Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
Post ini berbentuk muhasabah.
Saya sudah seminggu berada dalam status "unemployed" memandangkan kontrak latihan saya sudah tamat dan belum ditawarkan kerja lagi oleh mana-mana syarikat. It's ok. Selagi saya masih berusaha mencarinya. Ia mungkin memerlukan masa lagi untuk bertemu dengan kerja yang terbaik.
Topik Jumaat IKIMfm: Istiqamah & Karamah
Topik hari ini adalah kategori ilmu tasawuf. Ilmu makrifah yg disampaikan oleh seorang Sheikh... Al-Bintani (maaf saya xingat namanya).
Bila sebut tasawuf bagi saya topiknya agak serius kerana bermain dengan pegangan diri. Tapi, Syeikh tidak memberatkannya. Kerana topik jumaat adalah bersifat umum dan tidak bersiri. Maksudnya, ia perlukan kupasan yang ringkas, padat dan mudah diterima. Berbeza dengan rancangan lain yg memang ada silibusnya.
Muhasabahnya di sini, tatkala kita yg "unemployed" masih dalam kebuntuan dalam mencari kerja. Kita kadang lupa untuk berkomunikasi dan berhubung dengan Allah s.w.t.. Bila masanya kita duduk sejenak berzikir, fokus untuk mendapatkan talian khas untuk kita dengan-Nya. Merasai diri ini hamba dan Dia adalah Tuhan. Berbalik kepada ayat seribu dinar. Mana keyakinan yang kita letakkan untuk terus berusaha pada jalan taqwa agar Allah dengan kuasa-Nya akan memberikan kita nikmat yg dari jalan yg kita tidak sangka, dan yang pasti, "Allah akan beri apa yg kita perlukan, bukan bergantung apa yg kita minta,". Tapi sebagai hamba yg "tidak tahu", kita perlu teruskan berdoa dan menyampaikan hajat kepada-Nya.
Saya sedar dalam seminggu ini saya banyak terleka dan terlalai daripada "duduk sejenak dan berzikir" mengingati-Nya. Memberi komitmen ketaqwaan kepada-Nya. Dunia ini tatkala kita susah, ia betul-betul menghimpit sehingga mengelirukan kita bahawa dunia tidak dicipta tanpa akhirat. Bila last kita duduk bertenang, memejamkan segala hal keduniaan dan bibir ucapkan tasbih tanpa gangguan at least 5 minit yg berkualiti?
"Subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah, Allahuakbar,". Jadi, kembalilah kita kepada-Nya.
Usrati IKIMfm: Lawa & Taqwa
Mungkin saya dapat dengar sekilas tajuk itu. Tapi cukup jelas untuk kita fikir balik sejauh mana kita sibuk nak "lawa" berbanding mencantikkan "taqwa". Sekali lagi meminta kita untuk muhasabah sejauh mana kita seimbangkan keperluan dunia & akhirat.
Untuk makluman, segmen-segmen IKIMfm boleh ditonton melalui lage fb IKIMfm. Anda cari sama ada scroll page berkenaan ataupun cari di "videos" page tersebut, cuma kena tahu mana satu yg diinginkan.
Sekian saja.
Yang mengharapkan pada diri agar istiqamah dalam jalan-Nya,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
19 Julai 2019
No comments:
Post a Comment