Penyakit Zebra
Pernah dengar 'Tsetse'? Haa, Tsetse adalah penyakit pada zebra yang datang daripada lalat.
- Tsetse (
/ˈsiːtsi/, US /ˈtsiːtsi/,[1] or UK /ˈtsɛtsi/), sometimes spelled tzetze and also known as tik-tik flies, are large biting flies that inhabit much of mid-continental Africabetween the Sahara and the Kalahari deserts.[2] They live by feeding on the blood ofvertebrate animals and are the primary biological vectors of Wuchereria bancrofti, which cause Elephantiasis, and trypanosomes, which cause human sleeping sickness andanimal trypanosomiasis, also known as nagana. (http://en.wikipedia.org/wiki/Tsetse_fly)
Selain itu, zebra juga ada serangan lain selain lalat iaitu kutu dan pacang.
Habit zebra, kalau terkena dengan gangguan-gangguan seperti ini, mereka akan mengguling-gulingkan badan atas pasir bertujuan menggaru kawasan yang dihinggapi lalat itu. Hmm, puas menggaru di kawasan tanah lapang, sehinggalah matahari terik.
Keistimewaan Belang/Jalur pada Badan Zebra
Keadaan cuaca di mana populasi zebra hidup biasanya di tempat yang lapang di mana tidak banyak pokok untuk berlindung daripada terikan cahaya matahari. Jadi, istimewanya belang yang Allah S.W.T. ciptakan khas untuk haiwan ini adalah baelang iniakan menghasilkan pantulan semula pancaran matahari ini.
Sepertimana yang kita pelajari dalam ilmu sains, warna putih turut mengambil peranan untuk menghasilkan pantulan cahaya. Subhanallah...
Jalur pada badan kuda belang juga menunjukkan sifat Maha Bijaksana Allah S.W.T.. Apa dia?? Iaitu, corak belang dua ekor zebra semestinya berbeza antara satu sama lain. Seperti bezanya cap jari manusia.
Latihan Pergaduhan
Kebiasaannya, zebra-zebra yang muda akan lakukan latihan ini bagi meningkatkan keyakinan mereka. Bagaimana? iaitu seperti biasa kuda-kuda bertarung. Kadang-kadang, apabila terlalu ekstrim, mungkin akan mencederakan mereka seperti rahang patah.
Kelahiran Songsang
Ada sesetangah zebra betina yang mengalami kelahiran songsang untuk anaknya. Mereka memerlukan tenaga yang kuat untuk melakukannya. Namun, kebiasaannya, mereka terpaksa pasrah dan hanya menunggu saatnya mati. Bermakna kedua-dua ibu dan anak akan mati. Kasihan... Namun, inilah Sunnatullah.
Apabila ia mati, Burung Herring lah yang pertama akan menikmati bangkainya. Makan besarlah burung-burung ini. Fox/musang, akan cuba menyelit.
Penghijrahan Zebra
Adakalanya zebra perlu menyeberangi sungai untuk berhijrah habitat. Seekor zebra menjadi ketua kawanan zebra yang lain. Ketua kawanan zebra akan memeriksa lilitan jumlah kawanan yang akan diketuainya.
Air sungai nampak tenang bagi zebra yang tidak berpengalaman. Namun, walaupun ada antara mereka yang mendahului menyeberangi sungai yang dibaham buaya, mereka bersikap degil dan tegang yakni tetap meneruskan penyeberangan. Apabila bermulanya penyeberangan secara keseluruhan telah dilakukan, mereka tidak boleh berpatah balik kerana ianya terlambat. Air sungai juga deras dan mendasar.
Kawanan seladang juga turut serta, di mana mereka akan tunggu giliran menyeberang disebabkan jumlah zebra terlalu besar untuk disaingi.
Selepas berjaya berhijrah ke seberang sungai, ibu-ibu zebra serta anak-anak zebra akan mencari keluarga mereka masing-masing. Bagi yang masih tidak menjumpai, mereka akan ke tepi sungai semula untuk melihat jika ada yang tertinggal atau memeriksa bangkai keluarga mereka.
Kesimpulannya
Zebra juga sama dengan haiwan lain sebagai mangsa bagi pemangsa. Zebra merupakan haiwan yang kerap melakukan penghijrahan tempat secara berkumpulan bagimengekalkan dominasi mereka. Sama seperti seladang.
Subhanallah, Indahnya Cipataan Allah ini!!!
No comments:
Post a Comment