Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Pagi tadi, semasa sedang bersarapan, kedengaran rintik hujan yang merenjis-renjis pada atap rumah sebelah. Berteka-teki, "hujan ke tu?"
Dan, eventually it's answered. Sekawan hujan menyimbah rumah.
Ya. Dah lama tak hujan.
Alhamdulillah, mujur juga sebab ditakdirkan mesen basuh rosak, memerlukan siang yang kering berbanding siang yang basah.
Sejemput demi sejemput nasi disuap ke dalam mulut. Ya Allah, Engkau datangkan hujan pada hari kemuncak ini? Kemuncak yang merujuk kepada acara penting tahunan di tempat kerja.
Adakah ini petanda rahmat-Mu pada hari ini?
Aku tak ingat saat itu aku sempat melafazkan, "Allahumma soyyiban nafi'a," atau tidak. Tetapi, minda memang ada menjurus ke situ.
Selesai makan, aku bergegas untuk keluar rumah. Payung sudah tersedia. Aku melintasi jalan sehala di hadapan rumah berlindungkan payung.
Tren tidak sampai lagi. Ku cari posisi terbaik merakam peristiwa.
Sebelum tren yang dinaiki memasuki terowong, aku menyedari hujan mulai berhenti. Jalanraya kulihat tidaklah basah mana. "Is this really happening?"
Apa petunjuk ini, ya Allah?
Benarkah ia sudah berhenti?
"Aku berhajat sungguh pada hari ini agar dipermudahkan urusan acara penting di tempat kerja.
Allah telah hantar hujan sebagai saat makbul doa.
Siapa menyedari, hujan itu hanya diizinkan seketika.
Seperti sekelip mata.
Beruntung bagi yang sempat memanjatkan doanya pada Allah..
Namun,
Rugi bagi yang tidak memerhatikan dan memanfaatkannya..
Dan... Saya yang mana satu?"
(Selalu bertukar penggunaan "aku" dan "saya" bila dengan Allah. "Aku" dengan nada bertegas kepada diri; "saya" dengan nada melemahkan/memanjakan diri kepada Allah)
Aku masih meragui apa hujan benar-benar berhenti? Seperti hadir rasa bimbang. Bimbang, kerana jika tergolong dalam orang yang rugi daripada tawaran masa "ajaib" oleh-Nya.
"Stesen berikutnya, Pasar Seni."
Debaran menanti tren keluar terowong.
Ya. Hujan benar-benar telah selesai menunaikan tugasannya. I missed the few moment of raining just now. Tidak saya sangka. Ia benar-benar menyinggah begitu sahaja.
I'm sure... Allah was telling me something. And it could be anything.
Anything to ponder...
Sekian.
Catatan,
SMardianaMs
11 Ogos 2020,
22 Zulhijjah 1441H.
Dah nak habis Zulhijjah... Erm.
No comments:
Post a Comment