Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
13 Mac 2015
Muqaddimah
Mak : Awak kena buat jugak solat sunat awwabin. Sebab mak tengok awak selalu salah buat keputusan, atau dengan kata lain 'nasib selalu x menyebelahi awak'. Solat tu...
(mak pun menerangkan kaifiat solat sunat awwabin)
Ana : Huh? ya... ya... *InsyaAllah
So, dapat tangkap x apa sebab kita perlu amalkan solat sunat tu?
kalau x dapat selalu, buatlah sekali sekala.
Sebenarnya, mengikut apa yang mak ana ajar, solat ni bukannya untuk pastikan yang 'nasib' akan menyebelahi kita.
Tujuan
Tujuan solat sunat awwabin adalah untuk membersihkan hati dan beristikharah.
Solat ni ada 6 rakaat (afdhal). Dengan cara ala-ala solat terawih, lakukan sebanyak 6 rakaat beserta 3 kali salam. Faham kan? Maksudnya 2 rakaat + 2 rakaat + 2 rakaat = 6 rakaat. :)
Mak ana kata;
2 rakaat pertama bertujuan atau fokus utk bersihkan hati.
Second round, utk beristikharah.
Lastly, solat awwabin secara khusus.
BILA nak buat?
Before that, BILA nye nak buat solat awwabin ni? Waktu tahajjud atau qiamullail ke?
Jawapannya: Hanya waktu antara maghrib dan isya'. Waktu yang singkat. Jadi, bolehlah terus tunggu masuknya waktu masuknya solat fardhu isyak. Sementara tu, kalau ada sedikit masa lebih, selitkan dengan bacaan Al-Quran, yang menenangkan hati tu.
Kaifiat / Cara Solat Sunat Awwabin (tertib yang sama dengan solat-solat sunat lain)
1. Niat
2. Rakaat pertama baca Surah Al-Fatehah. Kemudian diikuti dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 6 kali. Disambung dengan Surah Al-Falaq dan Surah An-nas (sekali).
3. Rakaat kedua juga sama bilangan surah.
4. Selepas salam rakaat kedua, terus bangun untuk rakaat ketiga. Cara yang sama dengan cara no. 2-3 tadi.
5. Untuk rakaat kelima berbeza sedikit. Rakaat pertama selepas Surah Al-Fatehah, baca Surah Al-Kafirun (sekali), manakala rakaat kedua surahnya ialah Surah Al-Ikhlas juga (sekali). Itu saja.
Hikmah
"Seseorang itu bergantung pada niatnya"
Jadi, insyaAllah, mudah-mudahan doa kita atau niat kita Allah mudahkan. Sebab Allah SW.T juga malu andai hamba-Nya berdoa kepada-Nya tanpa dimakbulkan.
Hikmahnya banyak.
Sebagai contoh mak ana kata alhamdulillah setiap kali mak ana nak decide something, memang itulah yang terbaik walaupun perkara yang di-decide-kan tu kita anggap kecil.
Contohnya,
...nak pergi ke tak ke mana-mana?
...nak join apa-apa ke tidak?
...nak beli atau tak?
...bila kawan ajak nak buat apa-apa, nak ya kan atau tidak?
Faham, x?
Selain bila kita solat, insyaAllah Allah akan jaga kita. Lindung kita daripada perkara keji dan munkar, sepertimana yang selalu disebut-sebut oleh penceramah mahupun ustaz atau ustazah, dan budak-budak yang bajet dakwah (*perception by some people).
Apabila Allah lindung kita daripada perkara-perkara tu, insyaAllah, dalam masa yang sama kita dapat rasa yang Allah bersihkan dan sucikan hati kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Ok?
cakap apa?
"Insya-Allah, saya akan buat"
KALAU,,,
macam solat sunat tasbih tu, orang kata kalau tak dapat buat selalu buatlah sebulan sekali.
Kalau x, buatlah setahun sekali. Kalau x mampu jugak buat? Buatlah sekali seumur hidup.
Wallahu'alam. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment