Friday, November 2, 2012

Oh My Arabic! OMA

Alhamdulillah,

Mendapat satu cahaya hidayah dekat facebook tadi. Merasa diri tertegur dekat satu status seorang ikhwan yg juga copy daripada orang lain, berupa;


"Tak pandai speaking tak perlu malu. Tapi tak pandai mengaji Al-Quran, tolong lah malu !
oh my arabic ! OMA"

Baru nak buat new appearance.. tp, i think teguran ini tidak menghalang mempelajari atau mempraktikkan English. Cumanya, mempelajari Al-Quran, bahasa Syurga itu lebih afdhal dan utama. Ia memberi impak di dunia kita mahupun di akhirat kita. Membacanya, menemani kita serta menerangi dan meluaskan ruang di alam barzakh. Satu huruf yg terkandung di dalam kitab suci sepanjang hayat ini, Allah menganugerahkan 10 ganjaran pahala pada diri kita.

Kesimpulannya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa tidak akan sesat diri umat Islam jika ia berpegang pada Al-Quran dan Sunnah baginda.

Ana juga teringat-ingat satu hadis lain yang sering diulangi semasa di surau pengajian di MRSM Alor Gajah  "Gigitlah dengan gigi gerahammu akan....(x ingat sepenuhnya sama ada Al-Quran + Sunnahku + ajaran Khulafa' Ar-rasyidin)"

"Rabbana la tuzighqulubana ba'daiz hadaitana wahablana milladu'n ka rahmah innaka a'ntal wahhab"

No comments:

Post a Comment