Thursday, September 17, 2020

HR Journey... Produktiviti

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Minggu ni dah mula dengar bos duk ulang-ulang perkataan produktiviti. Since Selasa lepas (hari ni Khamis). It's good, actually. Cuma on the other side nak kena capture staf boleh faham atau tidak. Faham yang boleh masuk ke hati dan mengalir kepada tindakan.

Bila kerja di retail company, begitulah. Kita nak kena adapt dengan level of understanding yang berkait rapat dengan educational background staf. Termasuklah communication barrier bila bekerja dengan foreign staff. Ya, memakan masa dan perlukan setinggi-tinggi kesabaran tapi insyaAllah. Yang penting setiap tindakan yang dilakukan kena pastikan menitikberatkan akhlak.

"Productivity Champion"

Hari ini lepas saya sendiri sentuh tentang produktiviti, bos mencelah, "Oh Mardiana, so you are the productivity champion ah. Yalaa... That is a HR supposed to be. You are the staff leader," Tergamam bila bos declared/announced macam tu. Ya. I supposed to, insyaAllah. MasyaAllah, weh besar kot tanggungjawab tu! Sebab, sudah tentu kita lah yang kena buat dulu. Kepimpinan melalui tauladan, kan. Terpulang pada kita, pilih nak jadi "leader syle" atau "manager style" Ok insyaAllah, I take that as a challenge, sir!

Lepastu, tengok muka staf lepas sir cakap camtu dyorg macam.. Sengihkan kita. Ohh... ingat saya nak melatah ke? ingat saya nak mengelak ke? No okay... InsyaAllah, macam biasa I'll try do my best okay! Tengok sahajalah nanti. Haha... 

I need to make a move on this, the productivity, sebab as a HR (juga), the reason is saya perlu analisa keperluan untuk menambah staf atau tidak (Manpower Planning). Saya perlu lebih observatif dengan cara yang sehikmah yang mungkin, with my own style. Supaya decision yang saya buat tu yang terbaik semampu saya. Andai still ada je yang macam tersalah, it's the process lah kan... Perfection is not my current goal. My current goal is a change.

Work together with them

Only by doing this saya boleh tahu efisiensi kerja diorang. Bukan tahu dari mulut orang lain yang biasanya banyak menambah perisa sahaja. Macam tadi, ada ke patut sorang staf tu mungkin nak bergurau juga ke apa... Dia cakap kawan dia tu tahu bagi masalah saja, kerja tak bagus... Kesian kawan tu. Memang ya banyak juga hal dia tu tapi... dia bukan tak buat kerja langsung nak pukul rata kerja dia macam tu sekali. Then, nak ambil hati staf tu, kenalah cover balik nak kasi pujuk and kasi semangat. Foreign staff.. harap dia faham lah apa yang saya sampaikan. Sis pakai bahasa Melayu je fluent sikit, ayat still terabur gak. Sis cuba... Hehe.

Orang takkan cakap pasal orang lain punya kerja tak bagus melainkan secara tak langsung nak bagitau kau punya kerja tu dah cukup bagus. Betul tak? Betul ke kerja kau tu bagus? Haha.. Terkena kat diri sendiri seyh.

Tadi try lah juga berjinak-jinak dengan satu lane, try buat facing, susun kasi tersusun barang-barang berbekalkan ilmu yang digarap masa training haritu. Lepastu lain pula jadinya, ada akak (one of the staff) tu tegur, "wah you nak beli ke," then I replied, "eh taklah.. saya tolong susun," nampak macam menyibuk dekat department tu. But I need to berterus-terang. Kadang untuk sesetengah perkara kita memang terpaksa tunjuk atau declare supaya orang sedar. I want they feel the sense of teamwork, walaupun dengan style menyibuk itu. Yang penting adalah hasil. InsyaAllah.

Matlamat

I want to see every of my staff happy working where they are. Memandang kerja itu satu perkara yang bermakna dalam hidup. Bukan setakat datang kerja buat kerja ala kadar lepastu balik. Lepastu esok ulang benda yang sama. Ya Rabbana... 

Sangat adventurous untuk saya terokai. InsyaAllah, harapannya ia masih dalam kemampuan diri saya. 8 jam bekerja itu masih perlu dibilah-bilah seadilnya. Allahuakbar. 

Selagi kita yakin usaha kita kalau dengan niat yang betul InsyaAllah Allah pasti turunkan bantuan atau ketenangan hati. Ya. Ada waktu tertentu (dan selalu) pasti akan tertekan juga. Ada masa macam hilang kawalan, tapi insyaAllah bila kita cari Allah, InsyaAllah Allah bagi lebih daripada itu. Pasti ada lah kurang kita tu dekat mana-mana yang Allah sedang berikan petunjuk, beri ruang untuk perbaiki.

InsyaAllah, Allah is there to ease this journey.

Catatan,
SMardianaMs.
29 Muharram 1442H,
17 September 2020.

Wednesday, September 16, 2020

Ia tidak hilang

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

"Mungkin ada sesuatu yang sedang hilang.
Membuatku jadi begini.
Yang hilang itu tak bermakna akan terus hilang. Yang hilang itu boleh dicari. Ya tak mustahil sebab Allah ada. Allah berkuasa. Apa kau sudah lupa Allah boleh buat apa saja? Dan apa kau lupa DOA itu senjata?
Kau baleh carinya semula. Kau boleh tariknya semula.
Ia sedang menantimu menemukannya.
Berilah kegembiraan kepada yang hilang itu bahawa kamu sudah menemukannya!

Ibarat permata yang tersorok di dalam tiram. Saya pasti dapat menemukannya!
I'll be the one who found it, not others, it'll be me! Yes, me!"

Make sense ke perumpamaan ni? Haha.
Whateverlah... I just can do it, InsyaAllah!

Mim.
Dah masuk 28 Muharram 1442H,
16 September 2020.

Please lah...
Apalah sedih-sedih.
Dah dapat kan mood tu?
So, cheer up! Smile back, my little dear self! Love you ❤️
Love myself, my best.

Tuesday, September 15, 2020

HR Journey... The day will come

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

InsyaAllah
I'll be successful one day!
With Allah's help.

Bersabarlah
Bertahanlah...
Berusahalah...
Mungkin bagi kamu usaha kamu kelihatan masih sedikit.
Tapi, yakinlah dengan sedikit demi sedikit itu yang akan membawa kepada hasil yang lebih besar, dgn izin dan bantuan Allah.

Usahlah bersedih
Andai tetap rebah, bangunlah semula.
Hari ini kamu boleh mampu berlari,
Bermula dengan langkah tatihmu ketika kamu kecil...
Hari ini malah kamu punyai bekalan iman
Yakin Allah ada, yakin Allah bantu.
"La hawla wala quwwata illa billah,"
Orang lain tiada, Allah ada melihatmu,
Mengasihanimu.

Jangan berduka lama-lama ya...
Biarlah secukupnya sahaja.
Jangan berhenti...
You'll achieve it soon, InsyaAllah!

Beginilah...
Andai kamu mungkin belum dapat menceburkan diri dalam perniagaan.
Anggaplah, usahamu pada kerjaya sekarang seperti perniagaan.
Ada orang mengambil masa untuk mendapatkan keuntungan berniaga.
Setiap hari ada kegagalan demi kegagalan. Jual pada hari ini tiada yg membeli. Tetapi, disebabkan tidak berputus asa dan usaha (bersama harapan kepada Allah), peniaga-peniaga itu boleh berjaya!
Perkukuh strategi bekerja. Ambillah pengajaran daripada kegagalan itu, susun ia sebagai strategi dan senjata.
Anggaplah kegagalan yang kamu kerap rasai ini juga sebegitu...
Jangan menyerah diri ya, wahai diri.
Ya... Ia mungkin mengambil masa,
InsyaAllah masa kemuncak itu akan tiba!
Teruskan bersabar dan berjuang... 
Ingat, kamu bawa agama.
Berjihadlah... Inilah medan perangmu.

InsyaAllah satu hari nanti kamu mampu tembak semula segala kekurangan yang kamu rasai itu. Bangkitlah!
Tembak, panah semula, penggallah segala kelemahan itu!

Jangan fikir perlu ada manusia yang melihat.
Fikirlah bahawa Allah dan malaikat yang sedang menyaksikan...
Usaha lagi untuk menyeimbangkan diri.
Tunaikan hak Allah.
Cari diri sendiri. Tunaikan hak Allah...
Tunaikan hak Allah...
Utamakan Allah. Lawanlah lagi dengan belenggu itu. Lawan!

Catatan,
SMardianaMs.
27 Muharram 1442H,
15 September 2020.

Oh Allah, please let me feel and get my strength back. I really need it... 
I beg You..
Am I stressing myself, ya Allah?
Please show me Your right path.
I really feel struggling myself here.
Please don't let the people be the reason to make me down. They shouldn't be... They are only objects that You use it to test me. I'm the subject. I shouldn't affected by them ya Allah. Then, I'll pass this test.
Plese open my eyes... Get me my strength.
Show me the light of success ya Allah.
I really feel alone in this journey..
Please send me Your soldiers ya Allah..
I need them to push me up to not let me fell onto the ground.

Yes, InsyaAllah the day will come.
Trust it!

Thursday, September 3, 2020

A Brave Heart

"A Brave Star 🌟"

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Sejak semalam tajuk tu muncul kat fikiran. Tapi, tak tahu reason. Sehingga sekarang, tak pasti sama ada kandungan post kali ini akan berkaitan atau tidak, tapi, jauh dalam dasar hati mengatakan "ya".

