18 Mei 2015, Isnin
"Aku rasa dia ni ada di dunia lain, lah,"
Dia teruja.
Benarkah sehingga begitu sekali persepsi orang yang bercakap dan berdiskusi dengan dia?
Dia sudah lama mula memikirkan. hal seperti ini.
Bagaimanakah dan sejak bilakah,
dia memiliki perwatakan sebegitu?
Perbicaraannya pelik.
Perkataan yang digunakannya itu jarang sekali digunakan untuk perkataan seharian seperti orang kebiasaan.
Adakah dia yang pilihnya satu ketika dulu?
Atau ia berlaku tanpa disedari?
Atau dia memang belajar untuk jadi lain daripada yang lain?
Adakah itu efek membaca banyak buku?
Justeru itu,
Adakah hal sebegini,
memberi impak positif,
atau negatif?
Adakah perkara ini cuma perkara kecil, atau
boleh didorong kepada kejayaan yang lebih besar?
Dia terus memikirkannya.
Tanpa putus asa.
Jangan jemu.
#Hamba0000K
No comments:
Post a Comment