Saturday, September 21, 2019

Fikir Mati Masa Buat Baik

Bismillahirrahmanirahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Tak habis lagi dengan perasaan yg ada pada penulisan post sebelum yg ini tadi.
Ya. Bila fikir rasa nak buat baik dan lebih baik ja, mesti ingatkan dah dekat nak mati.

Sebab, diri ini terlalu mengharapkan dapatlah mati dalam husnul khatimah...macam.. Ahmad Ammar tu..

Sebab, kita sedar, kehidupan dan umur kita telag bercampur baur antara yg baik dan juga maksiat dan dosa.
Tak sanggup saat mati nanti diri dibelenggu dengan dosa-dosa yang tak terampun. ("Ya Allah, peliharalah kami daripadanya,"). Siapalah mahukan mati dalam suul khatimah. Kematian yg dikeji, terkutuk, sebab Allah murka dengan kehidupan kita di dunia, Allahu rabbi. Tak sanggup rasa di hati ini...

Andainyalah, Allah tarik nyawa pada saat kita sedang melakukan amar makruf dan sedang berada dalam jalan-Nya...untunglah kita nanti... "Ya Allah, anugerahkanlah kematian yang baik itu buat kami, ya Allah"... Kami tak sanggup nak terima azab daripada-Mu bilamana kami gagal dapat rekod kehidupan yg baik sepanjang hidup di dunia ini.
Hmm. Moga istiqamahlah kita menjalani hidup dalam jalan redha-Nya. Moga kita tetap bersabar dan sedar akan ujian (musibah mahupun nikmat) yg Allah datangkan kat dunia ni sebab Allah nak kita kembali jua pada-Nya. Bukan saat susah je ingat Allah, tapi, sepanjang masa ingat Allah dan sempat bertaubat bila lalai daripada-Nya. Yalah, kita juga manusia biasa. Ada saja masa alpa dan leka (masa tu tak ingat pula pasal dekatnya dengan mati, hmm... Allahu rabbi).

Yang penting...
Selalunya, memang kita kena hadapi sorang-sorang. Sebenarnya bila kita seorang diri, kita lebih mudah dekat dengan-Nya, dan rasa bergantung pada-Nya. Susah, kita nak harapkan ada kawan yang baik sepanjang-panjang hidup kita. Sebab hidup kita dengan kawan kita berbeza. Even kalau kita ada kembar. Tetap hidup masing-masing ada haluannya. Kena pergi kerja, ada emosi tersendiri, selera makan sendiri, perspektif hidup yg berbeza dan macam-macam lagi, yang nak kata bahawa kita memang perlu bawa diri sorang-sorang.. tapi tak tahulah kan kalau orang yg dah hidup berumah tangga, mungkin tak boleh ada istilah "sorang-sorang" tu.. sebab ada anak dan pasangan yg akan dipertanggungjawabkan dan ditanya di akhirat nanti, semua kena buat sama-sama. Soal amar makruf kita pada orang lain pun adalah juga, kena..tapi itu bab lain. Ni kita nak cakap pasal macamana kita kena juga berdikari, dalam menjalani hidup sehari-hari dan supaya selalu bersyukur dan redha dan ketentuan-Nya di samping kita kena sentiasa berusaha perbaiki diri hari demi hari, sampailah nyawa dijemput Ilahi, dengan harapannya dalam husnul khatimah (Allahumma aamiin!).

Stay strong with ourselves, k! InsyaAllah Allah always with us, with me, and with you :)

Yang berangan, dan yang cuba mencapai angan-angan (husnul khatimah),
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
21 September 2019
(seyum)

Ahmad Ammar - Takkan Luput

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Ahmad Ammar...
Cukuplah dengan kenal Ammar, dapat beri motivasi kepada diri saya tentang berbahagianya hidup ini andai digunakan untuk kebaikan.
Ammar dah buktikan. Sebab, dia mampu di saat kematiaannya menjadi bukti kepada kehidupannya. "Seseorang itu akan mati seperti mana hidupnya," Kalau baik kita jalani kehidupan kita sepanjang umur yg Allah beri kat atas dunia ni, insyaAllah Allah akan tunjuk ganjarannya seawal saat kita mati nanti.
Subhanallah.