Ada satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan. 
Kebelakangan ni rasa susah untuk khusyuk solat. Nikmat ibadah seolah-olah semakin pudar. Tilawah al-Quran seolah-olah mula berlayar meninggalkan diri.
Bila solat, almost every time pasti lupa rakaat. Dan, ada yang lain yang lebih kerap diingati berbanding zikrullah mahupun selawat. This is not right.

I started to think about something.
It might related to a "thing".
But no one to blame, except myself.
Iman kita, bukan orang lain yang kena jaga, tapi kita sendiri. Buku hisab kita, kita seorang yang akan tanggung.
Kita tahu masa bila iman kita lemah, masa bila iman kita meningkat.
Kita sendiri yang tahu faktor apa yang mendorong ia menurun atau meningkat.
Hanya kita seorang dapat rasa saat kita jauh atau saat kita mendekat.
Tiada lain yang menjadi punca melainkan diri kita yang mengawalnya.
Yang pasti semua orang takkan sama. Bahkan kembar, bukankan begitu?

Agak berat untuk kita tinggalkan sesuatu yang manis untuk mendapatkan sesuatu yang lebih manis, namun bersifat ghaib (tidak mampu terlihat). Namun, sesuatu yang ingin dikecapi itu dijanjikan lebih manis, kerana yang menjanjikannya adalah Sang Pemerintah Seluruh Alam. Tiada yang dapat mengatasi-Nya, Pemilik Asmaul Husna.

Kerana yang memberi nyawa juga Dia.
Kerana yang memberi rasa cinta itu Dia.
Yang Maha Menemukan itu Dia.
Yang Maha Memelihara itu Dia.
Yang Maha Mewakili itu Dia.

Catatan,
SMardianaMs.
14 Muharram 1442H,
2 September 2020.

(Petikan muka depan eBook, "Kiat Membersihkan Hati Dari Kotoran & Maksiat" - Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah)

Duduk Sebentar Beriman Sejenak

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

"Ijlis bina tu'man sa'ah," (IBTS)

Ayat itu digunakan saat menyedari bahawa diri ini sudah tersasar daripada berzikir memuji Allah. Mungkin kerana kesibukan atau kelalaian duniawi. 

Rupa-rupanya, bila tak buat IBTS ni, ia efek kehidupan ini sendiri.
Bila tak buat IBTS, jadi tidak memikirkan tentang kemajuan dan pencapaian diri.
Yalah, sibuk cuba perbetulkan keadaan, tapi, tanpa IBTS, no evaluation.
IBTS adalah saat untuk merenung diri sendiri.
Ya, sepatutnya tujuan utama adalah untuk mengingati dan memuji Allah & berselawat ke atas Rasulullah s.a.w..
But, it is also the best time to reflect ourselves.

Tambat diri pada satu posisi, duduk.
Keluarkan tasbih, keluar buku dan pen.
Pegang tasbih, mulakan dengan zikir & selawat. Berzikir sambil menghayati makna zikir & selawat. Feel it. Buka jiwa yang sempit itu kepada kelapangan.
Kemudian, setelah mula merasai ketenangan dan sudah mencapai keadaan di mana diri sudah terasing dengan fikiran keduniaan, maka mulakanlah relate diri ini dengan Pencipta. Sejauh mana peningkatan reputasi diri dalam menunaikan hak kepada Allah.

List down one by one. Everything!
The pros and cons. To check and balance.
To modify and adjust.
The current routine, change it if supposed to. 

Janganlah berlebih-lebihan. Bersederhanalah, supaya tidak membebankan diri sehingga kesemuanya menuju kepada putus asa.

And... All the best!


Catatan,

SMardianaMs.

8 Muharram 1442H,

27 Ogos 2020.

"Hijrah,"

Sunday, August 30, 2020

Anniversary

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

The moment I write this post: Sedang on the way kembali ke Melaka, teratak ayahanda dan bonda.

*Gambar sekadar hiasan; ketika bermain dengan Fatimah Azzahra sementara menunggu orang lain sampai @Pontian.

Kononnya petang ini tekad untuk tidak tidur dalam perjalanan sebab mahu meluakkan bacaan buku "Sekalipun Benar Dia Pendosa," (Luqman Makhtar).
Seperti biasa, diselangi dengan memeriksa telefon pintar. 

Status Whatsapp kenalan dipilih untuk ditonton. Ada seorang adik yang dikenali semasa bekerja di klinik selalu post updates gambar-gambar dia dengan kawan-kawan (gegirl) dan juga famili. Yang istimewanya, emaknya juga bekerja di klinik itu. Yalah, jawatan kami (saya dengan adik tu) sama-sama "Pekerja Sambilan Harian" (PSH). Perkara macam tu memang tak pelik. Sebab, pengambilan PSH memang tak sama macam SPA, yang ada proses dan peringkat yang rasmi. PSH memang biasanya dalam kalangan kenalan-kenalan pekerja yang bekerja dekat satu-satu jabatan tu. Dia tak sama macam istilah "kabel" ni, sebab... Siapalah yang nak kejarkan sangat jawatan sambilan sehingga memerlukan kabel begitu. Gaji pun harian dan tiada kelebihan yang diperolehi melainkan bonus-bonus tahunan yang dibentangkan dalan Bajet Tahunan Negara.

Eh, panjang pulak cerita tentang PSH ni.
Alhamdulillah syukur, apa-apa pun, setiap pengalaman tak pernah merugikan, walaupun tak kisahlah gaji ikut hari mahupun tak ada OT.

Jadi, hari ini saya pun terlihat status terkini adik tu. Dia wish "Happy 22nd Anniversary!" dekat ibu dan ayah dia. Disertakan gambar yang satu dia bersama ibu dia dan satu lagi dia dengan ayah dia. Serba pink. Gambar masa raya, barangkali.

Suka tengok gelagat famili dyorang sebab adik tu anak sulung kepada dua orang adik lelakinya. Sorang adik dah besar dan sorang kecik lagi. Dyorang selalu post pasal gelagat kucing dyorang sekali. Comel saja!

Bila terlihat tu, tak tahu kenapa jadi terfikir secara deep. Dah 22 tahun pasangan akak tu (mak kepada adik tu) berjaya bertahan dan berbahagia. Dan dilengkapkan dengan 3 orang anak yang ada karenah masing-masing. 

Yalah kan, sebenarnya normal sahaja. Bila fikir mak ayah kita pun bertahan lama, apa peliknya... Mak and abah kahwin tahun 1982. Sekarang dah masuk 38 tahun ikatan perhubungan yang sah. Alhamdulillah Allah masih jaga hubungan mak dengan abah dan kami adik beradik. Dalam 38 tahun itu, tinggal 3 orang sahaja yang belum mendirikan rumah tangga. Didoakan moga Allah terus jaga, lindung dan pelihara sehingga ke syurga. InsyaAllah aamin.

Anniversary

Anniversary. Setahun kahwin dipanggil first anniversary. 2 tahun kahwin dipanggil 2nd anniversary. Dalam tempoh itu, direzekikan dapat zuriat, anniversary ketiga, diceriakan dengan seorang cahaya mata yang sudah berumur setahun lebih. Masa tu, tak tahulah dah berapa kali temujanji klinik dah dihadiri untuk kesihatan dan perkembangan anak semata-mata. Subhanallah. Kemudian 6 tahun berkahwin, mungkin sudah bertambah ahli keluarga yang kedua atau ketiga. Dan perhubungan bahagia itu always counting for the upcoming years... Until never ending.

Pasangan Hidup

Yang tersentuh pada minda adalah semua itu bergantung juga kepada siapakah pasangan kita. Adakah pasangan yang kita pilih itu benar-benar boleh bersama-sama dengan kita mengharungi bahtera yang should never end (till jannah) itu (melainkan ajal yang memisahkan). Adakah semasa membuat pilihan itu kita sudah benar-benar mengambil kira setiap sudut yang kita patut teliti dalam membuat keputusan untuk menghabiskan sisa hidup kita bersamanya.

Jika seseorang itu berkahwin pada umur 23 tahun, bermakna baki kehidupan selepas itu akan ditanggung bersama pasangannya. Kita anggarkan jangka hayat umat Rasulullah s.a.w. yang biasa disebut sehingga sekitar 60-70 tahun, bermakna selama 37 tahun dia kehidupannya adalah bersama pasangan (60-23=37). Bererti, tempoh dia dijaga rapi oleh ibu ayahnya hanya terhad setakat 23 tahun. Selebih hidupnya, jika dia seorang perempuan, dirinya ditanggung oleh suami yang dinikahinya. Jika dia seorang lelaki, makan minum dan urusan peribadinya dibantu oleh srikandi yang telah dia ambil daripada kedua ibu bapanya dengan janji bahawa dia akan menjaganya seluruh jiwanya.

Sebagai seorang yang sangat cetek ilmu munakahat apatah lagi tiada pengalaman bernikah, I wonder how it would happen to me one day? Am I ready? How should I be ready about this? Will I be really prepared when the day eventually comes?

Then, how about my life partner-to-be? Can we do this? Are we really preparing ourselves toward this? Are we carefully going through all aspects as we supposed to? Will we be ready to accept both weaknesses and strengths? Are we really get ready to hold tight oursleves to face throught this full of happiness and hardships together... forever? Allahu Muhaimin.

We should really think and prepare carefully about this. Usaha, doa dan bertawakkal. Usaha, doa dan tawakkal. Dan peringatan ketiga; usaha, doa dan tawakkal. Selebihnya kita serahkan urusan kita kepada Allah Al-Wakil. Sebelum kita diikat dengan yang namanya pernikahan, selagi itu Allah beri kita masa untuk melakukan persediaan. Menjaga akhlak yang sepatutnya supaya diiringi dengan barakah dan redha Allah. Bertaubat apa yang perlu. Bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Kemudian, Allah dengan 99 nama-Nya yang indah akan tetap memerhati, mendengar, melihat dan mengabulkan doa hamba-Nya yang berusaha ini. InsyaAllah, moga semuanya yang baik-baik dan.. terbaik!

Usaha

Apa usaha yang perlu dilakukan? For sure, a lot! Persediaan individual, persediaan bersama, dan persediaan famili. Persediaan mental, fizikal dan kewangan. Persediaan ilmu rumah tangga dan kerohanian. Persediaan menuju kematian yang baik. Persediaan itu, persediaan ini.. dan sebagainya!

Allahuakbar, banyak! Bayangkan bar tangki minyak kat kereta kalau ada 8 bar, atau 6 bar atau 4 bar bagi tangki penuh, jadi bagaimana pula jika diumpamakan dengan takat usaha kita kepada mahligai cinta itu?

InsyaAllah... Kita masih ada masa dan insyaAllah dengan perancangan dan persediaan yang rapi, diikuti dengan kita mengutamakan Allah, insyaAllah Allah tak akan sia-siakan usaha hamba-hamba-Nya. InsyaAllah. Saat kita terlajak bicara mahupun perbuatan, kita mohon Allah ampuni dosa kita. Dan sentiasa beri petunjuk untuk kita sentiasa perbaiki diri kita ke arah redha-Nya.

InsyaAllah.
InsyaAllah.
InsyaAllah.

Sekian sahaja.

Coretan,
SMardianaMs.
11 Muharram 1442H,
30 Ogos 2020 (birthday kak Mawar ❤️).

"Rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurratu a'yun waj'alna lil muttaqina imama,"

Betul lah... ada sebahagian orang akan merasai keinginan untuk memiliki anak sendiri terutamanya saat melayan atau melihat gelagat anak orang lain yang sedang membesar di hadapan mata mereka sendiri.

Wednesday, August 26, 2020

Ku Ingin Berubah

Lirik
Rabithah - Ku Ingin Berubah

"Allah, entah sampai bila?
Ku di ulit gelisah,
Diriku seakan rebah,
Bagai tiada arah,

Allah, aku mengakui,
Aku hamba hina,
Penuh dengan dosa,
Namun sampai bila?

Allah ku ingin berubah,
Namun amat payah,
Kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Betapa seksanya,
Tikaku berdosa,
Di ulit resah gelisah...

Oh, aku pernah cuba
Namun tak berjaya,
Ku masih ulangi,
Dosa dosaku lagi.

Allah, entah sampai bila?
Ku rebah bangkit rebah bangkit
KU INGIN BANGKIT SELAMANYA!
Tiada lagi rebah!

Allah ku ingin berubah,
Namun amat payah,
Kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Di sudut hatiku,
Ku cinta dirimu,
Hatiku rindu padamu.

Aku tidak tenang,
Selagi ku tak berlinang,
Air mata keinsafan..."

Selalu Untukmu

Lirik
If-One - Selalu Untukmu

"Bukan aku tak tahu
Bukan aku tak duga
Semuanya dalam cerita
Ada disetiap peristiwa

Bukan aku tak mencinta
Bukan aku membenci
Semua kita kan lalui
Kuat kan rasa dengan hati

Menangislah dibahu ku
Ku selalu ada untuk mu
Selamanya ada di hati ku

Selamanya kita akan bersua
Hingga akan ke syurga

Bukan salah mu
Bukan salah ku
Dosa kita jarakkan kita

Menangislah dibahu ku
Ku disini ada untuk mu
Menangislah dibahu ku
Ku disini hanya untuk mu

Menangis lah disisi ku
Ku selalu mendengar mu
Cerita kita diri kita
Hidup kita selamanya
Diri mu"

Playlist Walimah 240819

Tuesday, August 25, 2020

Jadi Yang Boleh Diharap

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Topik kali ni adalah umum. Boleh jadi berlaku di tempat kerja, di rumah sewa, di rumah (home sweet home), dalam pasukan, dalam persahabatan dan yang seangkatan lah, mahupun di tengah-tengah jalan yang kita tidak kenal pun tetapi ada seseorang yang datang pada kita dengan keperluan yang tersendiri.

Apa perasaan kita bila seseorang datang kepada kita mengharapkan pertolongan. Barangkali dia dalam kesempitan mungkin dari segi kewangan; sesat jalan (di tempat awam); seseorang itu terlalu sibuk lalu memerlukan bantuan kita untuk melakukan sebahagian kerja yang sepatutnya kerja dia; atau seseorang yang kerap menyuruh kita melakukan segala perkara sedangkan orang lain yang ada tidak diberi tugasan sebanyak itu (terutamanya merujuk kepada ibunda tercinta kita)?

Mungkin kita akan menjawab...
"Saya sibuklah,"
"Sorry, tak dapat tolong,"
"Kerja kau, kau buatlah,"
"Aku pun ada kerja aku,"
"Buat sendirilah,"
"Tangan ini cuma ada dua,"
"Tidak habis buat yang ini, kau dah suruh buat yang ini,"
Allahuakbar...

Sangka-sangka

Mungkin sebahagian jiwa kita mengatakan bahawa orang itu mula mengambil kesempatan ke atas diri kita.
Tapi... Terserah kepada kita. Bagi saya, semua itu bergantung kepada diri kita dalam melihatnya. Dan perlu ingat, sangkaan itulah yang akan membentuk tindakan kita pada masa mendatang. Kalau kita bersangka baik, mungkin kita akan melakukannya dengan berlapang dada (tenang), tapi jika sebaliknya, nampaknya terpaksalah kita lakukannya dengan rasa berat hati, tidak ikhlas, adanya penambahan bagi prasangka yang lain dan sampai ke sudah dihasut-hasut dengan bisikan syaitan yang mahukan persengketaan. Hasilnya barangkali di jiwa ini akan berasa tidak puas hati yang membuak-buak. Dan mungkin menunggu masa untuk meletus untuk menzahirkan amarah yang telah lama dipendam. Atau barangkali juga berakhir dengan diam tidak bertegur sapa. Dua-dua itu terletak pada pilihan kita. Ibarat jalan kanan atau kiri yang ingin kita belok.

Tetap perlu bijak membezakan atau meletakkan sempadan

Walaubagaimana kita berusaha untuk melakukan sesuatu kebajikan dengan niat kerana Allah itu, tidak dapat disangkal bahawa kita perlu tetap meletakkan sempadannya. Saya tidak mahu kata semua perkara ada hadnya, tetapi bak kata orang setiap sesuatu perlu dilakukan dengan berpada-pada (dengan rasionalisasi tersendiri). Di sini saya tidaklah pula bermaksud melawan perintah Allah untuk "fastabiqul khairat" (berlumba-lumba melakukan kebaikan) cuma perlu dalam menggunakan kebijaksaan dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Kita tetap perlu melihat kepada keutamaan atau prioriti. Mengutamakan perkara yang lebih utama.

Tapi kadang tu, apabila melihatkan perkara yang boleh dibantu itu lebih mudah atau tidak mengambil masa, apa salahnya kita lakukan sebentar. Berbanding kita sedang menghadap perkara yang rumit untuk diselesaikan. Dari 2 jam perkara rumit yg tidak kunjung selesai, ambillah 5 minit sebentar untuk kita memenuhi hajat seseorang. Subhanallah, terlalu indah jika kita dapat fikir ganjaran yang Allah akan beri kita bila kita berjaya memenuhi hajat seseorang dengan ikhlas. Tidak perlu pada penghargaan si peminta, cukup dengan kita berbaik sangka pada limpahan rahmat yang Allah akan beri kepada kita. Allah Maha Baik, tidak terucap banyak mana nikmat yang Allah telah beri pada kita, masyaAllah. Hanya dengan 5 minit, hati yang gelisah melakukan perkara rumit dapat dilapangkan dengan memudahkan urusan orang lain. Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil'azim, baiknya Allah kat kita.

Apabila memenuhi hajat seseorang, perasaan yang perlu diletak tepi adalah "berkira-kira". That's why, apabila melakukan sesuatu perlu perbetul dan perjelas niat. Kalau kita fikir buat kerana orang, kita mudah berkira sebab mungkin akan fikir "apa pulangan yang aku akan dapat?" Itu normal kan... Life is about give and take

Kalau dah namanya orang tu yang minta, memanglah buat kerana orang, macamana nak kata buat kerana Allah? 
- Yup. Secara zahir memang begitu yang kita nampak, kan. Tapi, bukankah segala yang berlaku di atas muka bumi ini, adalah atas aturan Allah. Apa yang hadir atau datang pada kita pada satu-satu masa yang nampak tidak diminta, dijangka, semua itu telah Allah rancang untuk kita. Perancangan Allah tidak pernah tidak cantik andai kita sentiasa cari dan mencari hikmah di atas setiap yang berlaku. Everything must be a reason! 🌟
Allah datangkan seseorang pada kita itu hanyalah sebagai "objek"/asbab untuk menguji kita. Ya lah, bukankah kita hidup di dunia ini untuk diuji? "Subjek"-nya adalah what would we do with the object that Allah amanahkan to us. Ha kan dah bercampur baur bahasa tu. Biasalah kan... Hehe. Yang penting, sampai maksudnya.

