Tuesday, October 29, 2013

Vloggers, Pelajari Daripada Mereka

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakah

"Addinunnasihah"; "Agama itu nasihat" (Hadis 40: ke 7 Imam Nawawi)

Alhamdulillah... sejak semalam, ana berfikir tentang kebaikan yang kita boleh grab from those vloggers i mean from Youtube. Mungkin ana agak ketinggalan zaman berbanding orang lain, kerana setahu ana, fenomena vloggers sudah lama dipopularkan. Then, ana baru sedar... huhu~

Mat Luthfi?

Apabila disebut nama Mat Luthfi, dan Anwar Hadi, ana yakin ramai sungguh orang yang kenal dan meminati mereka. Ana ingat lagi masa mula-mula kenal nama Mat Luthfi... memang blank sungguh, tak kenal siapa dia, tetapi, yang peliknya orang sibuk berbicara tentangnya. "Nak Mat Luthfi...la..."  hmm... Siapa dia??
First thought ana adalah, ana fikir 'mungkin dia seangkatan dengan Mat Sentul...' (memang jauh sungguh daripada realiti) tapi, yang peliknya, kenapa famous pada golongan remaja ni pula??? tell me, why! (heee..)

Lama kelamaan, bila singkap beberapa video daripada utube, mmg jumpa video oleh Mat Luthfi, tapi, memang tidak berkenan langsung. In short, lama kelamaan, adalah yang tertarik kepada pengisian yang dibawa.

Fahami Pemikiran

Mengambil pesanan daripada Ustaz Zaharuddin (UZAR), beliau kata, kalau kita mendengar sesuatu ucapan itu, bukan hanya kita ambil apa yang dia sedang sampaikan, tapi, kita cuba fahami jenis pemikiran yang dibawa oleh seseorang itu.

Dan, pesanan ini memang ana gunakan sepanjang masa, Insya-Allah, kerana ana yakin pengajaran yang ana dapat. Alhamdulillah, setakat ini. Cuma kadang kala tu, tidak dapat diaplikasikan secara 100% atas gangguan dan halangan yang selalunya berpunca daripada diri sendiri. MasyaAllah. "Astaghfirullah"

But, point di atas bukanlah point utama yang ana nak sampaikan. Sekadar muqaddimah... ya? Gomen ne...

OK! Bismillahirrahmanirrahim (Moga ana tak tersilap dalam mengambil pelajaran)

Di sini bukanlah ana nak sebut tentang pemikiran yang dibawa oleh insan-insan di atas. Sebab mereka sudah menjadi orang yang dicontohi bagi golongan remaja. Ya... Mungkin, boleh kata, kerana mereka berpelajaran tinggi... (wallahu'alam...) dan dapat menjaga sensitiviti penonton ketika menyampaikan video. Dan mungkin juga, mereka ada memasukkan mesej-mesej kebaikan atau keagamaan dalam video-video mereka itu. Ana tak tahu, bagaimana relitinya, up to them... Innamal a'malu binniyyat, kan?

Jadi, bagaimana pula dengan mereka (vloggers)yang bukan seperti mereka?

Sebagai contoh, orang yang membuat video-video itu untuk menghiburkan orang lain dan sekadar mengisi masa lapang atau cipta hobi. Dan perhaps, nak popular? (wallahu'alam) Bagaimana tanggapan anda semua?

Its about DA'WAH

Yes.. Da'wah.. Dalam proses nak mengajak 'amar makruf nahi munkar', kita perlu memahami orang yang kita nak da'wahkan (mad'u). Supaya, proses da'wah akan menjadi lebih smooth kerana kita faham apa yang kita perlu sampaikan dan dengan cara apa. Yang penting, kita ambil kira jugalah, 'matlamat tidak menghalalkan cara' [kaedah fiqh : Al-umur bi maqasidiha]

Ana akui, dalam ramai-ramai kawan ana, ana belum dapat mendekati golongan yang agak kasar atau orang kata, berlemah-lembut, atau apa-apa sahajalah yang seangkatan. Mungkin, ana belum cukup kuat untuk menghadapi golongan seperti itu. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk selami cara hidup mereka? Salah satunya adalah dengan cara menonton video mereka lah...

tetapi, seperti yang ana sebutkan sebelum ini, 'matlamat tak menghalalkan cara'; iaitu, dalam video-video yang kita nak tonton dengan niat fahami mereka ini, janganlah sampai kita pilih video yang menambah dosa kita pula. Contohnya, macam video yang mendedahkan aurat secara clear (menambah dosa kita yang melihat), atau gossip/mengumpat/ memburuk-burukkan orang (dengan sebut nama) dan kita tahu kita memang takkan dapat klu pun daripada video.

Husnuzzon / Berbaik-sangka dan Berilah Pandangan Kasih Sayang kepada Mereka

Jadi budaya negatif masyarakat untuk cari keburukan sesuatu itu untuk dikritik-kritik... and I've ever done it before, ketika zaman 'tidak tahu/jahil'. but, that's not the akhlak that Islam tought us. So, be patient and hear what they want to share, eventhough, it can be bored.. In da'wah, cannot have that term ('bored') right? So, dengarlah dan fahamilah dengan mata hati. Insya-Allah. Yang baik jadikan contoh atau panduan dakwah, yang buruk pula dijadikan satu perkara yang kita nak cari solusinya untuk perbaiki.

Lama kelamaan, kita akan rasa macam kawan mereka... boleh ketawa tengok perkongsian yang mereka nak sampaikan. Tambahlah baik sangka kita pada golongan seperti mereka. Dan, satu je yang sangat saya highlight kan pada diri saya, bahawa, sebenarnya, amar makruf nahi munkar itu, bukan orang yang pakai tudung je boleh lakukan, mereka yang dikatakan 'free hair' pun boleh...

Apa yang menyentuh hati ana, apabila salah satu tajuk post insan yang ana ikuti ini, tentang pandangannya tentang 'bertudung, untuk tutup lovebites, dan elak daripada dilihat oleh ibubapa'... banyak lagi sebenarnya... sebenarnya baru seorang sahaja yang ana tonton beberapa videonya.. tp, banyak membuat ana berfikir, dan reflek diri ana yang dulu-dulu, serta dakwah ana yang sekarang.. Masya-Allah... semuanya bantuan Allah.

Bagi, sahabat-sahabat muslimat, seorang ini yang ana tonton videonya di utube, cuba taipkan 'ftnfdzl'. Banyak yang ana belajar daripada apa yang dia nak sampaikan dan mengubah perspektif ana pada orang-orang macam dia. Ana kagum juga dengan dia... Semoga Allah beri hidayahNya pada ana, kita dan pada dia juga. Pangkat kakak pada ana, dia tu.. hihi...

CopyPaste from youtube:
1. Mat Luthfi - http://www.youtube.com/matluthfi90
2. Aman Wan - http://www.youtube.com/AmanWan
3. Anwar Hadi - http://www.youtube.com/IniAnwarHadi
4. Maria Elena - http://www.youtube.com/shortnap
5. Aiman Azlan - http://www.youtube.com/aimanazlan90
6.Jinny Boy - http://www.youtube.com/jinnyboytv
7. KyoPropaganda - http://www.youtube.com/kyopropaganda
8. Mentol Pecah - http://www.youtube.com/mentolpecah
9. Polkadot Dougnut - http://www.youtube.com/maccaboyz91
10. Ustaz al-Andre - http://www.youtube.com/1994khairul
11. Shahrin Cool - http://www.youtube.com/shahrincool
12. Danial Smile - http://www.youtube.com/Danialsmile97
13. Iman Syippo - http://www.youtube.com/starwars6751
14. Mr The Allshared - http://www.youtube.com/MrTheAllshared
15. Khairul Nizam - http://www.youtube.com/matjey93


Yang Penting Sekarang ini!

Daripada banyak-banyak ana bercoret di atas, wallahu'alam... Mungkin ini cara dan kemampuan ana untuk da'wah... banyak lagi cara lain, kan? terserah... Yang penting, Allah lihat usaha kita... Keberkesanannya, bab lain pula, ya.. Insya-Allah... Ingat, dakwah bukannya jalan yang penuh senang dan selesa... tetapi, dijamin penuh dengan ujian... Wallahu'alam...

Harap faham, ya! Syukran...

No comments:

Post a Comment