Terima kasih Ahmad Ammar. Sebab dengan kisah awak lah saya bermotivasi untuk cuba perbaiki diri, berjuang (dlm erti kata seorang diri), mencari ilmu, cuba jadi orang yg bermanfaat, dan...apa jua lagi. Kematianmu, menjadi pendorong utk saya berusaha juga untuk teruskan mencari jalan utk buat kebaikan dengan cara seorang diri. Sebab, buktinya, Ammar 'mati' pun sorang-sorang, tapi dia mampu jadi terbaik.

Ammar, awak sangat istimewa.
Mampukah saya dapat husnul khatimah macam awak?
Saya teringin nak jumpa Ammar andai Allah izinkan saya masuk syurga awal macam Ammar nanti. I want to see you, betul-betul dengan face to face. Nak tengok cara hidup Ammar yg sebenar. Saya yakin, Ammar seorang yg tawadhuk. Tawadhuk dengan dunia dan sememangnya pada Allah. Kalau tidak, tak mungkin Allah anugerahkan kematian sebaik itu dan mampu beri contoh kepada saya dan orang lain yg juga mengambil ibrah daripadamu.

Kadang ya, rasa zalim kat diri sendiri.
Kenapalah saya inspired sangat dgn Ammar. Sedangkan, Rasulullah s.a.w. tu lagilah sebaik-baik manusia atau qudwah.
Tapi, tak apa. Saya yakin Ammar juga tergolong dalam kalangan orang-orang soleh yg saya memang patut jadikan ikutan. Mungkin, saya rasa Ammar lebih dekat dengan diri saya especially sebab saat dia mati, usianya masih muda. Muda belia, macam saya sekarang ni. Tapi, kalau ikutkan, umurnya saat kematian lebih muda dpd umur saya sekarang. Jadi, masyaAllah. Tidak terkatalah bila kita bandingkan hidup kita yg Allah beri umur lebih berbanding Ammar, tapi, masih tak mampu ada rekod kehidupan macam Ammar. Malu kat Allah. Sebab, tak berjaya memanfaatkan hidup sepertimana Ahmad Ammar.

Bila fikirkan Ammar juga seorang anak macam kita juga anak kepada mak ayah kita, itulah lebih meruntun jiwa. Bila ingat bab dalam buku cerita Ahmad Ammar yg diceritakan oleh mak ayah dia sendiri. Untung mak ayah Ahmad Ammar dapat anak syurga macam dia. Tak macam kita. Mampukah saat kita mati nanti, mak ayah kita rasa macamana mak ayah Ammar rasa saat pemergian Ahmad Ammar? Tak ada rasa menyesal dengan didikan yang diberi, mudah untuk hadirkan redha dalam diri mereka sebab mereka berjaya membesarkan anak seistimewa Ahmad Ammar. Kita? (Hmm...)

Besarnya pahala awak, Ahmad Ammar..
Dah berapa tahun dah awak pergi, tapi, kami masih dapat rasa inspirasi kisah hidup awak.
Berbahagialah Ammar hidup di alam yg satu lagi... Mampu ke saya dapat hidup macam tu bila saya mati nanti?

Oh Allah... "Bantulah aku dalam mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan perbaiki amal ibadahku kepada-Mu,"

Yang merindui kisah Ahmad Ammar, dan sedang mengambil motivasi daripadanya,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
21 September 2019

Saturday, September 14, 2019

Buat Baik, Fikir Orang Puji

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Tipu daya dunia ni, pun kreatif.
Syaitan akan cari setiap sudut dan ruang yang boleh buat seseorang hamba Allah itu dapat murka-Nya. Walau apa cara sekalipun. Termasuklah seperti tajuk post kali ini.

Berapa ramai antara kita yang hadapi keadaan ini? Ya. Memang tak nampak, sebab ia bermain di hati. Seperti Surah An-Nas, was-was itu juga datang dekat hati. Muka tu lain kira. Sekarang ini benda pertama yg paling penting adalah nak jaga hati. Hati itu raja. Kalau pepatah kata, "kerana mulut badan binasa" maka untuk tajuk kita kali ni, "kerana hati, amalan sia-sia".

Biasa kita dengar tentang "riak" kan?

*Sebelum tu saya nak mohon maaf, saya memang bukan pelajar aliran agama yg hafal hadis & al-Quran dengan proper. Jadi, cacatnya penulisan saya sebab tak dapat nak sertakan hadis atau ayat al-Quran dengan periwayatañ atau tafsiran yg sempurna. Saya cuma boleh recall point yg saya jadikan panduan dalam menjalani hidup di bumi pinjaman Allah ini sahaja.

Riak - Menunjuk-nunjuk

Biasanya riak ni ada yang senang kita detect. Biasanya kita dapat lihat pada orang yang banyak HARTANYA. Bila seseorang membangga diri mengatakan bahawa kekayaan yg diraihnya adalah hasil titik peluhnya sendiri. Dalam pada itu, kita TAK boleh juga terlalu mudah mengatakan yg mereka ni riak. Maksud saya, siapalah kita utk mengetahui isi hati manusia? Betul ke, dia bangga sendiri, atau niat di hatinya hanyalah nak bagi motivasi kepada masyarakat agar berusaha keras seperti mereka? Dan... Dalam masa yang sama, kalau betul kita orang kaya, dan kita nak beri motivasi kpd org lain, lalu, kita tunjukkan sedikit kekayaan yg kita ada, DAN janganlah pula kita menghina orang yang miskin atau lemah dgn mengatakan mereka tu tak sedar diri, kita mengutuk mereka. Itu dah masuk soal akhlak kita menjaga kata dan menghormati orang lain. Allah nilai setiap detikan hati & perbuatan walau seberat zarah.

Orang yang riak ni pada saya, JAUH daripada sifat zuhud. Walaubagaimanapun, orang yg kaya tak semestinya tak ada sifat zuhud. Malah, jika mereka zuhud, mereka jauh lebih baik berbanding orang miskin. Kerana dunia tak mampu menguasai mereka malah mereka yang mampu menguruskan harta mereka pada jalan Allah. Mereka boleh bantu orang lain, mereka boleh bersedekah tanpa berkira-kira, mereka juga boleh buat orang lain bahagia, dgn berkongsi nikmat itu.

Bagaimana pula riak pada AMAL IBADAH?
Sebenarnya sama sahaja dengan kaya harta... Tukarkan kepada "kaya amal ibadah". Dan ia akan berputar-putar seperti di atas. Bergantung pada niat. Kalau kita baramal ibadah untuk menunjuk-nunjuk atau supaya orang nampak, amal jadi sia-sia. Malah kita mungkin melakukan syirik kecil.

Janganlah disebabkan "talam dua muka" dalam beribadah nilah yang menjerumus kita ke neraka nanti, walhal pada zahirnya kita beribadah. Kita taknak disebabkan amal seperti inilah yg menghalang kita dpd masuk Syurga. Orang lain yg sedikit amalnya tp ikhlas lebih mendahului kita yg kononnya masa di dunia, kita ingat kita dah cukup champion dalam ibadah berbanding orang kebanyakan. Apalah yang kita dapat di akhirat bila kita riak di dunia? Jawapannya, neraka.

Tinggal terus?

Perlu ke kita tinggalkan terus amal itu sebab kita rasa insecure dengan niat hati ataupun pandangan orang lain (yg mungkin akan mengatakan kita riak)?
Yup. Kita berfikiran sebegini sebab kita takut. Takut kan, bila kita rasa nanti Allah murka kita? Kalau kalian selalu rasa macam ni, sama lah dengan saya.

"Aku nak buat baik, tapi, betul ke aku betul-betul buat ni sebab Allah?
Atau aku buat ni supaya orang lain nampak aku ni baik?
Tapi, kalau aku tak buat, macamana aku nak dapat pahala?"
Agak-agak apa kita patut buat?

Ya kita memang takut kalau amal kita tu sendiri kat akhirat nanti menemplak kita sebab kita tak ikhlas. Tapi apa daya kita? Kita tak mampu untuk tunggu hati kita betul-betul ikhlas baru buat, sedangkan dosa-dosa kecil pun kita tak mampu elakkan? Kita masih kena "fastabiqul khairat" (berlumba-lumba / perbanyakkan pahala). Kalau kita berhenti sebab was-was macam ni, macamana timbangan kanan kita nak memberat?

Pada saya, masa tu yang menentukan diri saya adalah JIHAD (melawan). Iaitu, diri kita kena lawan bisikan-bisikan hati kita tu. Mungkin cara anda berbeza dengan saya. Cara saya, perkara pertama saya kena buat bila ada bisikan hati macam tu mengganggu, adalah.... istighfar. Istighfarlah lebih daripada sekali. Sekali tu tak cukup utk melenyapkan dosa.

"Astaghfirullahal'azim.... Astaghfirullahal'azim.... Astaghfirullahal'azim...
Ya Allah, aku buat ini kerana-Mu.
Aku bertawakkal kepada-Mu agar diri ini ikhlas beramal kepada-Mu.
Aku mohon agar Kau jaga hatiku ini sehingga sesudah aku melakukan amal ini. Bersihkanlah niatku daripada perkara yang Engkau murka untuk aku lakukan. Janganlah pandangan mata manusia mengubah hatiku daripada terus melakukan kebaikan ini. Aku buat bukan kerana mereka. Aku hamba yg hina. Terimalah amalanku ini, ampunilah dosaku,"

Moga Allah terima.

Semuanya bergantung pada hati

Hati kita sahaja yang tahu sama ada kita ikhlas ataupun sebaliknya. Kadang tu, kita sendiri tak dapat nak pastikan sama ada apa yang kita buat ni betul-betul ikhlas ke? Sebab sifat was-was tu begitu dekat dengan hati. Sebab tu, kita tak boleh merasa senang dengan amal yang kita telah usahakan. Kita tak boleh rasa berpuas hati dengannya, sebab kita tak tahu di sudut penerimaan Allah s.w.t. tu pula bagaimana. Dalam hati ini perlu diawasi dan diseimbangkan dengan sifat khauf (takut) & juga raja' (harap).

Mudah-mudahan, dengan usaha kita utk selalu jaga hati dpd murka-Nya, dan agar sentiasa dalam redha-Nya, Allah terima amalan kita. Mudah-mudahan amalan itu tidak sia-sia disebabkan diri kita sendiri yang tak reti menjaganya. Bermujahadahlah...
Dan... Istiqamahlah.

Wallahu'alam.

Yang menulis,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
13 - 17 September 2019

Friday, September 13, 2019

Review Buku Ini Pun Allah Suka

Review Buku “Ini Pun Allah Suka” tulisan Muhammad Luqman Makhtar.
(Siri 2 : Solusi Hati)

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.

Alhamdulillah, hari ni saya khatam satu lagi buku dalam masa kurang sebulan!
Buku ni sangat bagus sebagai pengubat lupa kita pada sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang mudah (harian) yang kita mungkin terlepas pandang. Antaranya, iaitu sunnah menganan (memulakan sesuatu perbuatan dengan anggota badan sebelah kanan), zikir, memberi salam, etika bersin, menghargai masa, dan banyak lagi.

Bab menarik. Antara bab menarik dalam buku ini adalah “Testimoni Masa”. Bab ini tiada huraian, tetapi, penulis memanfaatkan bab ini dengan memuatkan koleksi ‘testimoni masa’ oleh para ulamak dan tidak terkecuali oleh ahli Barat. Dua daripadanya ingin saya kongsikan di sini, “Membazir masa lebih dahsyat daripada mati. Membazir masa akan memutuskan hubunganmu dengan Allah s.w.t dan akhirat, sedangkan mati hanya memutuskan hubunganmu dengan dunia dan ahlinya.” (ibnu al-Qayyim) dan “Sesiapa yang hendak bergembira dengan masa depannya, janganlah membazir dengan masa sekarang.” (Roger Bobson)

“Jangan Tunggu Haqqulyaqin”. Bab ini membuatkan kita fikir dan nilai sejenak tahap keyakinan kita pada Allah s.w.t.. Ada dua lagi tahap selain “haqqulyaqin” yang anda kena teroka (secara ringan) dalam buku ni. Nanti barulah, “Oh... aku baru tahu, yakin aku pada tahap ini sahaja. Aku kena tingkatkan lagi, untuk capai yang lebih tinggi,”

Sentap. Sebelum mengakhiri bacaan buku ni, penulis sempat memuatkan dua tajuk terakhir yang membuatkan hati tersentap. Tajuk-tajuknya adalah “Jangan Sampai Tidak Terkata Di Hadapan Allah s.w.t.,” dan “Anekdot – Masuk Syurga Dengan Rahmat-Nya,”. Telan air liur dibuatnya.

Jadi, buku ni saya sangat recommended. Sebab, isi dia ringan. Kalau ada anak-anak tu, adik-beradik atau kawan-kawan yg sedia layan dengar kita ‘berceramah’, boleh ambil isi daripada buku ini. Biar isi buku ini tidak hanya melekat pada kita, tapi, insyaAllah dapat lekat pada orang-orang yang kita sayang tu juga. Mudah-mudahan dengan baca buku ini dapat bantu kita tambah pahala, insyaAllah.
Wallahu’alam.

Yang memberi ulasan,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
13 September 2019

Mula baca – 18 Ogos 2019
Tamat baca – 13 September 2019

Segenggam Tabah

Song by In-Team.

"Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya"

---

Lagu ni ditujukan buat ibunda tercinta, mak. (Termasuklah abah di situ)

"Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar,"

Mak terlalu banyak menyimpan rasa.
Rasa bahagia, derita, sedih & kecewa, dalam membesarkan anak-anaknya.
Mungkin ada orang rasa "kehidupan seseorang anak itu terkongkong" bila mana dia asyik kena balik rumah mak hanya utk memenuhi keinginan maknya nak suruh buat itu ini. Sedangkan orang lain menghabiskan masa hujung minggu mereka keluar, lepak, membeli belah dan lain-lain.
Ada juga yg berfikiran, "buat apa aku balik kampung, kalau aku tahu nnti aku bukannya tlg mak, malah aku seronok main game, tidur untuk mengganti rehat sepanjang minggu kerjaku, lagilah nnti buat mak aku sakit hati, baik takyah balik, nanti mood rajin baru balik," (usahlah berfikiran seperti ini)

Kasihan mak ayah kita sudah terlalu makan hati dengan perangai anak-anaknya. Seolah-olah mereka pula yg kena faham kita, berbanding kita yg kena faham bahawa usia mereka makin senja, mereka mahukan perhatian & belaian kita, sebaik-baiknya sepertimana layanan mereka pada kita waktu kita kecil.
Kalau tidak, tak rasional lah doa "Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama robbayani soghira," yg kita baca setiap kali lepas solat. Kat situ Allah dah ajar kita apa sepatutnya kita buat pada mak ayah kita. Kita patut mengasihani mereka sepertimana masa kita kecil. Memanglah doa tu kita harapkan Allah bagi rahmat-Nya pada mak ayah kita. Tapi, mana effort kita? Kita bila berdoa, sepatutnya doa tu sendiri dapat didik kita. Barulah doa dpt beri kesan pada hidup kita. Macamlah "solat itu mencegah kita dpd kemungkaran"

Biarlah, mungkin hati kita termakan sendiri.. yela, faham... Sifat mak ayah kita pun pelbagai dan ada masa-masa tertentu ok dan tak ok. Bila tak ok, ada lah tu yg serba tak kena yg mereka akan tegur atau komplen kita atau kata lain yg kita suka pakai "membebel" (kita yg kata, tp, bukanlah hakikatnya). Kita kena banyakkan rasa kasihan pada mereka. Kekuatan kita pada hari ni sangat tinggi berbanding kekuatan yg mereka ada sekarang. Termasuklah kekuatan di hati. Maksud saya, hati mereka pun makin sensitif saban hari.