Berbalik kepada keutamaan. Ya, at the end of the day kalau kita bantu orang pun, kita kena bijak seimbangkan masa mengikut keutamaan. Jangan mudah meletakkan janji untuk membantu orang. Tapi, dengan sebut "insyaAllah" (bukan style Melayu punya maksud) iaitu berusaha untuk melakukannya dengan kesempatan dan kemampuan yang ada. Jika perlu menolak kerana kita pun ada amanah yang lebih utama disiapkan, tolak dengan cara baik. Perkataan "maaf" itu melembutkan hati. Jadi, ringankanlah pada bibir walaupun tak ada salah pun di situ. Gunakan sebagai akhlak tidak semestinya perlu ada sebab konkrit sampai perlu ada hujah. "Selama-lamanya, kelembutan takkan tunduk dengan kekerasan" (dalam drama "Warkah Cinta" kalau tidak silap.. haha). Begitulah...

Kepuasan

Selain dengan hanya memikirkan ganjaran yang bakal menanti kita di sisi Allah, sebenarnya bibit-bibit rahmat yang Allah beri pada kita dapat dirasai seawal dapat melihat orang yang kita bantu itu gembira. Bila hajat terlaksana, tidakkah seseorang itu akan berasa tersangat-sangat gembira. Bayangkan kita dapat selesaikan masalah yang mereka tidak dapat selesaikan seorang diri. Subhanallah, ibarat diri kitalah... Saat kita tersangatlah perlukan bantuan seseorang, tiba-tiba, ada seseorang datang menjadi pemudah cara. Tidakkah kita bersa sangat lega dan bersyukur. Kekusutan dapat diuraikan satu per satu. Kadang kita datang dengan 10 keserabutan yang memang kita buntu tidak jumpa jalan penyelesaian dan hanya dengan seorang yang kita jumpa itu dia boleh bantu kita selesaikannya dalam masa yang tersangat singkat, masyaAllah! Ya, kadang kita tak mampu lakukan seorang diri... 

Sebab itu kita kena ada hubungan baik dengan semua orang. Jaga akhlak kita, bicara kita, pandangan kita, tindakan kita dan keputusan kita, kerana barangkali kita akan memerlukan bantuannya. Adalah sifat lumrah manusia, siapa yang gemar ada orang yang minta bantuan daripada kita sedangkan dia itu berbuat buruk pada kita? Kita akan berkira-kira, bukan? "Aku tolong kau, nanti kau malah menyusahkan aku juga nanti," (astaghfirullahalazim.. yalah kita pun manusia kan..haha) Jadi semuanya akan ibarat roda yang berputar-putar. Hari ini hari kita, esok hari dia pula. Sentiasa berbuat baik tak kira tempat, masa dan keadaan. Jadi, jika roda itu berputar, insyaAllah akan terberhenti untuk turn kita pada tempat yang sesuai. 

Kepercayaan

Tidak semua orang, seseorang itu akan cenderung untuk meminta tolong melainkan dia ada yang dinamakan "kepercayaan". Dalam banyak-banyak orang, kenapa kita? Why me?

Dia boleh jadi dua sebab sebenarnya.. sama ada kita memang orang pertama yang diminta tolong atau sebenarnya orang itu dah cuba cari orang lain dahulu tetapi kitalah jua "mangsa" terakhirnya. Haha. Tak baik kata mangsa. Padahal, kitalah orang yang paling bertuah bila dapat tolong dia (eceh). 

Perkara yang melibatkan kepercayaan ini mengingatkan saya kepada famili. Eh, bukanlah bermaksud dalam famili ada percaya atau tidak percaya. Kita lihat pada pengurusan rumah. Kat rumah tidak sama dengan tempat kerja yang ada tugasan hakiki, job description dan sebagainya yang kita perlu buat just follow the specified tasks sahaja. Di rumah, kita lebih kepada.... melakukannya atas kesedaran atau tanggungjawab diri sendiri pada rumah mahupun dalam menjunjung perintah 'mam' besar (mak). Hehe.

Yalah, kadang adik-beradik ramai yang ada tapi kitaaaaa juga yang disuruhnya. Lepas itu, bukan 1-2, tapi semua! Kadang rasa tak menang tangan, dan tak patut pun ada. Tapi.... Dialah ibunda tercinta kita. Untung dalam ramai-ramai, kita juga yang boleh diharap... Walaupun sedikit slow bila buat seorang diri. Penat kan, lepas satu, satu. Bayangkan ibu kita kat minda cuma terpetik nama kita sahaja untuk suruh buat itu ini. Bukan sebab pilih kasih, engkau kuli dan dia putera/puteri.

Kadang, sebab seorang ibu itu sudah terkesan dengan anaknya yang lain, sebab itu cari kita. Terkesan yang macamana tu?
Ya. Terkesanlah sebagai contoh, ibu kita tahu jika dia minta pada anak yang A, begini responnya; jika suruh pada yang B, sibuk buat hal sendiri; manakala yang lain pula lain cara pedulinya. Dan ada juga ibu kita berasa segan dengan sesetengah anak perempuan yang sudah ada suami untuk disuruhnya, ibunda berasa segan nak beri arahan mengatasi si suami kepada anak. Ada juga yang ibu segan menyuruh anak yang banyak beri duit padanya. Moga kita, mak kita tak pernah rasa segan seperti itu. Siapalah kita untuk mak rasa segan pada kita melainkan kita yang cipta keadaan itu? Kita yang buat ibu kita segan. Astaghfirullahalazim. Patutnya kita adalah hak mak ayah untuk berbuat apa sahaja. Kerana tugas kita untuk berbakti kepada kedua ibu bapa yang sudah bersusah payah dan berkorban banyak untuk kita. *Termasuklah jua ibu bapa yang sebahagian kita punyai kisah tersendiri dibuang, tetapi tetap kewajipannya untuk berbakti kerana itu arahan Allah dan nabi s.a.w.. Kewajipan seorang anak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa tidak kira andai ibu bapa mereka telah dahulu berbuat jahat pada mereka melainkan jika disuruh melakukan perkara yang Allah larang yakni melampaui batas.

Jadi berbalik kepada tadi, mak kita suruh kita sebab beliau percaya pada kita. Yang tak mampu dibuat seperti disuruh itu tidak mengapalah. Cuba lagi. Atau mohonlah maaf kepadanya kerana tidak mampu. Jagalah tutur bicara kita di hadapan mereka; kerna hati mereka semakin sensitif. Ibu bapa kita sudah semakin tua, namun banyak perkara yang mereka ingin capai yang tidak mampu lagi dibuat oleh mereka. Jadi, kitalah harapan mereka untuk mereka dapat lihat keinginan mereka tercapai. Bukankah akan menimbulkan kesenangan pada hati mereka?

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. InsyaAllah bila mak abah senang hati dengan kita, Allah pun akan senang dengan kita dan limpahkan rahmat-Nya mencurah curah ibarat hujan lebat yang melimpahi bumi, nikmatnya. Sebab itulah kita jalani hari-hari kita di mana-mana pun Allah mudahkan. Sebab yang satu itu; iaitu sebab kita dah bagi hati mak dan abah senang dan tenteram ❤️

Akhirul kalam

Jangan cepat sangat kata tak boleh tolong. Sebaliknya, fikirlah sebentar sama ada kita benar-benar boleh tolong atau tidak. Bila kita mudahkan urusan orang, insyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita. Bila kita tutup aib orang, insyaAllah Allah pelihara aib kita.

Bila kita sabar menanti jodoh, insyaAllah jodoh yang terbaik akan sampai tepat pada masanya... Eh!

Baiklah, sekian sahaja.
Semoga bermanfaat kepada diri saya dan anda yang membaca juga.

Catatan,
SMardianaMs.
6 Muharram 1442H,
25 Ogos 2020.

Dah mula go through one by one matlamat tahun hijrah yang baru ini ke belum?? Tak mengapa, pelan-pelan kayuh. Moga Allah mudahkan urusan kita semuanya! 

Saturday, August 22, 2020

Sisi Yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Yakinilah,
Seburuk mana pun fi'il dan akhlak seseorang itu, pada mereka tetap ada sisi yang baik.

Barangkali ujian kehidupan mendorong mereka kepada melakukan perkara yang tidak baik. 
Barangkali bukan atas kehendak mereka.
Barangkali mereka kesempitan, terpaksa.

Ciptalah 70 alasan untuk berbaik sangka kepada manusia.
Itulah yang agama ajarkan.

Mungkin sukar tetapi usahakanlah.
Kerana Allah menilai usahamu.
Pandanglah manusia dengan pandangan kasih sayang.

Naluri.
Naluri adalah sesuatu yang menggerakkan hati untuk melakukan perkara yang baik.
Cuma... Ia tetap bergantung kepada pilihan. Jika naluri itu yang dipilihnya, InsyaAllah jalan yang dilaluinya tepat meskipun berduri.
Jika sebaliknya, mungkin jalan itu indah tapi disulami kebinasaan.
Namun, tetap jika seseorang hamba itu kembali, sesungguhnya Allah Maha Mengasihani lagi Maha Mengampuni.

Sekian.

Nukilan,
SMardianaMs.
3 Muharram 1442H,
22 Julai 2020.
Masih berusaha untuk menyelesaikan bacaan buku "Maaf Tuhan, Kami Sedang Sibuk!" buat kali kedua kerana pada kali pertama (03/03/20-07/04/20) tidak sempat untuk menulis review hasil pembacaan. Rabbi yassir wala tu'assir.

