Monday, June 2, 2014

WS : Hikmah Pergerakan Solat

Assalamualaikum semua..
Nak share sedikit. Bru saje saya baca buku tentang sembahyang. Ade bahagian tentang bagaimana untuk khusyuk dalam solat. Antaranya dengan memahami kedudukan2 dalam solat..
-Setiap perbuatan di dalam solat itu ada maksudnye. Yang mana kalau kita faham, akan lebih khusyuk lgi solat yg kita dirikan. Contohnya, seperti mengangkat takbiratul ihram. Apabila kita mengangkat takbir, kedua tapak tangan kita menghadapkan diri kita kpd Allah s.w.t. Kemudian belakang tapak tangan kita itu bermaksud kita meninggalkan segala persoalan dunia di belakang kita.
-Berdiri tegak mksudnye kita bersedia untuk bertugas kpd Allah s.w.t. Seolah-olah seorng askar yang hendak pergi berperang. Patuh dan taat kepada komandernya. Kita ni hamba Allah s.w.t. yang sanggup lakukan apa sahaja untuk Allah.
-Tangan yg kita lekapkan pada perut kita itu mengingatkan kita tentang mati. Begitulah keadaan tangan kita apabila kita mati nanti. Ia juga menandakn tanggungjawab yg kita pikul. Berbanding dengan seorng yg melenggangkan tangannya. Ia mengingatkan kita bahawa kita hidup di dunia ini ade tanggungjawab dan tugas yg kita perlu laksanakan menurut perintah apa yg diperintahkan oleh Allah.
-Apabila kita rukuk pula, kita bayangkan yg diri kita ini seperti binatang2 yg hina. Begitulah hinanya diri kita jika tidak menurut perintah Allah. Malah lebih hina lgi kerana binatang tidak ade akal fikirn, ttpi kita yg diberi akal fikiran pula bersikap seperti binatang.
-Apabila kita sujud, ia mengingatkan diri kita yg kita ini akan kembali ke tanah, dan kita juga hina seperti tanah. di saat ini jugalah Allah paling hampir kpd diri kita dan melekapkan anggota kita ke tanah.

Begitulah di antara maksud2 yg kita perlu fahami dri kedudukan2 yg berbeza di dalam sembahyang. Semoga dpt membantu kita utk tidak melupakan Allah s.w.t dalam sembahyang kita.. 

-Diambil dri buku Panduan Lengkap 'Sembahyang Fardhu' oleh Mohd Uzair Taufik- 

@srikandi jpm
syukran Aisyah (TESL)

No comments:

Post a Comment