Saturday, September 14, 2019

Buat Baik, Fikir Orang Puji

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Tipu daya dunia ni, pun kreatif.
Syaitan akan cari setiap sudut dan ruang yang boleh buat seseorang hamba Allah itu dapat murka-Nya. Walau apa cara sekalipun. Termasuklah seperti tajuk post kali ini.

Berapa ramai antara kita yang hadapi keadaan ini? Ya. Memang tak nampak, sebab ia bermain di hati. Seperti Surah An-Nas, was-was itu juga datang dekat hati. Muka tu lain kira. Sekarang ini benda pertama yg paling penting adalah nak jaga hati. Hati itu raja. Kalau pepatah kata, "kerana mulut badan binasa" maka untuk tajuk kita kali ni, "kerana hati, amalan sia-sia".

Biasa kita dengar tentang "riak" kan?

*Sebelum tu saya nak mohon maaf, saya memang bukan pelajar aliran agama yg hafal hadis & al-Quran dengan proper. Jadi, cacatnya penulisan saya sebab tak dapat nak sertakan hadis atau ayat al-Quran dengan periwayatañ atau tafsiran yg sempurna. Saya cuma boleh recall point yg saya jadikan panduan dalam menjalani hidup di bumi pinjaman Allah ini sahaja.

Riak - Menunjuk-nunjuk

Biasanya riak ni ada yang senang kita detect. Biasanya kita dapat lihat pada orang yang banyak HARTANYA. Bila seseorang membangga diri mengatakan bahawa kekayaan yg diraihnya adalah hasil titik peluhnya sendiri. Dalam pada itu, kita TAK boleh juga terlalu mudah mengatakan yg mereka ni riak. Maksud saya, siapalah kita utk mengetahui isi hati manusia? Betul ke, dia bangga sendiri, atau niat di hatinya hanyalah nak bagi motivasi kepada masyarakat agar berusaha keras seperti mereka? Dan... Dalam masa yang sama, kalau betul kita orang kaya, dan kita nak beri motivasi kpd org lain, lalu, kita tunjukkan sedikit kekayaan yg kita ada, DAN janganlah pula kita menghina orang yang miskin atau lemah dgn mengatakan mereka tu tak sedar diri, kita mengutuk mereka. Itu dah masuk soal akhlak kita menjaga kata dan menghormati orang lain. Allah nilai setiap detikan hati & perbuatan walau seberat zarah.

Orang yang riak ni pada saya, JAUH daripada sifat zuhud. Walaubagaimanapun, orang yg kaya tak semestinya tak ada sifat zuhud. Malah, jika mereka zuhud, mereka jauh lebih baik berbanding orang miskin. Kerana dunia tak mampu menguasai mereka malah mereka yang mampu menguruskan harta mereka pada jalan Allah. Mereka boleh bantu orang lain, mereka boleh bersedekah tanpa berkira-kira, mereka juga boleh buat orang lain bahagia, dgn berkongsi nikmat itu.

Bagaimana pula riak pada AMAL IBADAH?
Sebenarnya sama sahaja dengan kaya harta... Tukarkan kepada "kaya amal ibadah". Dan ia akan berputar-putar seperti di atas. Bergantung pada niat. Kalau kita baramal ibadah untuk menunjuk-nunjuk atau supaya orang nampak, amal jadi sia-sia. Malah kita mungkin melakukan syirik kecil.

Janganlah disebabkan "talam dua muka" dalam beribadah nilah yang menjerumus kita ke neraka nanti, walhal pada zahirnya kita beribadah. Kita taknak disebabkan amal seperti inilah yg menghalang kita dpd masuk Syurga. Orang lain yg sedikit amalnya tp ikhlas lebih mendahului kita yg kononnya masa di dunia, kita ingat kita dah cukup champion dalam ibadah berbanding orang kebanyakan. Apalah yang kita dapat di akhirat bila kita riak di dunia? Jawapannya, neraka.

Tinggal terus?

Perlu ke kita tinggalkan terus amal itu sebab kita rasa insecure dengan niat hati ataupun pandangan orang lain (yg mungkin akan mengatakan kita riak)?
Yup. Kita berfikiran sebegini sebab kita takut. Takut kan, bila kita rasa nanti Allah murka kita? Kalau kalian selalu rasa macam ni, sama lah dengan saya.

"Aku nak buat baik, tapi, betul ke aku betul-betul buat ni sebab Allah?
Atau aku buat ni supaya orang lain nampak aku ni baik?
Tapi, kalau aku tak buat, macamana aku nak dapat pahala?"
Agak-agak apa kita patut buat?

Ya kita memang takut kalau amal kita tu sendiri kat akhirat nanti menemplak kita sebab kita tak ikhlas. Tapi apa daya kita? Kita tak mampu untuk tunggu hati kita betul-betul ikhlas baru buat, sedangkan dosa-dosa kecil pun kita tak mampu elakkan? Kita masih kena "fastabiqul khairat" (berlumba-lumba / perbanyakkan pahala). Kalau kita berhenti sebab was-was macam ni, macamana timbangan kanan kita nak memberat?

Pada saya, masa tu yang menentukan diri saya adalah JIHAD (melawan). Iaitu, diri kita kena lawan bisikan-bisikan hati kita tu. Mungkin cara anda berbeza dengan saya. Cara saya, perkara pertama saya kena buat bila ada bisikan hati macam tu mengganggu, adalah.... istighfar. Istighfarlah lebih daripada sekali. Sekali tu tak cukup utk melenyapkan dosa.

"Astaghfirullahal'azim.... Astaghfirullahal'azim.... Astaghfirullahal'azim...
Ya Allah, aku buat ini kerana-Mu.
Aku bertawakkal kepada-Mu agar diri ini ikhlas beramal kepada-Mu.
Aku mohon agar Kau jaga hatiku ini sehingga sesudah aku melakukan amal ini. Bersihkanlah niatku daripada perkara yang Engkau murka untuk aku lakukan. Janganlah pandangan mata manusia mengubah hatiku daripada terus melakukan kebaikan ini. Aku buat bukan kerana mereka. Aku hamba yg hina. Terimalah amalanku ini, ampunilah dosaku,"

Moga Allah terima.

Semuanya bergantung pada hati

Hati kita sahaja yang tahu sama ada kita ikhlas ataupun sebaliknya. Kadang tu, kita sendiri tak dapat nak pastikan sama ada apa yang kita buat ni betul-betul ikhlas ke? Sebab sifat was-was tu begitu dekat dengan hati. Sebab tu, kita tak boleh merasa senang dengan amal yang kita telah usahakan. Kita tak boleh rasa berpuas hati dengannya, sebab kita tak tahu di sudut penerimaan Allah s.w.t. tu pula bagaimana. Dalam hati ini perlu diawasi dan diseimbangkan dengan sifat khauf (takut) & juga raja' (harap).

Mudah-mudahan, dengan usaha kita utk selalu jaga hati dpd murka-Nya, dan agar sentiasa dalam redha-Nya, Allah terima amalan kita. Mudah-mudahan amalan itu tidak sia-sia disebabkan diri kita sendiri yang tak reti menjaganya. Bermujahadahlah...
Dan... Istiqamahlah.

Wallahu'alam.

Yang menulis,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
13 - 17 September 2019

No comments:

Post a Comment