Bismillah.
23 januari 2017
Semalam maghrib, aku bergelut dgn anak buahku yg berumur 4 tahun. Bergelut kerana ingin merampas rak kecil yg padaku membuatkan bilikku bertambah sepah jika hanya dibuat main.
Dalam pada itu, sedang dlm pergelutan, jari kaki kananku terlanggar kaki kerusi di ruang tamu. Dalam kemarahan, aku meraung, "arghhh!!" terasa sakit yg teramat, seamat amatnya. Aku masih marah dgn kemahuan (secara kasar dan degil) anak buahku yg tetap mahukan rak itu sambil menangis merajuk. Aku masih geram, sambil rasa tak sanggup lg nak teruskan pergelutan. Rak itu kulepaskan di atas meja yg boleh dicapainya. Dia terus ambil dan berlari masuk bilik, menhempas dan mengunci pintu.
Aku terduduk buat beberapa minit. Cuba menahan kesakitan tadi. Aku mula jalan berdengkut-dengkut, 'ya Allah, sakitnya!'.
Kunci kuambil dan kubuka pintu bilikku. Aku fikir, aku tak mahu lihat dia, turn aku pula utk merajuk dengannya, biar dia perasan. Namun, bila pintu terbuka, aku terlihat dia sudah terbaring, tidur sambil menghisap bajunya seperti biasa. Ya, dia penat dari siang itu tidak tidur. Kasihan.
-----
Pada waktu malam. Aku sudah dapat ambil hati dia semula. Aku melayan dia bermain rak itu. Main jual-jual. Ya, memang comel dan kreatif. Seolah-olah ada scanner harga, plastik sudah dibungkus dan dihulurkan kepadaku di sebelah hadapannya. Kutarik tangannya, mengajar akad jual beli, "saya jual!" dan, "saya beli," kami saling ketawa melayan gelagat masing-masing. Aku senyum saja.
-----
Sampai waktu hendak tidur, dia memintaku on Didi & Friends dekat handphoneku. "Ok, tapi, kakak kena minum yu (susu) dulu," ujarku. "Ok!", dia menjawab patuh kerana sudah berjaya diumpan.
Sambil melihat dia menukar-nukar video mengikut apa yg dia suka, aku mengusap-usap kaki tadi. 'ya Allah, jari saya patah ke ni? Ya Allah, macamana nnti saya nak pakai kasut sport? Mcmna nak buat kerja? Macamana nak lari, jogging? Mcmna nak hiking?'. Sebahagian daripada fikiran itu kusuarakan sambil menghadap dia. Ya. Dia mana faham.
-----
Bangun subuh.
Kakiku benar-benar sakit. Lebih-lebih lagi, ketika duduk dalam solat. Sehinggakan, bila hendak berdiri untuk rakaat seterusnya, badanku terhayun sedikit sebab kakiku sakit untuk dijejak atau digerakkan. Aku risau lagi. Kakakku bersiap hendak ke tempat kerjanya. "Nga-ngah, saya rasa jari saya mcm patah," aku mula mengadu. Kakakku tergelak kecil, "kenapa pulak?" dia bertanya. "Yelah... Semalam langgar kerusi tu," aku jawab. "Tulah awak, gurau lebih-lebih, ..." dia sambung dan menyuruhku sapu minyak angin.
-----
Alhamdulillah, walaupun aku belum sempat sapu minyak seperti disarankan, lepas mandikan adiknya yg bermur hampir 2 tahun, aku terasa sakit itu sudah berkurang dengan rahmat-Nya.
Sehinggalah aku mampu duduk ketika solat tidak lama selepas mempersiapkan Umar.
Ya. Ini kifarah. Aku baru sedar. Memang aku ada istighfar, tapi, aku kurang yakin Allah boleh ubah segalanya, dan apa yg berlaku semalam pun atas ketentuan Allah. Ya. Kena sabar. Kena sabar mendidik dan menjaga anak buah. Buat dengan terbaik. Kawal emosi. Allah, malaikat, memerhatikanmu.
Aku bersyukur sebab Allah sudi tegur dengan cara begini. Sakit sekejap, untuk kau fikirkan kesilapanmu.
No comments:
Post a Comment