Bismillahirrahmanirrahim.
18 mac 2017.
Bila bosan, atau ada masa terluang, syaitan atau nafsu tu sentiasa kreatif cari jalan supaya kita leka.
Bila tiada games, atau aplikasi editing, mula lah mencari. Macamlah kerja dah settle, sampai ada masa nak buat atau cari semua tu. Macamlah tiada aktiviti bermanfaat atau 'ibadah' yang menang dalam fikiran dan perbuatan.
Begitulah keadaannya, bila berada dalam zon selesa.
Kau ada 'cita-cita'.
Masa 24 jam bukan hanya untuk itu, tetapi banyak lagi tanggungjawab, ketaatan, hak masa dan makhluk lain beratur menunggu kau untuk tunaikan.
Bangkitlah.
Mujahadah.
Kuatlah, jangan kalah!
No comments:
Post a Comment