Thursday, August 20, 2020

HR Journey... Solat Hajat

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Mak selalu pesan sebelum berpisah untuk kembali ke kota, "buat solat hajat,".
Mak selalu/sentiasa pesan walaupun tak ada spesifik tujuan mak bagi, tak kiralah mak tahu anak dia tengah ada masalah atau tak ada pun, atau mungkin juga muka ini nampak...bermasalah. Naluri ibu jarang/tak pernah salah.

Masa senang, kadang tak tahu nak hajatkan apa. Sebab mungkin rasa dah cukup. But, when it comes to hardship, that advice always rolling around the head. Dan masa tu selalu seolah-olah tak sempat untuk buat solat hajat pula. Dan pasti fikir, "aku patut hajatkan lebih awal lagi,"
Betapa menguji dan memanipulasinya dunia ini.
Tipu daya, helah dunia.
Saya tak mahu kalah dengan dunia.

HR & Admin - career

Alhamdulillah, saya dah melepasi 3 bulan pertama. Too adventurous to learn. But, yet more challenges are coming non stop, tanpa belas ihsan. Kerana Yang Maha Mengasihani cuma Allah. Bila bekerja dengan manusia, apa yang kita boleh harapkan? Setiap manusia ada kepentingan tersendiri. Bukan sebab siapa salah siapa betul. It's about give and take. Tapi, bukan semua orang ada kesedaran ke situ, kerana mereka terlalu sibuk memikirkan hal mereka. Mungkin sebahagian manusia merasai kehidupan sosial (bermasyarakat) bukan suatu yang penting, jadi mereka hanya lihat pada skala kecil, iaitu diri mereka atau keluarga mereka. Dan bagi mereka manusia lain takkan beri apa-apa kesan pada mereka. Mereka tak sedar orang lain telah penat dengan fi'il mereka. Jika benar tidak mengganggu/membebankan tidak mengapalah.

Saya tak sangka ia menjadi semakin berat untuk dipikul. Tapi, saya yakin Allah tengah ajarkan saya sesuatu. Tanpa keyakinan ini, na'uzubillah saya tak tahu ke mana jalan yang saya pilih. Alhamdulillah syukur, walau sehina mana hamba-Nya ini dalam melakukan taat kepada-Nya tapi Dia tetap mencurahkan rahmat-Nya. Memberikan cahaya pada hati yang sedang ditimpa kegelapan. Haza min fadhli Rabbi. Moga Allah terus ikat saya pada tali rahmat-Nya. Dan moga kita tidak sekalipun lupa untuk sentiasa kembali (bertaubat) kepada-Nya. Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita patut kembali.

HR Journey - blogging

Sudah lama saya mahu mewarnai blog saya dengan pengalaman yang saya lalui dalam bidang baru ini. Bukan tempat untuk meluah rasa jika ada tapi tempat untuk saya sematkan secebis kekuatan dan satu per satu pengajaran atau pembelajaran yang saya dapat. Tapi, saya akui kelemahan untuk menyempatkan diri untuk tujuan ini. Semuanya masih tersenarai dalam fikiran. Terlalu banyak aspek pada urusan kerja yang perlu difikir dalam tempoh 9 jam bekerja lalu dibawa ke rumah dan tidak berkesudahan. Alhamdulillah mujur Allah beri nikmat tidur pada malam hari.

Ya. Nak menyusun ayat pun perlukan masa. Supaya yang terhasil itu yang terbaik yang boleh. Suntingan tetap boleh dibuat daripada semasa ke semasa.

- When HR mix with Admin

Berbelah-belah bahagi diri saya apabila saya perlu perform kedua-duanya serentak. Kedua-duanya bukannya datang ikut turn, tapi bercampur baur dalam 9 jam keberadaan saya di pejabat.

Bezanya, kerja admin kebiasaannya bermain dengan data. Perlukan fokus agar tidak tersilap perkiraan atau analisa dan kemasukan data dengan tepat.
Lalu, didatangi pula dengan perkara yang bekaitan HR. Konsultasi, daya mendengar, memahami, membina kronologi dan keperluan untuk membuat keputusan pada waktu yang singkat begitu menyesakkan dada, memeningkan kepala.
Two absolutely vice versa scope of jobs to be mixed to produce an "ice cream". What flavour of ice cream it would be?
MasyaAllah, Allahuakbar.

Selalu rasa syukur akan hikmah ditempatkan di dalam isolated office. I can scream whenever I want, I can flood into tears as much as I need to get the spirit back, as long as the line is clear. And also, I can smile the widest that I can when I feel comforted. But, suddenly people still come tanpa diingini (walaupun diduga). Tetapi itulah kerja of mine. Dan kerja perlu diteruskan... Ya, perlu sentiasa pasakkan bahawa kerja itu ibadah... kerja ini ibadah... saya sedang beribadah.. dan ada yang menanti saya kelak dengan kesabaran yang saya perjuangkan. No more keluhan should be allowed. Walaupun "argggh," sakitnya menahan kesabaran itu.

Walau apa pun berlaku, "La hawla wala quwwata illa billah," diulang-ulangi.

Dan,
Baiklah.
Cukuplah untuk yang pertama didahulukan ini. Seperti biasa. Terkadang tajuk hanya sebagai mukadimah, selebihnya adalah huraian yang berjurai. Apalah... 

Tapi, tidak mengapa. Mungkin ada hamba Allah yang boleh memahami dan mengambil manfaat. Kita tunggu hasilnya di akhirat nanti, insyaAllah.

Nukilan,
SMardianaMs.
2 Muharram 1442H (telah masuk),
20 Julai 2020.
Sentiasa mengendahkan masalah dengan melihat bahawa nikmat yang Allah telah beri lebih besar mengatasi segalanya. Dengan syukur, insyaAllah ada redha dan ketenangan ❤️

Tuesday, August 11, 2020

Hujan yang beberapa saat

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Pagi tadi, semasa sedang bersarapan, kedengaran rintik hujan yang merenjis-renjis pada atap rumah sebelah. Berteka-teki, "hujan ke tu?"
Dan, eventually it's answered. Sekawan hujan menyimbah rumah.

Ya. Dah lama tak hujan.
Alhamdulillah, mujur juga sebab ditakdirkan mesen basuh rosak, memerlukan siang yang kering berbanding siang yang basah.

Sejemput demi sejemput nasi disuap ke dalam mulut. Ya Allah, Engkau datangkan hujan pada hari kemuncak ini? Kemuncak yang merujuk kepada acara penting tahunan di tempat kerja.
Adakah ini petanda rahmat-Mu pada hari ini? 

Aku tak ingat saat itu aku sempat melafazkan, "Allahumma soyyiban nafi'a," atau tidak. Tetapi, minda memang ada menjurus ke situ.

Selesai makan, aku bergegas untuk keluar rumah. Payung sudah tersedia. Aku melintasi jalan sehala di hadapan rumah berlindungkan payung.

Tren tidak sampai lagi. Ku cari posisi terbaik merakam peristiwa.
Sebelum tren yang dinaiki memasuki terowong, aku menyedari hujan mulai berhenti. Jalanraya kulihat tidaklah basah mana. "Is this really happening?"

Apa petunjuk ini, ya Allah?
Benarkah ia sudah berhenti?

"Aku berhajat sungguh pada hari ini agar dipermudahkan urusan acara penting di tempat kerja.
Allah telah hantar hujan sebagai saat makbul doa.
Siapa menyedari, hujan itu hanya diizinkan seketika.
Seperti sekelip mata.
Beruntung bagi yang sempat memanjatkan doanya pada Allah..
Namun,
Rugi bagi yang tidak memerhatikan dan memanfaatkannya..
Dan... Saya yang mana satu?"
(Selalu bertukar penggunaan "aku" dan "saya" bila dengan Allah. "Aku" dengan nada bertegas kepada diri; "saya" dengan nada melemahkan/memanjakan diri kepada Allah)

Aku masih meragui apa hujan benar-benar berhenti? Seperti hadir rasa bimbang. Bimbang, kerana jika tergolong dalam orang yang rugi daripada tawaran masa "ajaib" oleh-Nya.

"Stesen berikutnya, Pasar Seni."
Debaran menanti tren keluar terowong. 

Ya. Hujan benar-benar telah selesai menunaikan tugasannya. I missed the few  moment of raining just now. Tidak saya sangka. Ia benar-benar menyinggah begitu sahaja. 

I'm sure... Allah was telling me something. And it could be anything.
Anything to ponder...

Sekian.

Catatan,
SMardianaMs
11 Ogos 2020,
22 Zulhijjah 1441H.
Dah nak habis Zulhijjah... Erm.

Thursday, August 6, 2020

Inisiatif Membawa Kepada Solusi

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Kaifa halkum?
Semua ok di sana?

Hari ni nak share sedikit pengajaran yang diambil daripada peristiwa 24 jam yang berlaku ke atas diri saya (dan rakan serumah secara umum). Eh, bukan kesemuanya.. tapi, satu masalah lah.

- Kenyataan Masalah -

Malam semalam saya telah menyedari dekat rumah terputus bekalan air sekitar pukul 12.30 malam. Ya, tiba-tiba dengan tidak ada notis atau apa. Untuk permulaan saya berbaik sangka sahajalah, insyaAllah mungkin esok pagi dah ada semula. At least kalau pressure air tak kuat, dapat air low pressure pun tak apalah, asalkan ada water flow from the pipes. Sebab fikir susah bila nak bersihkan diri atau ambil wudhuk ke apa bila tak ada bekalan air paip. Sebaldi pakaian sedang direndam sejak beberapa jam sebelum itu. Dalam hati, "terpaksalah tunda malam esok... Itu pun kalaulah air tak ada masalah lagi,"

Sebab sudah malam, kita pun tidurlah dengan mengharapkan sesuatu yang menggembirakan hati esok pagi. However, bila bangun tidur dan periksa pili air, keadaan tak berubah. Tong-tong air bawah singki dapur kupandang. Dalam hati, "nak taknak, kenalah hadap juga..."

Alhamdulillah, selesai jugalah membersihkan diri ala kadar sebab bila tak tahu bila air akan ada semula, kita kenalah berjimat cermat. Sempat jugalah bermuhasabah, "tak apa... Bayangkan org negara-negara yg langsung bekalan air terbatas tu, macamana diorang boleh survive?" Hmm... Aku redha..

- Refleksi -

Part ambil wudhuk, lagilah (haha). "Betul ke tidak cara ni?" (macam bertayamum) Teringatkan seorang housemate yang baru-baru ni naik Bukit Berekeh and sambut sunrise di atas bukit tu. Bila ditanya macamana dia ambil wudhuk utk solat subuh masa tu? Then dia jawab; sorang tuangkan air (dlm botol mineral macam tu) dan dan lagi sorang ambillah wudhuk. Bagusnya. Bagi kita yang tidak biasa ni, masih meragui sama ada kita boleh hadap ke tidak situasi macam tu. Samalah juga akan terrefleksi tempoh keterujaan pada bidang kesukarelawanan tahun lepas. Kalau turun di lapangan kesukarelawanan, perkara-perkara rumit macam tulah yang bakal dihadapi sepanjang misi contohnya macam misi bantuan banjir atau sukarelawan-sukarelawan yang pergi ke negara-negara darurat atau miskin tu. Memang tak akan menjamin keselesaan, malah sebaliknya sudah tentu.

- Terdesak -

Sambung semula keadaanya bila saya balik kerja. Dekat fikiran ni cuma ada persoalan, "sudah ada air ke belum?" Dalam pada itu, sempat juga menghubungi jiran depan rumah berkenaan masalah air yang dihadapi. Dia kata rumah dia tak ada masalah pun. Akak tu offer bantuan, bila balik kerja nanti panggil dia untuk check meter air sama-sama. Tapi, sebab balik dah lambat (sudah maghrib), kita pun dah tidak sempat untuk mengganggu masa akak tu sebab fikir nak setelkan solat Maghrib dan Isya' dengan satu wudhuk. After setel solat Isya' pula terus pengsan (tertidur) akibat frust dan kepenatan seharian.

Seperti yang sering diperkatakan, "masa lapang jangan tunggu sempit," tapi tulah juga yang dibuatnya. Tapi, alhamdulillah mujur Allah sudi kejutkan jugalah pada sekitar pukul 12.30 malam. Soalan pertama dekat roommate yang nampaknya belum tidur lagi, "air dah ada ke?" Namun, jawapan yang tidak diingini itulah yang diberi.

Saya mula berasa tidak puas hati. Pelik, bingung semua ada. "Sampai bila ni?" I couldn't stand anymore. Dah mula fikir macam-macam. Bila dah "dare" tu, sangguplah kacau careline Air Selangor. Saya cari bil air, dapat no. telefon dan serta merta saya call. Sebelum tu sempat bagitau roommate tu yang, "Mar dah tak tahan.. Mar nak call juga," Roommate kata ada ke orang malam-malam? Of course lah kena ada, kan!

Talian dibuat. Kedengaran suara orang lelaki yang menjawab. Ok, bertenang ya Mardiana... Aduan mula disampaikan dengan nada buntu. Operator tu tanya, "jiran-jiran macamana?" Saya tak tak boleh lupa jawapan yang tidak berapa matang yang saya bagi, "rumah depan ada air mungkin sebab rumah dia ada tangki. Rumah sebelah pula, macam dengar rumah diyorg guna air pun tak meriah," (hahaha) Operator tu kata, memang tak ada sesiapa pun melaporkan apa-apa kejadian yang sama. Masa tu fikir, "ah sudah..."
Kemudian, operator tu suruh buat something yang seolah-olah terkena balik pada diri saya, "ada check main pipe?" Arghh.. (haha) Soalan yang berpotensi untuk memalukan diri! Sebab saya memang tak ada buat sedangkan akak depan rumah ada sebut... Aduhai. "Erm... Saya tak ada check pulak," dia suruh saya check. Tengok sekeliling, masing-masing housemates and roommate sudah diulik mimpi. "Saya kena buat sorang-sorang jugalah ni," dalam hati. Operator tu tunggu.

"Bismillahirrahmanirrahim,,,," semua lampu luar dipasang. Tapi, masih gelap. Syukur... Syukur... "Malam masih muda ni, Mardiana... Jangan risau. If anything happen kalau awak jerit insyaAllah ada lagi orang boleh trigger," kata hati lagi. Tidak tahulah berapa kali pusing agaknya kat belakang rumah ni tak jumpa pulak meter air. Arghh. Operator tu tengah tunggu tu. Saya masuk dalam, saya bagitau operator tu saya nak cari dulu meter air sebab tak jumpa dan saya kata saya akan call balik. Orang tu sempat nasihat pada saya untuk cari main pipe yang betul-betul kat meter air dan kalau masih betul-betul bermasalah boleh hubungi semula. Masa tu dah fikir, "mater air biasanya kat depan rumah, ada ke kat belakang rumah macam saya cari tadi?" waduh... Kena cari lagi sampai jumpa!

Keluar sekali lagi. I went to front of house inside the gate border and saw no water meter. "Kena keluar pagar juga ke?" Bismillahitawakkaltu 'alallah... First attempt, masuk dalam rumah check air ada keluar sikit. Tapi tak lama tu dia lesap. Tak boleh jadi ni..... Ni ada petanda yang sepanjang saya pusing-pusingkan beberapa pili air kat luar rumah tadi mesti ada satu yang punca. Second attempt, saya keluar pergi usaha kali ke berapa pun tak tahu, pergi dekat semua paip yang saya boleh pusing-pusingkan sampailah yang last ke meter air luar pagar tu. Ada dua main pipe untuk rumah depan, dan rumah belakang. Mana satu kita tak tahu kenalah cuba satu per satu.

Ya Allah! Bertuah... Memang main pipe tu ada ada yang kacau! Bila dapat rasa water pressure daripada pili tu ya Allah rasa macam darah dalam badan ni baru boleh circulate dengan normal. Akhirnya! (Alhamdulillah)

Perasaan sakit hati memang ada. Satu, rasa dianiaya. Dua, rasa diri ni diperbodohkan. Siapalah gerangan yang melakukanya? Apakah dia sengaja atau tidak sengaja?
Tak cukup dengan dua perasaan tu, perasaan kesal sebab tak bertindak lagi awal tu, masyaAllah lagilah tak terkata. Fool you, Mardiana. Astaghfirullahalazim. Kalau mak tahu tindakan bertangguh yang saya telah buat ni... Hmmm.

- Pengajaran -

1. Bertindak serta merta. Jangan tunggu dah sehari baru nak bertindak. Bermakna sudah rugi sehari.
- kalau dah tahu ada no. careline untuk dihubungi. Terus hubungi. Jangan tunggu orang lain buat. Ingat orang lain peduli ke?

2. Jangan bertangguh.
- dah tahu alternatif/usaha yang boleh dilakukan tu kena buat terus! Tak payah lah nak layan frust ke apa kebenda ke, jangan nak merepeklah nak melayan emosi tu. Awak tak buat, awak yang rugi lah! Pastu, sendiri yang akan menyesal. Orang lain kisah apa. Keadaan terdesak awak tu tak sama level dengan orang lain. So, tak payah tunggu orang lain kalau awak boleh bertindak sendiri! Ingat tu... Jangan lupa pula.. haih.

Sekian sahaja. Wallahu'alam.

Coretan,
SMardianaMs.
6 Ogos 2020,
16 Zulhijjah 1441H.

Jadilah bijak, Mardiana.
"Fabiayyi ala irabbikuma tukazziban,"

Saturday, August 1, 2020

Begini Perasaannya Awwalan Aidil Adha 1441H

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.

Alhamdulillah, thanks to Allah for boosting up my spirit tonight :)

Syawal 1441H

Syawal haritu, takbir raya pertama disambut di dalam kereta ketika dalam perjalanan bersama kakcik utk ke rumah makcik di Banting. Ya, raya tahun ni tidak sama dengan tahun-tahun sebelum ini. Ujian Allah bagi buat seluruh umat manusia seluruh dunia. It is Covid-19, friends. We just couldn't go home to celebrate it with our dearest parents. Jadilah saya dan kakcik membawa diri kami menziarahi makcik-pakcik yg paling rapat dalam sempadan negeri. Mujur, Allah tinggalkan juga kakcik, as my sibling that could be with me to experience it together.

Syukur,, sebab within that month, Allah masih izinkan utk balik kampung selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (tak ingat dah masa tu fasa apa). MasyaAllah saya terlalu merindui mereka! I just couldn't wait for it!

The first time dapat balik kampung, terus dapat pakej utk balik kampung (Johor) sekali. Cantik saja perancangan Allah nak bagi kita menghargai dan memanfaatkan masa itu.

Memandangkan Covid belum tamat, ya kami tidak boleh gerak seawal subuh dalam perjalanan seperti sebelum-sebelum ni. Sebab, RnR dan surau atau masjid masih belum dibuka secara terbuka. Jadi kami gerak after subuh. 3 kereta sekali jalan tapi tak convoi. Hasilnya? Semua sesat! (haha) Satu kereta sampai ke Kulai. Satu kereta entah salah masuk simpang sebab follow maps. Tapi saya naik kereta dengan mak dan abah, Luqman drive. Abah guide. Hehe. Jadi kami lah sampai dulu.

Alhamdulillah tak rushing, sampai sempat tertidur lah tengahari tu kat kampung sebelum petang tu shoot utk ke JB, utk bermalam kat rumah abang. Pergi rumah abang selalu rasa excited sebab ada Kak Mawar and Ma'az. Layanan tiptop, heheh!

Dalam pada masa yang sama, perjalanan nak ke rumah abang mesti mengimbau kenangan semasa tinggal di JB dulu-dulu. Always recognizing oh this place and this place, and how those places have changed since we moved to Malacca.

Oh ya, sebelum shoot ke rumah abang, sempat singgah rumah paklong dan maklong dekat pekan Pontian tu. Kalau ikut perancangan awal, mak tak bagi kitorang ikut masuk sebab Covid. But, as I expected, maklong and paklong takkan sanggup lah tengok kitorang tunggu kat luar rumah. Sayu bila dapat tahu keadaan paklong yang tidak berapa sihat, dari luar sebelum kitorang dipanggil masuk dah dapat dengar suara orang macam meraung-raung. Then, lepas dapat masuk tu barulah tahu kisahnya..

Buah mangga tidak dilupai, apa yang boleh tapau kita tapau.. haha.. kalau dah perangai kan. Lagipun, kita nak jaga hati tuan rumah, apa yg dipelawa kita kena raikan. "Ambil je nak.. Kalau ditinggal tak ada siapa yg makan," kata paklong. Pastu acah-acah malu, tapi ambil tetap ambil. Heheh, dasar betul!

Sampailah kat rumah abang. Ya Allah rindunya dengan Kak Mawar! Yelah, orang baik dan kita pernah sharing-sharing ni lain macam kita punya rindu. Susah senang dia, layanan baik dia pada kita, subhanallah Allah je yang tahu perasaan itu. Dapat pulak Kak Mawar buat facial treatment dengan set Mary Kay dia... syoklah cerita dia! She is just too kind, rasa bertuah sangat dapat kakak ipar macam kak Mawar. Untunglah abang... masak pun tak pernah tak sedap. Kikiki.. kita tumpang tuah, alhamdulillah.

Moments to remember... Sebab before raya haritu beli handphone baru (atas keperluan) alhamdulillah jadi, kita manfaatkan dengan record banyak video sbb one of the significant spec masa beli hp baru haritu adalah kualiti video (lepastu, tak tahu pula keypad dia pulak yg selalu stuck.. mid range phone kan..). Kita ambil video dan seperti biasa followed by mengajar anak didik saya si Fatimah Azzahra sekali. Malu-malu pula si kakak ni. Raya haji ni Fatimah balik kampung abah dia. Jadi, kita tak ada geng.

Tibalah waktu nak balik ke kampung (Melaka) semula. Berat je rasa bila nak kena berpisah dengan abang, Kak Mawar and Ma'az. Sebab susah nak jumpa, abang sibuk dan susah nak dapat cuti. Jadi, kitorang yang seronok untuk pergi rumah dia.. yang penting kat Johor.

"Ai, Mar.. pakai cantik-cantik nak ke mana?" akak Husna tegur masa tengah bersiap. Sebab kita seorang sahaja yang pakai baju kurung (selain mak). "Alah akak, kesian saya.. dahlah kerja setiap hari kena pakai t-shirt dengan seluar," jawapan setiap kali I choose to wear baju kurung while others not. Memendam rasa tau bila tak dapat pakaian yang kita used to wear. Daijoubu na... Strategi berpakaian itu penting. Haha.

Lepas exit Ayer Keroh, I started mengendeng kat mak tanya pasal kat mana ada jual durian?? Bukannya mengidam teruk sangat cuma nak mengada dengan mak. Ngeh! Pastu... Mak pun layan.. hihi. Tak kisahlah dapat durian muda pun, asalkan ada rasa durian tu. Buat rasa-rasa jer, cukup!

Sesampai kat rumah, photoshoot time with Fatimah Azzahra! Alang-alang sudah berpakaian molek, Fatimah Azzahra ajak kita bergambar. Dia offer untuk ambilkan gambar kita. Oh so sweet, kakak...miss you, kakak. Tapi sekarang rambut Chibi Maruko Fatimah Azzahra dah tak ada (kena tunggu ia kembali). Fatimah dah botak sebab haritu ada kutu! Alhamdulillah kita dah balik KL masa tu, tak berjangkit ke kita, okei.

Malam 10 Zulhijjah 1441H

Dupdap..dupdap.. apakah perasaan ini? Seorang demi seorang housemate balik kampung. Yang paling last, after Maghrib kalau tidak silap. Teringat masa Syawal haritu, ada housemate bagitau dia sempat singgah rumah masa malam raya. Takbir didengari bersahut-sahutan antara surau dan masjid yang berdekatan. Then, I was questioning, how would my turn to experience it on that night. And for my housemate she just "singgah" okay.. not staying by herself alone. Perasaan berbaur. Rasa menyesal tidak ambil train petang itu pun ya. Tapi, still I need to face it. You need to accept it, Mardiana! Sebab dah agreed with mak nak balik esok pagi.

Start petang tu dah dapat perkongsian daripada kawan-kawan tentang waktu Arafah yang would take place around 7pm to 12am malam tu. Tapi, sebab keberatan jiwa itu (hmm, astaghfirullahalazim) after Isya' tu I slept like hopelessly (apa ke hal lah rasa macam tu masa tu). Alhamdulillah Allah kejutkan juga around pukul 12.30 malam. For sure, waktu Arafah tu dah passed by. Awak rugi!

Again, lemah longlai bangun juga sebab memikirkan persediaan nak balik kampung belum selesai. Lapar pun ada. Sebelum apa-apa, booked dulu tiket bas esok pagi since no train directed to Tampin for the next morning. 10.30am okay! Kemudian, bangkitlah daku melaksanakan satu per satu perkara yg terlintas pada malam itu. I turned on my classical radio so that my mind can be brought by the content of the radio program. Kemudian, melihatkan keadaan rumah yang boleh disegarkan, I decided to sweap and mop the floor on that "pagi-pagi buta" dengan niat Allah datangkan semangat baru. Dan... Alhamdulillah, Allah gave me what I wished few minutes before. I smiled and got the strength. Bibir dan minda mula dapat follow takbir-takbir raya yang dikumandangkan oleh radio. The positivity boosted. Pada saat itulah terasa perasaan itu perlu disemat ke dalam blog supaya boleh diimbau kembali pada masa-masa akan datang. That's how a blog should function, heh.

Tapi... Kali kedua kerugian malam tu telah pun berlaku when I supposedly set to stop drafting by 5am and would be followed by some kind of ibadah tahajjud before Subuh masuk. However, unwilling incident happened. My house got blacked out! Only until just about 15 mins left before Subuh the matter solved and I hadn't done any ibadah qiam yet on that time. And, I rushed myself to utilize the balance of time. (Huh, why ah, Mardiana...? Bad time management again and again. Bilalah nak excellent tang tu)

---

Itu sahaja yang nak diperkatakan ke?
Yeah, maybe.
Hopefully things to improve should be improved. Hmm... InsyaAllah. (Grr, to myself)


Catatan,
SMardianaMs.
10-11 Zulhijjah 1441H,
31 Julai - 1 Ogos 2020.
"Taqabbalallahu minna waminkum,"

Tuesday, July 7, 2020

“Keseorangan - Bersendirian – Sepi” (023)

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.
Fuh! Hehe. Rindu kat blog.

---

“Kita akan jumpa hikmah hanya apabila kita cari,” (MimRa, 060720)

Terngiang-ngiang di fikiran gurauan oleh abang, “Awak ada kawan-kawan ke?”
Dahulu, semasa bekerja dalam dua organisasi yang berbeza, gurauan itu dapat dinafikan sebab dapat bekerja dengan ramai kawan dan dapat bergaul seperti belia-belia yang lain tetapi kini tidak lagi. Jawapan kepada gurauan itu lebih kepada, “Ya, tidak ada,” Dan ia agak membawa diri ini kepada rasa “Oh, tidak ada orang yang memilih untuk berteman dengan aku. Buktinya, selepas aku keluar daripada sesebuah organisasi, aku tidak bisa “hang-out” dengan mereka,”

Pada asalnya, ia sesuatu yang agak menyedihkan, bukan? Namun, hikmah itu perlu digali. Tidak mungkin keadaan ini sesuatu keadaan yang begitu buruk, cuba fikirkan lagi! Ya, kita yang kena usaha cari positiviti supaya kita boleh keluar daripada kedukaan kepada kebahagiaan. Kadang, sesuatu keadaan yang memang kita tidak boleh terlepas daripadanya; Allah takdirkan sesuatu untuk kita berfikir dan bukan untuk kita keluhkan. Dan dengan itu kita boleh jadi lebih bijak dan tidak memandang sesuatu itu hanya sebagai masalah semata-mata. Kalau kita mengeluh, layakkah kita dikira sebagai orang yang bersabar?

