13 November 2015, Mid Term Break.
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
Muqaddimah
Alhamdulillah.
Ana suka dan excited untuk tengok cerita ni walaupun secara ulang siaran dan berulang kali.
Sebab ana yakin banyak mesej yang berjaya disampaikan melalui drama ni.
Semaklum ana ada tiga tajuk cerita yang ditukar-tukar untuk schedule 7.30 malam pada setiap hari Jumaat. But this drama is the best. Top ranked lah, masyaAllah.
1. Sayap Jibril
2. Bila Hati Telah Hitam
3. Tanah Kubur (ana tak berapa excited dengan mesej drama ni, tapi still nak tengok jugak bila dah terbukak)
Bermuhasabah
Ana tersentuh dan terasa bila tengok perwatakan yang disampaikan oleh si buta tu.
Ana kagum dengan cara dia berdakwah.
Bermusafir dan berdakwah dengan cara membantu menyelesaikan masalah umat yang bersangkutan antara hidup dan mati.
Dakwah yang disampaikan tu direct and effective.
Walaupun almost all mad'u nya tak boleh terima pada awal kemunculannya,
tapi, secara perlahan-lahan hati mereka berpotensi untuk dibuka dan dipimpin.
Bila ditanyakan pada diri sendiri,
"Mampu ke jadi macam dia?"
Allahu Allah... Genggam baju, dan berkejung diri. Tersentap seketika.
Lebih-lebih lagi bila kita yang sedang menuntut ilmu di menara gading.
With the powerful peer pressure.
Sebagai contoh,
dah lama tinggalkan usrah (tarbiyyah environment),
terlalu obses menyibukkan diri dengan assignment dan bersama kawan-kawan,
walaupun kita still bertahan menjaga solat 5 waktu,
tapi, tanpa bekalan ilmu akhirat, hati kita sedikit sebanyak boleh terhanyut juga.
Walaupun secara fizikalnya tidaklah terlalu ketara,
contohnya, dulu selalu dengar IKIM.fm tp sekarang dah start asyik nak dengar lagu-lagu orang puteh (Barat).
*tak salah kalau berpada-pada.
Kalau terlalu asyik tu yang membimbangkan.
Then reflek lah, kalau buat ratio antara kita dengan si buta Sayap Jibril tu. Kita dapat berapa?
Dan lagi satu yang perlu di reflek kan,
kalau kita berterusan dengan sikap kita yang sekarang,
bolehkah kita nak langkah ke depan dalam usaha dakwah ni?
Si buta tu, tawadhuk.
Dia berjubah (amalkan sunnah),
Dia berani menegur.
Dia meminta maaf.
Dia hormat orang lain.
Dia ke masjid.
Dia solat di masjid.
Walaupun dalam keadaan bermusafir (tidak tetap), tapi dapat melakukan perubahan yang banyak.
Ish, ish, ish...
Astaghfirullah. Apo layi nak dikato?
Renung-renungkan dan selamat ber'amal!
Wallahu'alam :)
No comments:
Post a Comment