Sunday, April 20, 2014

Kerja?

Bismillahirrahmanirrahim.

[situasi]

Akak : Mar, awak tak nak kerja ke? Kat Sakan ada kerja kosong.

Ana : Hahaha... Taknaklah...

Akak : Awak ni... Tengoklah, budak skrg ni mmg memilih kerja je...

Ana : Eh... mana ade. saya nak kena jaga Fatimah laaa... (alasan)

*Fatimah = anak buah kami yg berusia 7 bulan, alhamdulillah

Hakikat

Subhanallah.... tidak ana sedari. ana juga tergolong dlm perangai anak muda yang 'memilih kerja'
walaupun belum bergraduasi.

yang dibuat adalah mncipta alasan.

teringat usrah terakhir dgn sahabat2 JPM di uitm. pada mlm terakhir bergelar pelajar di uitm kampus alor gajah. sem hadapan fakulti ana iaitu fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi akan dipindahkn ke uitm kampus seremban 3 (privatization).

dalam usrah 'home sweet home' itu, seorang sahabat mngingatkn;

"jgn cipta alasan tp binalah ruang"

sungguh, terasa nafsu dijentik pd malam itu.

Keegoan

waktu mndengar akak mmberi saranan dan teguran tu, mmg keegoan tu sedikit mnguasai diri ini. ego yg merasakn diri ini buknlah tergolong dlm kalangan 'memilih' itu.

ku kikis keegoan itu hari demi hari. (moga Allah bntu)

keegoan itu bg ana mgkin boleh mmbawa ana utk mmndang rendah pd kerja2 yg kononnya nmpak tiada nilai.

bukan begitu, dlm rancangan 'al khawater musim ke 4' ada episod yg mnegur pnonton utk jaga kebersihan dan tidak mmndang bhwa kerja mmbersih itu tugas cleaner.

ahmad al sughairi, selaku pngacara al khawater mngajukn soalan yg mnyentuh hati,

"adakah kalian yakin bahawa kalian tidak akan bekerja sbg cleaner suatu hari nnti" 

katanya apabila mndapati pelajar2 di sebuah sekolah yg mmbuang sampah merata-rata dalam kwsn gelanggang permainan.

astaghfirullah.... moga Allah hindarkn kita dpd bersikap sedemikian.

Sibuk?

Alhamdulillah. sekarang musim cuti pelajar diploma uitm.

hari ke hari perlu difokuskn dgn ketaatan pd kedua ibu bapa. insyaAllah.

tambahan, di rumah ada anak buah yg masih kecil. alhamdulillah mak letakkn kpercayaan kpd kami utk jaganya. suapkn nestum, mandikn, cebokkan, dan awasi pergeraknnya yg semakin lasak. dpt ringankn 'sedikit' beban mak. terasa mcm ibu2. hehe. tp, ibu2 sebenar, mereka tersangatlah hebat. tak terkata.

Momentum

sedikit sukar utk kekalkn momentum dlm beramal. mungkin kerana berada jauh dgn sahabat2 yg sentiasa saling ingat mngingatkn.

InsyaAllah.... ku harap diri sndiri mmpu istiqamah. sntiasa sedar akn ksilapan dan usaha utk tidak ulangi. Allahu... sama2 ya, sahabat2ku.

Ihsan

kita ada Allah. Allah lihat kita.

Friday, April 18, 2014

Hingga Ke Akhirnya

Bismillahirrahmanirrahim...

Ana nak sampaikan lirik lagu di bawah ini.
Sebelum ni belum pernah check lagu ni untuk hablumminallah atau hablumminannas. Dengar kat radio Ikim.fm, rasa macam best je... Then download.

Ku fikir lagu ini tentang jodoh iaitu dengan just dengar lirik-lirik itu (rupanya untuk 'Dia' = my Pencipta). Ana jadikanlah ia sebagai motivasi bila dah terjerat dengan yang dikatakan 'fitrah' itu...

Sedikit sebanyak lagu ni membantu.
Apa yang ana faham dengan kefahaman 'jodoh' itu adalah tak perlu nak tercari-cari,

"siapa jodoh aku? siapa jodoh aku?"
(walaupun sekadar dalam hati) sebab, insya-Allah suatu masa nanti Allah akan bagi.

Sekarang, kita kena sama-sama berusaha untuk jadi yang solehah atau yang soleh. Harap bersihkan niat. Hidup kita bukannya bertujuan nak cari jodoh semata (Baitul Muslim - Ustaziatul Alam), tetapi, nak capai baitul muslim itu, kena jadi 'Individu Muslim' dahulu... lagipun, kita kan sekarang dalam baitul muslim sebagai seorang anak. Masih dalam daerah, kan?

Mudah-mudahan, dengan usaha nak jadi baik itu, Allah S.W.T. balas dengan setimpal atau lebih baik.
Man jadda wajada. 

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

"Penzina perempuan untuk penzina lelaki"

Ustazah Fatimah Syarha pernah kata,
"Seorang perempit yang sedang berusaha untuk jadi baik itu mungkin yang lebih baik untuk kita."
*syaratnya, 'berusaha untuk jadi baik'.

tak mustahil, ada orang yang rasa diri dia dah baik. Nakkan orang yang terzahir baik sahaja. And what is the result? Allah knows...

Allah jaga aib kita. Ingat. Allah jaga aib kita.
Allah knows everything in our mind, heart, our soul, iman, and 'nafsu'.

Jaga Allah, Allah akan jaga kita. [pesan buat diri ini!]

Variance Ft. Izzat Mahadi - Hingga Ke Akhirnya

  • Nyata aku ada Dia
  • Puas ku cari di sana
  • Masih belum terjumpa
  • Nyata aku ada Dia
  • Lama ku cari di sini
  • Mungkin akan berjumpa
  • Cinta jauh di mata
  • Bila detik bertemu erti sebuah harapan
  • Cinta jauh di mata
  • Hingga takdir menentu pasti akan bertemu
  • Nyata aku ada Dia
  • Bertenang mengundang cinta
  • Bukti aku ada Dia
  • Di sana di sini ada
  • Peneman, akrab, jaga, lena, alpa, leka
  • Cinta jauh di mata
  • Bila detik bertemu erti sebuah harapan
  • Cinta jauh di mata
  • Hingga takdir menentu pasti akan bertemu
  • Cinta jauh di mata
  • Kasih sedikit tidak kurang
  • Dan menghilang
  • Cinta jauh di mata
  • Sayang makin bertambah mekar
  • Hingga akhirnya


"Masalah Politik, Je"

Bismillahirrahmanirrahim

Situasi (tercetusnya fikiran)

[dekat meja makan. tengah makan-makan.]

"Ha'a ek... Kalau kita tengok, negara kita je yang masih aman... tengok negara-negara lain, semuanya ada konflik... negara kita cuma masalah politik je..." kata my younger brother.

"Hah, 'masalah politik je', awak cakap?!" nada tinggiku.

Mak tertawa kecil.

"Awak tau tak, disebabkan maslah politik lah negara boleh hancur tau..." ana sambung, masih nada tinggi. mana taknya... cukup sensitif bila kata masalah politik macam masalah kecil. haih...

Adik dah, "yela... yela.." (sebab baru sedar)

Hmm... sensitif, tak sensitif? (ala-ala bajet je...)

Perasaan

Sedih dan kecewa. Apabila melihat keadaan politik Malaysia.

Alhamdulillah, bila dah umur macam ni, Allah bagi nampak on how important we need to concern about our country's politic. Alhamdulillah juga sebab ditakdirkan menjadi studen yang belajar politik. Wallahu'alam... Diakuilah bahawa ana tidak se'arif seorang sahabat ana yang keep updated dengan politik negara. Tak terkecuali hal ehwal nasib negara Islam yang lain. She is awesome. Cemburu pun ada. Cemburu yang baik... [tapi tak selangkah ke hadapan punn...]

Ana sikit-sikit je... Ana bila dah dengar isu yang sekadar 'sikit-sikit' tu, ana terus fikir macam-macam. Bandingkan dengan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Para Sahabat baginda s.a.w., fikir how long nak terus begini, dan fikirkan tentang keadaan umat Islam di negara ini pada hari ini. Dengan yahudi nya lagi... Serangan pemikiran nya juga... A lot of things!

'Sikit-sikit'

Kadang-kadang, tak elok kan sekadar 'sikit-sikit' je...

Ana tak tahulah secara exact yang pihak ni macam ni, pihak tu macam tu... parti ini, parti itu. Bla.. bla.. bla..

Ana malas nak tahu (jangan marah sebab malas)... bukan apa... sebab takut Iman kita pula yang terjejas disebabkan kita 'ter'salah sangka pada pihak-pihak berkenanaan. Soal buruk sangka. Sebab saban hari kan fitnah makin berleluasa dalam pelbagai bentuk...

Namun, kusedari jua... Insya-Allah bila umur dah sampai 21 tahun, tanggungjawab mengundi akan dipegang. Insya-Allah, slow-slow...

Tapi, ana faham lah bahawa keadaannya sungguh merisaukan... Risau, on how the beauty of Islam dikaburi hari demi hari dek kerana karakter politik yang ditunjukkan.

That's it... Wallahu'alam

Usrah Jumaat Barsama Ummi Kalthom

#rushnotes

pakar neurology pakistan(perempuan) ditangkap us sbb dtuduh bersekongkol dgn alqaeda. dipenjara d penjara lelaki. drogol dan sgala perbuatan perlu dlakukn dgn terbuka.

tasawwuf : yg paling utama adalah kta kena menanam bahawa smua d ddunia ini buknnya hak kita.
imam syiah : imam qomaini

Jaga Tiga Perkara

#copypaste (maaf, tak ingat source)

Wahai sahabat , jagalah 3 perkara

Sedang aku duduk bersandar di tiang musalla, sahabatku berkata:
“Wahai sheikh, nasihatilah kami. Dunia sedang pesat berubah. Banyak sejarah baru dicipta. Cabaran baru mengganti yang lama. Kemiskinan diganti kekayaan. Kegerunan diganti kekuasaan. Kini kami hidup di celah-celah suasana yang dahulunya tidak dapat kami bayangkan. Bagaimana harus kami menjaga iman, agar dapat terus bertahan?”

Sheikh merenung kami sambil mengusap janggutnya. Kemudian dia berkata:
“Wahai sahabatku, dalam menempuh kehidupan, jagalah 3 perkara ini supaya ia sentiasa kuat dan tajam.

1. Jiwa

Jiwa kita perlu sentiasa disuburi dengan zikrullah. Tidak cukup kita istiqamah dengan wirid ma’tsurat sahaja, malah kita perlu perbanyakkan lagi istighfar, tasbih, tahmid dan tahlil. Pilihlah masa untuk melaksanakannya, dan perbanyakkan selawat ke atas Nabi. Bukankah kita semua tahu, jika kita berselawat kepadanya sebanyak sekali, Rasulullah akan berselawat kepada kita sepuluh kali?

Aku terpegun sejenak mendengar kata-katanya itu… Kemudian dia menyambung lagi:

Begitu juga dengan sembahyang malam. Biarpun sedikit, kita perlu sentiasa menjadikannya amalan tetap kerana kekuatan jiwa dibina menerusi sembahyang malam.

Di samping itu kita juga mesti peka tentang keikhlasan hati. Jaga hati dari semua penyakit yang boleh merosakkannya. Dalam melaksanakan ibadat, amal dakwah atau sebarang kerja, hendaklah kita sentiasa mengingatkan hati tentang tujuan asal amal dilaksana. Hati kita perlu sentiasa dididik, dan disuburi dengan zikrullah dan istighfar..

Kata-kata nasihat dari orang tua itu amat memberi kesan pada hatiku. Ketika itu aku insaf dan merasa amat rendah diri, seolah-olah tidak layak aku di situ. Aku hanya mampu tunduk sedih meneliti kelemahan diri. Kemudian Sheikh menyambung lagi:

2. Minda

Walau di mana kita berada kita mesti mempunyai minda kelas pertama. Tanggung-jawab kita besar. Cita-cita kita tinggi. Kita bukan hanya manusia biasa yang menghabiskan siang dan malam semata-mata untuk memenuhi keperluan kehidupan. Kita manusia berwawasan. Suasana dan keadaan semasa tidak harus mengongkong pemikiran dan impian kerana sebagaimana dunia boleh berubah, realiti kehidupan juga sentiasa berubah. Jadi kita harus berfikiran positif.

Rasulullah telah menunjuk contoh yang jelas. Mari kita menyorot sejarah ketika peperangan khandaq. Bayangkan keadaan para sahabat yang menggali parit dalam kelaparan. Bayangkan di malamnya mereka kesejukan.

Namun apabila Rasulullah memecahkan batu di parit itu, Baginda membayangkan kemenangan ke atas Rom dan Farsi. Suatu yang mustahil jika dinilai mengikut pemikiran biasa. Baginda telah membayangkan wawasan yang bakal dicapai dan para sahabat mempercayai Baginda.

Imam Al-Banna juga telah memberikan contoh yang baik. Ketika beliau hidup di bumi Mesir yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan serta mundur dari pelbagai segi, Al-Banna berfikir seolah-olah dia di Paris. Dia bercakap tentang kesatuan ummah seluruh dunia, mengembalikan semula khilafah. Dia bercakap tentang ilmu, kefahaman dan usaha yang menyeluruh bagi mencapai suatu yang ternyata jauh dari jangkauan. Dia tetap positif. Dia yakin dengan contoh yang ditunjuk oleh Rasul. Dia yakin dengan pertolongan Allah.
Setelah itu Sheikh membetulkan tempat duduknya dan merenung tepat ke mata kami seraya berkata:

3. Qudwah

Wahai sahabat yang aku kasihi, manusia belajar lebih cepat dari qudwah. Sejarah telah menunjukkan kehebatan insan terpilih yang menunjukkan qudwah yang unggul. Para sahabat mencontohi amalan Rasulullah kerana baginda telah menunjukkan qudwah yang benar, sehala dengan percakapan dan tunjuk-ajar. Begitu juga dengan generasi sahabat dan pejuang Islam seterusnya. Qudwah yang baik akan memberi kesan kepada pengikut dan sahabat, mereka pula menjadi cermin kepada kita semua.

Fikiranku melayang sebentar, menyorot sejarah hidup. Ya, aku juga banyak terpengaruh dengan qudwah manusia yang kutemui di sepanjang kehidupan…

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).Ya Tuhan kami, sesunguhnya Engkau mengumpulkan manusia (untuk menerima balasan) pada hari yang tiada keraguan padanya. Sesunguhnya Engkau telah menjanjikan itu. Sesungguhnya Allah tidak pernah menyalahi janji.” (Surah Ali Imran : 8-9)

How 'Quality' Absorbed To My Mind and My Life

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah... (Its been a long time)

What is Quality?

According to Fred Smith, Quality is "performance to the standard expected by the customers."

While, it is 
"doing the right thing from the first time, 
always strives for continuous improvement
always satisfying customers." 
(US Department of Defense)

Inspired (no need to read if u are bored)

Actually i am very affected by this subject lesson which i learnt just from the last sem, the 4th semester as DPA (diploma in public administration) student.

what am i very interested in this subject is one of the part of the carry mark that that i need to complete. it was the 'log report'. i admitted that it might take times to make it at most five pages to summaries three chapter (for the 1st part) and two chapter (for second@last part). two times only.

the one that i want to highlight in the log report is the 'Application To My Daily Life'.
it was the part that i am very excited to fill (like to post in blog). its just i am not too flexible to write since the limitation of the part is one page only. so, i need to focus.

'application' is my favourite. i dont really like to study.... and study about theory (only)... i am waiting patiently for practical session.

okeh!

Absorption (the actual point)

"customers expectation"
siapa yang dikatakan customer tu?
dalam apa yang ana belajar, it is divided into two.

1. internal customer 
(within organization; orang yg menyumbang kepada misi dan visi organisasinya)

2. external customer 
(customer yang kita selalu faham... iaitu, orang yang receive atau buy organisasi kita nye produk sama sama ada produk itu berupa goods (barang) atau service (perkhidmatan)

apa yang terlintas pada fikiran ana hari ni adalah the absolute or the real customer...

Siapakah 'the absolute or the real customer'?

jawapan simple : Diri kita sendiri

Why, eh?

[Teori 1] 
dalam salah satu 'Application to my daily life', ana ada sebut bahawa semua orang di sekitar ana yg affected by my act is my customer. because once they saw me by their own first impression or perception, apa yang lahir pada masa tu adalah 'expectation' mereka. they may expect me to move or act like what they think about me on that time, on that place.

tapi teori ana tu dah bertambah dengan 'the real customer' [Teori 2]

ingin ana sebutkan bahawa T1 itu berkaitan dengan hablumminannas (hubungan dengan manusia).

tetapi T2 itu lebih jauh skopnya. iaitu hablumminallah (hubungan dengan Allah).

selama apa yang ana belajar dalam subjek Quality (by generic perspective), bila disebut customer je, pasti kena ada organisasi yang jadi provider. Fred Smith pun kata, 'standard expected by customer'. apa yang ana faham daripada teori dia ni, "no customer, no standard" lah...

Teori 2 : The real customer is ourselves (or myself).

Hablumminallah

Why, eh?

sebab setiap apa yang kita lakukan, untuk diri kita sendiri.
iaitu;

kita nak masuk Syurga.... by berkasih-sayang dengan orang lain
kita nak hidup diredhai Allah.... kena taat perintah Allah untuk tidak menghina
nak ikut sunnah... kena memaniskan muka kepada orang lain, tak boleh anggap itu hal remeh.
nak ikut syariat... jaga aurat dengan yang bukan mahram

semuanya kan berbalik untuk diri kita.

cumanya, nak capai semua tu, kita kena hadapi manusia yang bermacam ragam... tang tu lah lahirnya T1.

contoh;
customer dalam T1 adalah our parents.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..."

kita kena capai T1 untuk dapat T2
tanpa T1, takkan dapat T2
huh...

nah.... faham x?
{i dont think so...}

minta maaflah kalau tak faham...
ana memang berbelit sikit kalau nak explain apa yang sedang bermain di fikiran ni...

sorry ne...
sekian


Jiwa Murobbi

"Kita semua ialah seorang murobbi..."
-selagi kita adalah manusia-

setiap seorang tidak akan terlepas dpd mnjadi seorang murobbi (pendidik)

semua pihak, ibu bapa, guru, pemimpin, sahabat2 dan termasuklah diri sendiri berperanan.

jika tiada kesedaran ini, maka jdlah sperti situasi pd hr ini di mana seorang ibu sibuk bekerja mnjlnkn peranan sbg ibu; hnta ke sekolah, bg mkn, dan sebagainya. Allahu...

namun org yg berjiwa murobbi akan sentiasa mngisikn hariannya dgn makrifatullah, usaha sedaya upaya utk mnyelitkn kalimah Allah dlm setiap percakapn

insyaAllah, masyaAllah, alhamdulillah, innalillahiwainnailaihi rajiun

ibu itu akan berzikir dan berselawat semasa mnyediakn mknn itu.. ibu itu akan berasa bertanggungjawab untuk mndidik anaknya

kerana 30% dpd diri kita perlu kpd fizikal manakala 70% kita perlukan utk dalaman.
sbb itulah pelajar pd hari ini terbeban dgn sekolah krn dalamn yg tidak mantap.

mmg dunia hari ini sgt memandang tggi akan gelaran ini. murabbi teragung Rasulullah s.a.w.. namun ia ada rankingnya tersendiri. dan tiada seorang pun yg terlepas dpd ranking itu.

didik diri utk mmbesarkn Allah dlm stiap perbuatan kita, tujuan hidup kita

usahalah utk ada jiwa murabbi ini, tanpanya kita mungkin tak dapat didik diri sendiri utk jd orang baik kerana sering merasakan diri ini tak layak lalu ingin melepaskn diri daripadanya...

semuanya kerana Allah..
Allahu...
#mendekatiMu

*adaptasi Usrah Nurani Ikim.fm 4/4/2014
Naqib : Ustaz Zulramli

Bosan, Shuhh... Shuhh!

ana ada idea! :D
bismillahirrahmanirrahim.
muqaddimah
kita selalu rasa bosan bila terlalu fokus buat sesuatu yg sama atau berulang kali, atau boleh juga apabila kita buat sesuatu yg bukan dgn rela hati. sbg contoh, study ikut silibus. am i right?
utk makluman, utk post ini, ana more kpd first factor tu.
1) niat
perbetulkan niat kita. let us take the first hadith narrated by imam nawawi (the 40 hadiths).
***
ini kerana mungkin rasa bosan itu muncul disebabkn kita x fhm tujuan kita lakukannya.
eg.
study.
utk apa aku study?
senyum.
utk apa aku senyum?
pastikan niat utamanya adalah krn Allah atau boleh juga nk ikut sunnah, kerana;
***fattabiouni*
niat buat baik (#mendekatiMu)
apabila kita generalkn niat kita seperti "Aku nak jadi baik" atau "saya nak apa yg saya buat semuanya ke arah kebaikan"
then, peluang untuk tidak akan rasa bosan forever tersangatlah tinggi. kenapa pulak?
sebab,
terlalu banyak benda baik yg kita boleh buat. 24 hours, you know! yg pastinya takkan mrugikn diri kita here and after. malah kita akan dapati yg kita akn mnikmati balikan atau ganjaran atau balasan daripada smua itu.
faham dop?
ok... for example;
ana tgh study (kononnya laaa...) -> bosan => [kalau kat rumah] tolong mak kjap lah... pergi dapur tgk, apa yg boleh disimplify?
= both are good deeds!
*utk pengetahuan, kalau duduk rumah terlalu lah banyak benda baik kita boleh buat! khasnya kerana bonus utk buat baik kpd kdua ibu bapa... gmbirakn hati mereka... kurangkan beban mereka... nah...
kalau kt kolej,
sebab,
kita kena renung semula ayat cinta dpd Allah iaitu
***fastabiqulkhairat