Bagaimana saya boleh atasi pemikiran merasa diri keseorangan?

1. Usah merasa lemah! – Ya. Bila kita rasa keseorangan, adakah bermakna yang kita sedang akui yang kita tidak boleh berdiri sendiri? Adakah ia bermaksud kita perlu bergantung kepada orang lain? Habis tu, sampai bila? Sebab, apabila sahaja berasa sebegitu adakah secara tidak langsung perkara yang kita merancang untuk lakukan atas dasar keperluan (contohnya, membeli barangan keperluan) terbantut hanya kerana tidak ada kawan untuk bersamaku? Bermakna? Kita ini lemah? Oh tidak! Jadi, kehidupan perlu diteruskan. “move on” Memikirkannya, hanya akan membuat kita terus merasa diri ini tidak bernilai sedangkan kita bukan sebegitu. Memikirkannya hanya membuang masa kita untuk mengorak langkah. Kita nak tunggu sampai bila orang nak datang pada kita? Kehidupan tidak selalu seperti yang kita impikan, tetapi, Allah Maha Mengetahui kegusaran yang kita lalui, dan Dia sentiasa bersama dengan kita terutamanya bila kita meyakininya.

2. Sebenarnya bukan selalu kita melalui keadaan sebegitu, cuma kita ini yang kurang bersyukur dengan masa-masa yang kita ada bila ada orang di sekeliling kita. Saat tiadalah dicari.

3. Bersyukurlah, kita hanya merasa “keseorangan” pada sesetengah masa sahaja jika dibandingkan dengan orang yang benar-benar terpaksa menerima takdirnya untuk tidak dapat bergaul normal seperti kita yang masih boleh bergaul ketika keluar bekerja, ada saudara mara ketika pulang ke kampung dan sempat merasai fasa-fasa mepunyai kawan berkumpulan. Ada orang itu, kehidupannya hanya terhad di rumahnya disebabkan penyakit yang dihidapi. Ada orang tidak boleh bergerak, terlantar di atas katil dan hanya televisyen sebagai peneman. Ada orang, kehidupan dia memang disisihkan, usah kata tidak ada kawan malah orang memang tidak mahu berkawan dengannya dan bukan dia meminta untuk jadi sebegitu. Jadi bersyukurlah, kita hanya ditakdirkan beberapa ketika sahaja mungkin akibat kebosanan, kegagalan merancang aktiviti, pertindihan program atau sebagainya sedangkan mereka lebih merasainya lebih lama dan memakan masa.

4. Apabila kita mula mengatasinya, insyaAllah akan datang kita boleh kata “Selamat Tinggal” kepada keadaan itu. Sebab, kita sudah pun merekodkan satu solusi yang kalau kita jumpa lagi keadaan sebegitu, kita sudah tahu bagaimana untuk mengendahkannya. Keadaan apa ya? Ya, keadaan yang merasakan diri keseorangan.

5. Padah tidak merancang masa. Hari esok perlu dirancang seawal hari ini. Cuba bayangkan kalau awak dah merancang hari itu nak kena buat apa, dan selepas itu perlu buat apa, agak-agak ada masa ke mahu fikir pasal nasib diri macam itu? Mesti hari kita itu akan jadi bermatlamat. Tidak akan peduli dengan nasib apa, yang penting kita nak checked-kan “to-do list” itu tidak kira apa.

Habis kalau dah memang tidak ada aktiviti, mahu buat apa? Alahai… Usahalah, fikirkanlah lagi potensi diri! Takkanlah sampai macam itu sekali. Cipta aktiviti. Kalau pun mungkin sahaja tidur solusinya, tidur itu pun perlu dirancang bila mula dan akhirnya. Jangan sampai masa solat pun dilanggarnya. Tapi, seriuslah… takkanlah tidak ada perkara yang mendatangkan hasil yang boleh awak fikir dan lakukan?

6. Mencipta pergaulan cara sendiri. Berbalik kepada “perancangan” Rancanglah program sendiri untuk kita bergaul dengan masyarakat. Kalau sudah pergaulan secara bersahaja kita tidak mampu, mungkin dengan cara kita cari dan susun aktiviti atau program untuk kita sertai, dengan cara itu kita boleh bercampur dengan masyarakat. Cuma, hal seperti ini biasanya lebih kepada tekad/matlamat lah. Tidak semua orang minat ke arah itu. Lagi-lagi masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Pemulihan) ini, mungkin juga kita masih lagi ada banyak kekangan untuk melakukannya. Apabila kita bercampur dengan masyarakat, fikiran kita akan lebih terbuka. Kita dapat memerhatikan kepelbagaian cara orang lain bergaul dan berkomunikasi jika dibandingkan jika kita hanya bergaul dalam kalangan kawan yang kita kenal. Dan yang penting, pada masa itu, kita tidak akan fikir tentang diri sendiri. Kita cuma akan fikir tentang orang lain. Cabarannya, kita memang perlu mencarinya atau kita yang perlu mengadakannya. Ok? InsyaAllah.

Moga-moga kita disegerakan dipertemukan jodoh yang baik… Eh! Ke situ pulak.

Baiklah, sekian sahaja. Semoga bermanfaat.

Catatan,
MimRa.
06-07 Julai 2020
15-16 Zulkaedah 1441H (Bulan Haram)

Saturday, January 11, 2020

"Sudah 6 Bulan - Revert To Islam," (MTR002)

""Sudah 6 Bulan," - Kembali Kepada Islam," (MTR002)

Minggu lepas, semasa menunggu patient (pesakit) untuk datang daftar, ada seorang patient OPD (pesakit luar) yang mendatangi kaunter saya. Berbangsa India. Dia datang ke klinik bersama isteri dan anak. Dia menghulurkan sticker pendaftaran, kad pengenalan beserta surat rujukan doktor kepada saya. Dia minta saya untuk tukarkan nama lamanya kepada nama yg baru. Haa?

Oh, rupa-rupanya bila dibandingkan kesemua dokumen tadi, baru saya faham, patient itu mahu menukarkan nama lamanya (nama Tamil/Hindu) kepada nama barunya (nama Islam), di dalam sistem klinik.

Sambil melakukan kerja saya, saya sempat menemu ramah sedikit mengenai penghijrahannya.

Saya: Dah lama ke, revert ke Islam?
Patient: Sudah 6 bulan.
Saya: Oh, sempat ke Ramadhan tahun lepas?
Patient: Ya, sempat. Tengah-tengah tu saya sempat. Puasa.. (sambil mengangguk-angguk - bermakna mungkin dia revert pertengahan bulan Ramadhan)
Saya: Alhamdulillah.... Under Hidayah Centre ke??
Patient: Yah, Hidayah Centre. Sekarang saya sudah mula pergi ke kelas Darul Hidayah...
Saya: Oh, dekat sini, dekat mana ea tempat Hidayah Centre tu?
Patient: Ada... Dekat Sentul itu..
Saya pun angguk-angguk dan tanya lebih lanjut tentang lokasi itu, sambil tengok PC.

Setelah selesai update dalam sistem, dia pun beredar ke farmasi. Sempat jugalah saya dengan rasa eager nak tahu location Kompleks Darul Hidayah tu, search dekat PC nak tengok ada harapan ke nak try pergi ke sana.

Tak lama lepas tu, dia datang balik dekat saya, minta saya tukarkan nama anak dia dalam sistem pula. Memandangkan saya rasa tiada masalah untuk berbuat demikian, saya pun ikut sahajalah hajatnya. Lagipun, saya memang tengah free time waktu tu. Tukar nama sahaja.

Saya pun key-in nombor IC anaknya ke dalam sistem. Bila saya periksa satu huruf demi satu huruf nama anaknya, saya perasan yang nama anaknya ber-"bin" kan "Abdullah". Saya pun tanyalah, "Nama anak you tak 'bin' kan nama you ya?"

Patient: Ya. Itu JPN tak bagi. Sebab kita semua baru masuk Islam..
Saya: Eh, tapi, nama you kan nama Allah juga (nama dia 'Abdul Rahman' kalau tak silap)
Patient: Yah.. JPN tak bagi juga..
Saya: Oh.. macam tu yaa?

Baru tahu, prosedur kat JPN macam tu bila seseorang tukar nama kepada nama Muslim, walaupun, sekeluarga masuk Islam. Saya assumed, mungkin dari segi agama pun, bila seseorang tu baru revert kepada Islam, dia ibarat bayi baru lahir. So, kena mulakan semuanya semula (secara individu), gitu. Mungkinlah (teori sendiri).. Mungkin juga sebab tak nak bagi keliru. JPN tahulah kan kerja dia. Relaks, tak payah over thinking. Ada lah sebabnya tu. Haha.

Bila jumpa patient yang special case macam ni, bila saya tengok diorang tak kelam kabut sangat atau emosinya stabil, saya cuba juga ambil kesempatan tanya perkara yang saya curious, selagi saya rasa masih boleh menjaga adab. Dan.. tak drag masa (hehe). Payah gak kalau tanya mendalam sangat, kita tengah bekerja, dan ada orang lain yang tunggu giliran mendaftarnya, kena adil. Tujuannya, untuk saya lebih faham masyarakat yang berbagai latar belakang. Saya yakin, mesti akan bermanfaat juga untuk akan datang. InsyaAllah.

Sekian sahaja.

Moment to remember,
MimRa.
11 Januari 2020.