Kadang, kalau ada hari kita terlanjur perangai atau kata tu, kita kena lazimi diri kita utk minta maaf pada mereka especially saat nak berpisah pulang ke kota. "Minta maaf mak... Terima kasih mak..." Ringkas saja. Dgn harapan walaupun ringkas tp dpt membaluti hati mak yg lara walau tak banyak, sikit pun jadi lah.

Tundukkanlah ego kita pada mak. Siapalah kita? Nak ke kita termasuk dlm hadis nabi s.a.w. bahawa salah satu tanda kiamat bila mana "seorang anak menjadi tuan kpd ibunya," (na'uzubilahh) Namun, situasi inilah yg banyak kita nampak pd hari ni. Even di awal usia kanak-kanak pada hari ini pun kita dh mampu lihat mereka memberontak. Siapa lagi puncanya, kalau bukan kita ibu ayah yg sepatutnya jadi contoh pada mereka? Contoh dengan memberi layanan yg baik kepada ibu bapa kita.

Seterusnya, pengorbanan. Tiada pengorbanan tanpa derita. Ya, kita kena berkorban utk mereka. Berkorban rasa di hati, kita dahulukan hati mereka daripada hati kita dahulu. Moga Allah hisab pengorbanan kita itu dgn setimpal di akhirat nanti. Ingat, kita hidup untuk dapat redha Allah. Dan redha Allah pada kita terletak juga pada redha mak ayah kita.

Termasuklah.... soal jodoh & restu. Mungkin kita rasa seseorang itu dah cukup baik utk kita dan mahu kita perkenalkan pada mak dan ayah. Tapi, disebabkan mungkin masa yg belum mengizinkan, jika mereka tidak memberikan respon positif,,, mungkin ini ujian Allah utk maksud "redha" itu? Kita kenalah hadapinya, akur & bersabar... Pasti ada hikmahnya di sebalik sabar & taat. Selagi tiada maksiat di situ. Raikanlah keputusan mereka. Biarlah mereka masih dapat merasai "aku ada anak yg masih boleh dengar apa yg aku cakapkan, dan boleh diharapkan," bukannya "anak aku sudah tidak mahu dengar kata-kataku, mereka sudah bosan denganku, mereka mahu lari daripadaku," Kita tak mahu silap-silap haribulan jatuh ke anak derhaka. Sebab sepatutnya kita 'diharamkan' membuat hati ibu kita terguris. Allah hisab. Yang mampu kita buat adalah memohon ampun saat tak mampu elak buat hati mereka terluka. Mungkin masa tu kita penat, kita terlupa. Kita harapkan sifat ghafir Allah. Hmmm...

Bersabarlah ya. InsyaAllah, yakinlah Allah akan bagi ganjaran yg indah bila kita cuba buat apa yg Allah suka.

Sekali lagi... Bersabarlah. Innallaha ma 'ana.

Salam rindu dan ampun buat ibuku, daripada anakmu,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini

13 September 2019,
13 Muharram 1441H.

Wallahu'alam.

Thursday, September 12, 2019

Jangan Menangis

Song by Aizat Amdan

"Percaya padaku
Tak akan ku lupakanmu
Walaupun ku jauh
Ku sentiasa milikmu
Andainya kau rasa perlu ku
Luah saja sedia ku mendengar
Jangan menangis
Ini semua
KetentuanNya
Jangan berduka
Ku kan selalu
Ada untukmu
Hanya satu ku pinta
Percaya pada diriku
Hatiku hatimu
Serahkan pada Yang Satu
Andai bersalah maafkanku
Sesungguhnya tiada yang sempurna
Jangan menangis
Ini semua
KetentuanNya
Jangan berduka
Ku kan selalu
Ada untukmu
Bertahan walau apa
Tak kira apa saja
Bertahan walau apa
Bersama selamanya
Jangan menangis
Ini semua
KetentuanNya
Jangan berduka
Ku kan selalu
Ada untukmu
Dan aku mohon
Agar semua sempurna untukmu selamanya
Ku kan selalu
Ada untukmu"

---

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(QS. Al Baqarah: 216)

12 September 2019,
12 Muharram 1441H.