Bismillahirrahmanirrahim
Situasi (tercetusnya fikiran)
[dekat meja makan. tengah makan-makan.]
"Ha'a ek... Kalau kita tengok, negara kita je yang masih aman... tengok negara-negara lain, semuanya ada konflik... negara kita cuma masalah politik je..." kata my younger brother.
"Hah, 'masalah politik je', awak cakap?!" nada tinggiku.
Mak tertawa kecil.
"Awak tau tak, disebabkan maslah politik lah negara boleh hancur tau..." ana sambung, masih nada tinggi. mana taknya... cukup sensitif bila kata masalah politik macam masalah kecil. haih...
Adik dah, "yela... yela.." (sebab baru sedar)
Hmm... sensitif, tak sensitif? (ala-ala bajet je...)
Perasaan
Sedih dan kecewa. Apabila melihat keadaan politik Malaysia.
Alhamdulillah, bila dah umur macam ni, Allah bagi nampak on how important we need to concern about our country's politic. Alhamdulillah juga sebab ditakdirkan menjadi studen yang belajar politik. Wallahu'alam... Diakuilah bahawa ana tidak se'arif seorang sahabat ana yang keep updated dengan politik negara. Tak terkecuali hal ehwal nasib negara Islam yang lain. She is awesome. Cemburu pun ada. Cemburu yang baik... [tapi tak selangkah ke hadapan punn...]
Ana sikit-sikit je... Ana bila dah dengar isu yang sekadar 'sikit-sikit' tu, ana terus fikir macam-macam. Bandingkan dengan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Para Sahabat baginda s.a.w., fikir how long nak terus begini, dan fikirkan tentang keadaan umat Islam di negara ini pada hari ini. Dengan yahudi nya lagi... Serangan pemikiran nya juga... A lot of things!
'Sikit-sikit'
Kadang-kadang, tak elok kan sekadar 'sikit-sikit' je...
Ana tak tahulah secara exact yang pihak ni macam ni, pihak tu macam tu... parti ini, parti itu. Bla.. bla.. bla..
Ana malas nak tahu (jangan marah sebab malas)... bukan apa... sebab takut Iman kita pula yang terjejas disebabkan kita 'ter'salah sangka pada pihak-pihak berkenanaan. Soal buruk sangka. Sebab saban hari kan fitnah makin berleluasa dalam pelbagai bentuk...
Namun, kusedari jua... Insya-Allah bila umur dah sampai 21 tahun, tanggungjawab mengundi akan dipegang. Insya-Allah, slow-slow...
Tapi, ana faham lah bahawa keadaannya sungguh merisaukan... Risau, on how the beauty of Islam dikaburi hari demi hari dek kerana karakter politik yang ditunjukkan.
That's it... Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment