Wednesday, November 7, 2012

Kematian Yang Baik

Catatan daripada Kuliah DRMAZA
http://www.youtube.com/watch?v=l-Nzc28OLao


Tanda Mati Yang Baik



1. Orang yang minta mati syahid

  • "Sesiapa yg minta kpd Allah utk mati syahid dgn bersungguh-sungguh, dgn sebenar-benar, Allah sampaikan dia ke darjat, ke kedudukan orang yang mati syahid sekalipun diamati diatas katil tidurnya."(Riwayat Imam Muslim)
  • Syuhada', As-Solihin
  • Doa, "Matikanlah kami dengan mati syahid.."
  • Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiada orang yang masuk syurga, yg ingin balik ke dunia, sedangkan dia tiada apa pun di dunia ini, melainkan orang yang mati syahid; dia harap dia kembali ke dunia dan dia ingin bunuh 10 kali kerana kemuliaan syahid itu."

2. Orang yang mengakhiri nyawanya dengan ungkapan kalimah "Lailahaillallah"
  • Rasulullah s.a.w. bersabda, "Talkinkan orang yang sedang menghadapi mati dengan Lailahaillah."

3. "Orang mukmin mati dalam keadaan berpeluh dahinya" (Hadis riwayat Imam Ahmad)
  • Para ulamak berpendapat bahawa; kemungkinan saat dia sedang menghadapi matinya, Allah ingin mengikis dosa-dosanya, dan dia bersabar dengan kesakitan yang dihadapi. Lalu, keluarlah peluh itu.
  • Satu ulamak berpendapat bahawa; kerana dia malu hendak berhadapan dengan Allah.
  • Ada yang berkata tiada sebab, tetapi Allah sudah tentukan bahawa orang mukmin ini mati dalam keadaan dahinya berpeluh.

4. Orang yang mati Thaun (penyakit ta'un)
  • Dengan syarat dia redha.
  • "...orang yang mati kena Tha'un, orang yang mati sakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang mati kerana binaan(runtuhan), dan orang yang syahid fi sabilillah"
  • Rasulullah s.a.w. menziarahi Abdullah bin Tsabit, melihatkan ahli keluarganya yang sedih, tiba-tiba ada yang melarang mereka, Rasulullah berkata, "Biarlah mereka, maka bila dah sampai kewajipan, janganlah kamu menangis lagi." Mereka bertanya, "Apa kewajipan itu?" Nabi kata, "Al-maut(ketika mati)"
  • Oleh kerana sabar, Allah berinya mati syahid.

5. Orang yang mati kerana melahirkan/kerana kandungannya 
  • Pahala syahid

6. Orang yang mati kerana mempertahankan nyawanya, keluarganya, bahkan hartanya.
  • Dalam hadis Imam Muslim, seorang lelaki mendatangi Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika sekiranya satu orang datang untuk merampas hartaku?" Rasulullah berkata, "Jangan kamu beri kepada dia hartamu" Bertanya lagi, "Apa pendapatmu jika dia memerangi(membunuh) aku?" Nabi kata, "Perangi(lawan) dia (yakni bunuh dia semula)" Bertanya lagi, "Apa pendapatmu jika dia membunuh aku?" Rasulullah menjawab, "Kau syahid" Bertanya lagi, "Apa pendapatmu jika aku membunuh dia?" Nabi berkata, "Dia dalam neraka."

Ratapan Kematian
  • Daripada Umar al-Khattab r.a., Nabi s.a.w. berkata, "Mayat diazab di dalam kubur dengan tangisan atau ratapan kematian."
  • Berdasarkan hadis diriwayatkan Imam Ahmad Ibn Majjah, oleh Jarid bin Abdillah; Sediakan makanan ketika kematian juga termasuk dalam meratapi kematian.
  • Orang zaman jahiliyyah menghidangkan makanan saat adanya kematian sebagai mengenangi mayat. Yakni amalan ini adalah amalan jahiliyyah. Datangnya Islam; menghapuskan amalan ini. Ada yang mengatakan amalan ini bukannya hanya datang dari kalangan jahiliyyah Arab tetapi wujud pada zaman  kuno fir'aun juga.
  • "Seseorang takkan tanggung azab dosa org lain." (Saidatina Aisyah)

No comments:

Post a Comment