sentiasa meraikan pendengar yang berbeza peringkat umur dengan memberi contoh-contoh yang sesuai
- Sentiasa merendah diri dan berlemah-lembut
- Doa di pengakhiran ucapan beliau sangat menyentuh jiwa-jiwa ramai pendengar

3.Ustazah Fatimah Syarha
- Pendiriannya tegas; untuk isu fiqah, iaitu dalam menerangkan apa yang benar dan betapa sportingnya Islam ini dalam soal hukum
- Peminat hujah dan penerangan Yusuf Al-Qaradhawi
- Kebanyakan penilaian ana terhadap sesuatu, dekat sungguh dengan pemikiran beliau (tapi, tentu sahaja beliau berfikir dengan hujah Al-Quran dan As-Sunnah, ana pula cuma mengaitkan dengan ilmu yang ana pelajari tentang agama yang masih banyak yang kurang ini)

Insya-Allah...

No comments:

Post a Comment