Wednesday, July 10, 2019

Fasa Sukar

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

10 Julai 2019 - Post yang drafted (terdahulu)

Dalam melalui hari-hari kita, kita pasti akan menghadapi satu fasa sukar.
Dan untuk saya, hari ini, fasa sukar saya sekali lagi berkisarkan "pencarian kerja", since kontrak pekerjaan saya bakal tamat dalam 2 hari lagi.

Apa perasaannya? Of course (masyaAllah), desperate!

Saya ada hadiri interview, tapi, tak dipanjangkan ke proses seterusnya.
Saya ada juga hadiri interview yg syarikat itu saya dan beberapa kenalan saya mengklasifikasikannya sebagai "scam".
Dan, saya masih terus mencari.

Semalam, saya rasa yg saya betul-betul hampa/kecewa bila mana saya gagal untuk mendapatkan apa yang saya rancang beserta harapan.
Kemudian, saya balik rumah. Sekali lagi buntu mendatangi. Dan ada rasa kosong sbb setakat ni belum ada usaha yg berjaya. Saya tahu banyak lagi usaha dan kesungguhan yg saya perlu letakkan pada diri saya pada waktu ini. Dan saya hampir ingin mengeluh.
Saya berasa diri ini berat untuk terima fasa ini. Solat dilewatkan. 'apa yg awak sedang lakukan? Mogok kepada Allah ke?' 

.

*Posting tergantung di sini. Maaf...*

Yang menulis,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini

No comments:

Post a Comment