Friday, September 13, 2019

Review Buku Ini Pun Allah Suka

Review Buku “Ini Pun Allah Suka” tulisan Muhammad Luqman Makhtar.
(Siri 2 : Solusi Hati)

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.

Alhamdulillah, hari ni saya khatam satu lagi buku dalam masa kurang sebulan!
Buku ni sangat bagus sebagai pengubat lupa kita pada sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang mudah (harian) yang kita mungkin terlepas pandang. Antaranya, iaitu sunnah menganan (memulakan sesuatu perbuatan dengan anggota badan sebelah kanan), zikir, memberi salam, etika bersin, menghargai masa, dan banyak lagi.

Bab menarik. Antara bab menarik dalam buku ini adalah “Testimoni Masa”. Bab ini tiada huraian, tetapi, penulis memanfaatkan bab ini dengan memuatkan koleksi ‘testimoni masa’ oleh para ulamak dan tidak terkecuali oleh ahli Barat. Dua daripadanya ingin saya kongsikan di sini, “Membazir masa lebih dahsyat daripada mati. Membazir masa akan memutuskan hubunganmu dengan Allah s.w.t dan akhirat, sedangkan mati hanya memutuskan hubunganmu dengan dunia dan ahlinya.” (ibnu al-Qayyim) dan “Sesiapa yang hendak bergembira dengan masa depannya, janganlah membazir dengan masa sekarang.” (Roger Bobson)

“Jangan Tunggu Haqqulyaqin”. Bab ini membuatkan kita fikir dan nilai sejenak tahap keyakinan kita pada Allah s.w.t.. Ada dua lagi tahap selain “haqqulyaqin” yang anda kena teroka (secara ringan) dalam buku ni. Nanti barulah, “Oh... aku baru tahu, yakin aku pada tahap ini sahaja. Aku kena tingkatkan lagi, untuk capai yang lebih tinggi,”

Sentap. Sebelum mengakhiri bacaan buku ni, penulis sempat memuatkan dua tajuk terakhir yang membuatkan hati tersentap. Tajuk-tajuknya adalah “Jangan Sampai Tidak Terkata Di Hadapan Allah s.w.t.,” dan “Anekdot – Masuk Syurga Dengan Rahmat-Nya,”. Telan air liur dibuatnya.

Jadi, buku ni saya sangat recommended. Sebab, isi dia ringan. Kalau ada anak-anak tu, adik-beradik atau kawan-kawan yg sedia layan dengar kita ‘berceramah’, boleh ambil isi daripada buku ini. Biar isi buku ini tidak hanya melekat pada kita, tapi, insyaAllah dapat lekat pada orang-orang yang kita sayang tu juga. Mudah-mudahan dengan baca buku ini dapat bantu kita tambah pahala, insyaAllah.
Wallahu’alam.

Yang memberi ulasan,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
13 September 2019

Mula baca – 18 Ogos 2019
Tamat baca – 13 September 2019

No comments:

Post a Comment