Friday, July 19, 2019

Istiqamah, Karamah, Lawa & Taqwa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Post ini berbentuk muhasabah.
Saya sudah seminggu berada dalam status "unemployed" memandangkan kontrak latihan saya sudah tamat dan belum ditawarkan kerja lagi oleh mana-mana syarikat. It's ok. Selagi saya masih berusaha mencarinya. Ia mungkin memerlukan masa lagi untuk bertemu dengan kerja yang terbaik.

Topik Jumaat IKIMfm: Istiqamah & Karamah

Topik hari ini adalah kategori ilmu tasawuf. Ilmu makrifah yg disampaikan oleh seorang Sheikh... Al-Bintani (maaf saya xingat namanya).
Bila sebut tasawuf bagi saya topiknya agak serius kerana bermain dengan pegangan diri. Tapi, Syeikh tidak memberatkannya. Kerana topik jumaat adalah bersifat umum dan tidak bersiri. Maksudnya, ia perlukan kupasan yang ringkas, padat dan mudah diterima. Berbeza dengan rancangan lain yg memang ada silibusnya.

Muhasabahnya di sini, tatkala kita yg "unemployed" masih dalam kebuntuan dalam mencari kerja. Kita kadang lupa untuk berkomunikasi dan berhubung dengan Allah s.w.t.. Bila masanya kita duduk sejenak berzikir, fokus untuk mendapatkan talian khas untuk kita dengan-Nya. Merasai diri ini hamba dan Dia adalah Tuhan. Berbalik kepada ayat seribu dinar. Mana keyakinan yang kita letakkan untuk terus berusaha pada jalan taqwa agar Allah dengan kuasa-Nya akan memberikan kita nikmat yg dari jalan yg kita tidak sangka, dan yang pasti, "Allah akan beri apa yg kita perlukan, bukan bergantung apa yg kita minta,". Tapi sebagai hamba yg "tidak tahu", kita perlu teruskan berdoa dan menyampaikan hajat kepada-Nya.

Saya sedar dalam seminggu ini saya banyak terleka dan terlalai daripada "duduk sejenak dan berzikir" mengingati-Nya. Memberi komitmen ketaqwaan kepada-Nya. Dunia ini tatkala kita susah, ia betul-betul menghimpit sehingga mengelirukan kita bahawa dunia tidak dicipta tanpa akhirat. Bila last kita duduk bertenang, memejamkan segala hal keduniaan dan bibir ucapkan tasbih tanpa gangguan at least 5 minit yg berkualiti?
"Subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah, Allahuakbar,". Jadi, kembalilah kita kepada-Nya.

Usrati IKIMfm: Lawa & Taqwa

Mungkin saya dapat dengar sekilas tajuk itu. Tapi cukup jelas untuk kita fikir balik sejauh mana kita sibuk nak "lawa" berbanding mencantikkan "taqwa". Sekali lagi meminta kita untuk muhasabah sejauh mana kita seimbangkan keperluan dunia & akhirat.

Untuk makluman, segmen-segmen IKIMfm boleh ditonton melalui lage fb IKIMfm. Anda cari sama ada scroll page berkenaan ataupun cari di "videos" page tersebut, cuma kena tahu mana satu yg diinginkan.

Sekian saja.

Yang mengharapkan pada diri agar istiqamah dalam jalan-Nya,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
19 Julai 2019

Wednesday, July 17, 2019

Kalau Betul Kena Tipu

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.

Muka kita ni baik sangat agaknya. Haha.

Tadi, ulang alik dari kampung ke KL, dan ke kampung semula. Masa turun tangga dari TBS nak ke LRT Sentul Timur, ada bro ni buat-buat runsing. Dia panggil kita. Awal-awal dah suruh save no. fon dia. (Bahaya kan sebenarnya). Kita bukannya nak melayan ke apa stranger ni. Tp, kita terkenangkan kalaulah kita berada di tempatnya (seperti yg diceritakan), kita pun akan mengharapkan ada orang percaya and nak bantu kita time sempit.

Cerita dia: "akak save no. saya dulu. Saya dari Pontian ni kak, ada program Giatmara. Ayah saya....(dah xingat dia ckp apa).. Saya dah order grab. Grab dah tunggu dah ni kak.. akak save je no. saya dulu (kah!).."
Mar tanya, "brapa harga grab tu..".. then, dia tekankan, "akak save no. saya dulu.. takkan akak nak bagi je duit tu kat saya.." (haha... Lawaklah bila ingat taktik dia.. *lagi lawak bila fikir knapa kita tersangkut jugak kat orang mcm tu)
Dia kata, "hp saya dah habis bateri, nanti balik saya cas, barulah saya boleh transfer kat akak," (ingat senang2 je kita nak bg no akaun kita kat dia nanti, stranger! I planned to use other way)
Yg kelakar lagi (taktik). "Harga grab tu 23 ringgit kak. Tapi akak bagi jelah 30 sebab senang nnti nk transfer,"
Dan saya pun macam 'orang bodoh' bagi jugak dekat dia RM30. MasyaAllah.

Actually this is the 2nd time saya kena. Dulu, sebab duit saya memang sikit jadi saya bagi je apa yg ada cukup utk saya bakinya. Dan saya sempat pesan "jangan buat beli  rokok," (sebab dpt rasa mungkin cerita palsu, tak tahula budak tu ikut ke tak).Tp kalini sebab duit dalam purse tidak sedikit (masyaAllah, alhamdulillah budak tu tak attack saya, bila fikir balik, mungkin sebab tempat awam).

Dalam kes-kes macam ni, cuma tak minta tunjuk i/c ja.. adoi.. silap saya lah.

Hopefully tidak terkena buat kali ketiga. Hmm.

"Rabbi najjini minal qoumizzolimin,"

Yang terkena,
Siti Mardiana
17 Julai 2019

Wednesday, July 10, 2019

Fasa Sukar

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

10 Julai 2019 - Post yang drafted (terdahulu)

Dalam melalui hari-hari kita, kita pasti akan menghadapi satu fasa sukar.
Dan untuk saya, hari ini, fasa sukar saya sekali lagi berkisarkan "pencarian kerja", since kontrak pekerjaan saya bakal tamat dalam 2 hari lagi.

Apa perasaannya? Of course (masyaAllah), desperate!

Saya ada hadiri interview, tapi, tak dipanjangkan ke proses seterusnya.
Saya ada juga hadiri interview yg syarikat itu saya dan beberapa kenalan saya mengklasifikasikannya sebagai "scam".
Dan, saya masih terus mencari.

Semalam, saya rasa yg saya betul-betul hampa/kecewa bila mana saya gagal untuk mendapatkan apa yang saya rancang beserta harapan.
Kemudian, saya balik rumah. Sekali lagi buntu mendatangi. Dan ada rasa kosong sbb setakat ni belum ada usaha yg berjaya. Saya tahu banyak lagi usaha dan kesungguhan yg saya perlu letakkan pada diri saya pada waktu ini. Dan saya hampir ingin mengeluh.
Saya berasa diri ini berat untuk terima fasa ini. Solat dilewatkan. 'apa yg awak sedang lakukan? Mogok kepada Allah ke?' 

.

*Posting tergantung di sini. Maaf...*

Yang menulis,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini

Sunday, July 7, 2019

Catatan Tilawah 7 Julai 2019

7/7/2019

Surah al-Qasas - Surah 28

1. Ayat 21 : "rabbi najjini manal qoumazzolimin," (ayat yg dibaca agar Allah lindung dpd orang-orang yg berniat jahat)

Yang mencatat,
Siti Mardiana

Saturday, July 6, 2019

Catatan Tilawah 6 Julai 2019

6/7/2019

Surah An-Naml

1. Ayat 40 - "haza min fadhli rabbi," (ucapan apabila menerima pujian)
2. Ayat 44 - "rabbi inni zolamtu nafsi," (ucapan merendah diri kpd Allah)

Yang mencatat,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini

Friday, July 5, 2019

Catatan Tilawah 5 Julai 2019

05 Julai 2019

Surah As-Syu'ara'

1. Ayat 80 - "waiza maridhtu fahuwa yasyfin," (doa yg dibaca ketika minum ubat/suppliment - mak ajar)
2. Ayat 130 - "waiza batasytum batasytum jabbarin,"

Yang mencatat,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini