Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
10 Mei 2015, Ahad
Assalamu'alaikum.
Sihat semua?
*Alhamdulillah wa syafakumullah :)
Peruntukan
Alhamdulillah baru-baru (minggu lepas : W9) ni kami dapat makluman yang proposal untuk dapatkan RM200 as peruntukan untuk persediaan booth dan lain-lain tu diluluskan. Syukurnya!
Jadi, insya-Allah duit yang kami dah kumpul before ni kepada bendahari kumpulan bolehlah dituntut balik.
Cumanya peruntukan tu tak boleh digunakan untuk baju kempen. Jadi agak melepaslah.
Anyway, alhamdulillah again.
Beli Barang
Alhamdulillah setakat ni, iaitu perbelanjaan pertama barang-barang booth dan exhibition belum mencecah RM50 walaupun sudah banyak juga barang yang dapat dibeli. Kami pilih untuk membeli belah di Mr. D.I.Y. @ Tesco Seremban.
Kertas-kertas warna, decorations, mounting boards, perkakas untuk games dan lain-lain.
Seronok bila dapat join beli barang sebab terasa hubungan dengan group members bertambah rapat sedangkan sebelum ni agak awkward sebab tak berapa kenal masing-masing. Terutamanya bila kita banding-banding harga untuk dapat harga yang paling 'baek'.
Interview Sessions
Lepas solat zuhur, alhamdulillah kami berangkat ke pejabat KPDNKK yang located kat depan AEON Seremban 2, se-bangunan dengan Bangunan Akhma. Walaupun, tak dapat nak buat interview atas sebab tertentu, kami berjaya dapatkan keperluan untuk exhibition. Segala brochures, hadiah, buku panduan dan lain-lain telah diberi.
Syukur sekali lagi.
Its ok kalau minggu sebelumnya, interview dengan PPNS tak dapat banyak sponsorship dari segi bahan-bahan maklumat tu tapi kami berjaya temu bual selama dua jam walaupun hanya di restoran mamak sekitar UiTM (Restoran Fareed). Ada lah balance di situ.
Cari Baju
Subhanallah, nak kata yang nak cari baru t-shirt plain (selain warna putih) memang tak berapa mudah. apatah lagi nak cari t-shirt berkolar untuk members yang lelaki. *Alhamdulillah kami perempuan sahaja yang membeli, tanpa kewujudan mereka (tengahari Jumaat).
Mula-mula, cari di Tesco yang sama dengan perkakas exhibition, tapi tak serasi dengan kemampuan dari segi kewangan.
Then, pergi Mydin.
Next, AEON. Dalam tu masih tak jumpa.
Alhamdulillah before berputus asa keluar dari AEON Seremban 2 tu, Nany (AJK Keceriaan dan Aktiviti) sempat singgah ke F.O.S. dalam bangunan AEON tu juga.
Cari punya cari, memanglah menarik tapi mahal. Alhamdulillah akhirnya, mata terpandang juga pada sign "RM10". Dan sehelai baju plain tanpa kolar tu actually RM9 each.
Ada saiz S sampai XL. Percaya ke tak?
*Walaupun hakikatnya tu first time menjenguk F.O.S.
Graphic Designer
Alhamdulillah diberi kepercayaan untuk design baju hatta logo group kami.
#IFNotUs
*ce cari kat fb
Actualy,,
At first kitorang nak order kat kedai je baju group. Tetapi, jadi menyusahkan dan costly bila jumlah members cuma 11 orang. Dan harga kedai tu memang mahal tak tahu kenapa, contohnya tshirt je RM20, then bila nak cop logo kena tambah lagi RM20, apa ke hey, kan.
Alhamdulillah ada lah hikmahnya, sebab daripada masalah tu, kami jadi berfikiran kreatif dan berjimat sebab cadangannya untuk beli tshirt sendiri, then yang logo atau design, kami akan spray atau cat.
*Insya-Allah, harap-harap menjadi kenyataan dan tercapai expectation kitorang bila dah buat nanti.
Progres SMP
Alhamdulillah pertengahan sem haritu sempat jumpa Madam Jaja untuk sesi bertemu advisor akademik. Ditakdirkan bahawa beliau merupakan lecturer untuk mass lecture soma, peluang untuk bertanya tentang soma itu ada. Pertemuan pertama beliau pesan untuk draftkan SMP (10 Social Marketing Planning).
Jadi, sehingga hari ni, alhamdulillah kami dapat draft dan sudah disemak dan dikomen oleh madam pada hari Khamis lepas. Banyak juga corrections kena buat. Gigih la insya-Allah nanti nak beritahu apa yang patut pada ahli kumpulan yang buat task ni (4 orang; KP, PKP, s/u dan b/hari).
9 Jun - Tarikh Muktamad
InsyaAllah tarikh exhibition yang dah diluluskan adalah pada 9 Jun 2015 nanti. Moga Allah permudahkan segalanya.
Alhamdulillah.
Insya-Allah,
Wallahu'alam.
:)
No comments:
Post a Comment