Tuesday, August 25, 2020

Jadi Yang Boleh Diharap

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Topik kali ni adalah umum. Boleh jadi berlaku di tempat kerja, di rumah sewa, di rumah (home sweet home), dalam pasukan, dalam persahabatan dan yang seangkatan lah, mahupun di tengah-tengah jalan yang kita tidak kenal pun tetapi ada seseorang yang datang pada kita dengan keperluan yang tersendiri.

Apa perasaan kita bila seseorang datang kepada kita mengharapkan pertolongan. Barangkali dia dalam kesempitan mungkin dari segi kewangan; sesat jalan (di tempat awam); seseorang itu terlalu sibuk lalu memerlukan bantuan kita untuk melakukan sebahagian kerja yang sepatutnya kerja dia; atau seseorang yang kerap menyuruh kita melakukan segala perkara sedangkan orang lain yang ada tidak diberi tugasan sebanyak itu (terutamanya merujuk kepada ibunda tercinta kita)?

Mungkin kita akan menjawab...
"Saya sibuklah,"
"Sorry, tak dapat tolong,"
"Kerja kau, kau buatlah,"
"Aku pun ada kerja aku,"
"Buat sendirilah,"
"Tangan ini cuma ada dua,"
"Tidak habis buat yang ini, kau dah suruh buat yang ini,"
Allahuakbar...

Sangka-sangka

Mungkin sebahagian jiwa kita mengatakan bahawa orang itu mula mengambil kesempatan ke atas diri kita.
Tapi... Terserah kepada kita. Bagi saya, semua itu bergantung kepada diri kita dalam melihatnya. Dan perlu ingat, sangkaan itulah yang akan membentuk tindakan kita pada masa mendatang. Kalau kita bersangka baik, mungkin kita akan melakukannya dengan berlapang dada (tenang), tapi jika sebaliknya, nampaknya terpaksalah kita lakukannya dengan rasa berat hati, tidak ikhlas, adanya penambahan bagi prasangka yang lain dan sampai ke sudah dihasut-hasut dengan bisikan syaitan yang mahukan persengketaan. Hasilnya barangkali di jiwa ini akan berasa tidak puas hati yang membuak-buak. Dan mungkin menunggu masa untuk meletus untuk menzahirkan amarah yang telah lama dipendam. Atau barangkali juga berakhir dengan diam tidak bertegur sapa. Dua-dua itu terletak pada pilihan kita. Ibarat jalan kanan atau kiri yang ingin kita belok.

Tetap perlu bijak membezakan atau meletakkan sempadan

Walaubagaimana kita berusaha untuk melakukan sesuatu kebajikan dengan niat kerana Allah itu, tidak dapat disangkal bahawa kita perlu tetap meletakkan sempadannya. Saya tidak mahu kata semua perkara ada hadnya, tetapi bak kata orang setiap sesuatu perlu dilakukan dengan berpada-pada (dengan rasionalisasi tersendiri). Di sini saya tidaklah pula bermaksud melawan perintah Allah untuk "fastabiqul khairat" (berlumba-lumba melakukan kebaikan) cuma perlu dalam menggunakan kebijaksaan dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Kita tetap perlu melihat kepada keutamaan atau prioriti. Mengutamakan perkara yang lebih utama.

Tapi kadang tu, apabila melihatkan perkara yang boleh dibantu itu lebih mudah atau tidak mengambil masa, apa salahnya kita lakukan sebentar. Berbanding kita sedang menghadap perkara yang rumit untuk diselesaikan. Dari 2 jam perkara rumit yg tidak kunjung selesai, ambillah 5 minit sebentar untuk kita memenuhi hajat seseorang. Subhanallah, terlalu indah jika kita dapat fikir ganjaran yang Allah akan beri kita bila kita berjaya memenuhi hajat seseorang dengan ikhlas. Tidak perlu pada penghargaan si peminta, cukup dengan kita berbaik sangka pada limpahan rahmat yang Allah akan beri kepada kita. Allah Maha Baik, tidak terucap banyak mana nikmat yang Allah telah beri pada kita, masyaAllah. Hanya dengan 5 minit, hati yang gelisah melakukan perkara rumit dapat dilapangkan dengan memudahkan urusan orang lain. Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil'azim, baiknya Allah kat kita.

Apabila memenuhi hajat seseorang, perasaan yang perlu diletak tepi adalah "berkira-kira". That's why, apabila melakukan sesuatu perlu perbetul dan perjelas niat. Kalau kita fikir buat kerana orang, kita mudah berkira sebab mungkin akan fikir "apa pulangan yang aku akan dapat?" Itu normal kan... Life is about give and take

Kalau dah namanya orang tu yang minta, memanglah buat kerana orang, macamana nak kata buat kerana Allah? 
- Yup. Secara zahir memang begitu yang kita nampak, kan. Tapi, bukankah segala yang berlaku di atas muka bumi ini, adalah atas aturan Allah. Apa yang hadir atau datang pada kita pada satu-satu masa yang nampak tidak diminta, dijangka, semua itu telah Allah rancang untuk kita. Perancangan Allah tidak pernah tidak cantik andai kita sentiasa cari dan mencari hikmah di atas setiap yang berlaku. Everything must be a reason! 🌟
Allah datangkan seseorang pada kita itu hanyalah sebagai "objek"/asbab untuk menguji kita. Ya lah, bukankah kita hidup di dunia ini untuk diuji? "Subjek"-nya adalah what would we do with the object that Allah amanahkan to us. Ha kan dah bercampur baur bahasa tu. Biasalah kan... Hehe. Yang penting, sampai maksudnya.

Berbalik kepada keutamaan. Ya, at the end of the day kalau kita bantu orang pun, kita kena bijak seimbangkan masa mengikut keutamaan. Jangan mudah meletakkan janji untuk membantu orang. Tapi, dengan sebut "insyaAllah" (bukan style Melayu punya maksud) iaitu berusaha untuk melakukannya dengan kesempatan dan kemampuan yang ada. Jika perlu menolak kerana kita pun ada amanah yang lebih utama disiapkan, tolak dengan cara baik. Perkataan "maaf" itu melembutkan hati. Jadi, ringankanlah pada bibir walaupun tak ada salah pun di situ. Gunakan sebagai akhlak tidak semestinya perlu ada sebab konkrit sampai perlu ada hujah. "Selama-lamanya, kelembutan takkan tunduk dengan kekerasan" (dalam drama "Warkah Cinta" kalau tidak silap.. haha). Begitulah...

Kepuasan

Selain dengan hanya memikirkan ganjaran yang bakal menanti kita di sisi Allah, sebenarnya bibit-bibit rahmat yang Allah beri pada kita dapat dirasai seawal dapat melihat orang yang kita bantu itu gembira. Bila hajat terlaksana, tidakkah seseorang itu akan berasa tersangat-sangat gembira. Bayangkan kita dapat selesaikan masalah yang mereka tidak dapat selesaikan seorang diri. Subhanallah, ibarat diri kitalah... Saat kita tersangatlah perlukan bantuan seseorang, tiba-tiba, ada seseorang datang menjadi pemudah cara. Tidakkah kita bersa sangat lega dan bersyukur. Kekusutan dapat diuraikan satu per satu. Kadang kita datang dengan 10 keserabutan yang memang kita buntu tidak jumpa jalan penyelesaian dan hanya dengan seorang yang kita jumpa itu dia boleh bantu kita selesaikannya dalam masa yang tersangat singkat, masyaAllah! Ya, kadang kita tak mampu lakukan seorang diri... 

Sebab itu kita kena ada hubungan baik dengan semua orang. Jaga akhlak kita, bicara kita, pandangan kita, tindakan kita dan keputusan kita, kerana barangkali kita akan memerlukan bantuannya. Adalah sifat lumrah manusia, siapa yang gemar ada orang yang minta bantuan daripada kita sedangkan dia itu berbuat buruk pada kita? Kita akan berkira-kira, bukan? "Aku tolong kau, nanti kau malah menyusahkan aku juga nanti," (astaghfirullahalazim.. yalah kita pun manusia kan..haha) Jadi semuanya akan ibarat roda yang berputar-putar. Hari ini hari kita, esok hari dia pula. Sentiasa berbuat baik tak kira tempat, masa dan keadaan. Jadi, jika roda itu berputar, insyaAllah akan terberhenti untuk turn kita pada tempat yang sesuai. 

Kepercayaan

Tidak semua orang, seseorang itu akan cenderung untuk meminta tolong melainkan dia ada yang dinamakan "kepercayaan". Dalam banyak-banyak orang, kenapa kita? Why me?

Dia boleh jadi dua sebab sebenarnya.. sama ada kita memang orang pertama yang diminta tolong atau sebenarnya orang itu dah cuba cari orang lain dahulu tetapi kitalah jua "mangsa" terakhirnya. Haha. Tak baik kata mangsa. Padahal, kitalah orang yang paling bertuah bila dapat tolong dia (eceh). 

Perkara yang melibatkan kepercayaan ini mengingatkan saya kepada famili. Eh, bukanlah bermaksud dalam famili ada percaya atau tidak percaya. Kita lihat pada pengurusan rumah. Kat rumah tidak sama dengan tempat kerja yang ada tugasan hakiki, job description dan sebagainya yang kita perlu buat just follow the specified tasks sahaja. Di rumah, kita lebih kepada.... melakukannya atas kesedaran atau tanggungjawab diri sendiri pada rumah mahupun dalam menjunjung perintah 'mam' besar (mak). Hehe.

Yalah, kadang adik-beradik ramai yang ada tapi kitaaaaa juga yang disuruhnya. Lepas itu, bukan 1-2, tapi semua! Kadang rasa tak menang tangan, dan tak patut pun ada. Tapi.... Dialah ibunda tercinta kita. Untung dalam ramai-ramai, kita juga yang boleh diharap... Walaupun sedikit slow bila buat seorang diri. Penat kan, lepas satu, satu. Bayangkan ibu kita kat minda cuma terpetik nama kita sahaja untuk suruh buat itu ini. Bukan sebab pilih kasih, engkau kuli dan dia putera/puteri.

Kadang, sebab seorang ibu itu sudah terkesan dengan anaknya yang lain, sebab itu cari kita. Terkesan yang macamana tu?
Ya. Terkesanlah sebagai contoh, ibu kita tahu jika dia minta pada anak yang A, begini responnya; jika suruh pada yang B, sibuk buat hal sendiri; manakala yang lain pula lain cara pedulinya. Dan ada juga ibu kita berasa segan dengan sesetengah anak perempuan yang sudah ada suami untuk disuruhnya, ibunda berasa segan nak beri arahan mengatasi si suami kepada anak. Ada juga yang ibu segan menyuruh anak yang banyak beri duit padanya. Moga kita, mak kita tak pernah rasa segan seperti itu. Siapalah kita untuk mak rasa segan pada kita melainkan kita yang cipta keadaan itu? Kita yang buat ibu kita segan. Astaghfirullahalazim. Patutnya kita adalah hak mak ayah untuk berbuat apa sahaja. Kerana tugas kita untuk berbakti kepada kedua ibu bapa yang sudah bersusah payah dan berkorban banyak untuk kita. *Termasuklah jua ibu bapa yang sebahagian kita punyai kisah tersendiri dibuang, tetapi tetap kewajipannya untuk berbakti kerana itu arahan Allah dan nabi s.a.w.. Kewajipan seorang anak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa tidak kira andai ibu bapa mereka telah dahulu berbuat jahat pada mereka melainkan jika disuruh melakukan perkara yang Allah larang yakni melampaui batas.

Jadi berbalik kepada tadi, mak kita suruh kita sebab beliau percaya pada kita. Yang tak mampu dibuat seperti disuruh itu tidak mengapalah. Cuba lagi. Atau mohonlah maaf kepadanya kerana tidak mampu. Jagalah tutur bicara kita di hadapan mereka; kerna hati mereka semakin sensitif. Ibu bapa kita sudah semakin tua, namun banyak perkara yang mereka ingin capai yang tidak mampu lagi dibuat oleh mereka. Jadi, kitalah harapan mereka untuk mereka dapat lihat keinginan mereka tercapai. Bukankah akan menimbulkan kesenangan pada hati mereka?

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. InsyaAllah bila mak abah senang hati dengan kita, Allah pun akan senang dengan kita dan limpahkan rahmat-Nya mencurah curah ibarat hujan lebat yang melimpahi bumi, nikmatnya. Sebab itulah kita jalani hari-hari kita di mana-mana pun Allah mudahkan. Sebab yang satu itu; iaitu sebab kita dah bagi hati mak dan abah senang dan tenteram ❤️

Akhirul kalam

Jangan cepat sangat kata tak boleh tolong. Sebaliknya, fikirlah sebentar sama ada kita benar-benar boleh tolong atau tidak. Bila kita mudahkan urusan orang, insyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita. Bila kita tutup aib orang, insyaAllah Allah pelihara aib kita.

Bila kita sabar menanti jodoh, insyaAllah jodoh yang terbaik akan sampai tepat pada masanya... Eh!

Baiklah, sekian sahaja.
Semoga bermanfaat kepada diri saya dan anda yang membaca juga.

Catatan,
SMardianaMs.
6 Muharram 1442H,
25 Ogos 2020.

Dah mula go through one by one matlamat tahun hijrah yang baru ini ke belum?? Tak mengapa, pelan-pelan kayuh. Moga Allah mudahkan urusan kita semuanya! 

No comments:

Post a Comment