Friday, January 29, 2016

BAS AM228 UiTM Semester 4

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

29 Januari 2016

InsyaAllah post kali ni saya akan share atau bagi idea tentang subjek-subjek yang diambil bagi studen BAS, sepanjang semester 4.

Sem ke-4 ni kena daftar 8 subjek; satu subjek yang 4 credit hours (ethics), enam subjek 3 credit hours (pro, csc, policy, hr, km, dan elc) dan satu sahaja yang 2 credit hours, iaitu third language (arabic).

Secara spesifiknya seperti di bawah:

  • CSC408 MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM
  • ELC550 ENGLISH FOR ACADEMIC WRITING
  • ADS514 INTRODUCTION TO PUBLIC POLICY
  • ADS452 ETHICS IN ADMINISTRATION
  • ADM551 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
  • PRO458 PUBLIC RELATIONS
  • THIRD LANGUAGE 
  • ADS503 KNOWLEDGE MANAGEMENT

  • 1. CSC408

    Subjek ni cover pasal technology and globalization, databases, system, management. 
    Kita belajar juga security utk komputer, networks, pelbagai jenis virus dan ubatnya.
    Ada juga e-commerce, sentuh sedikit pasal knowledge management.
    Memang banyak sangat terms yang berbeza antara satu sama lain, tapi, hampir sama.
    Ada satu test, dan banyak quiz online. Berbeza based on lecturer masing-masing.
    Seronok. Untuk assignement kena buat system database guna Microsoft Access. Pernah dengar tak? 
    Contohnya, kumpulan saya, 4 orang, system yang kitorang kena buat "Restaurant Management". So, kitorang spesifikkan kepada ordering system.
    Untuk search past paper kat EQPS, gunakan code CSC208. Sebab boleh jadi dia update guna satu code, yang sama je subjeknya. Cuma mungkin lain fakulti pakai lain code.

    2. ELC550

    ELC sem ni lecturer akan kata susah. Ada yang assessment secara pair, ada yang single. 
    Carrymark 60%, final 40%.
    Kita akan belajar satu per satu topik tentang plagiarism, macamana nak buat in-text citation, reference, paraphrasingsynthesis, dan untuk final, summary dan annotation + bibliography.
    Untuk semua yang bold tu, berbeza antara satu sama lain. Selalu studen keliru, terguna konsep yang patutnya cuma digunakan untuk topik yang lain. So, fokus ya!

    3. ADS514

    Subjek policy, sepatutnya jadi subjek yang paling senang kita faham konsepnya. Flow untuk topik policy based on process of policy making. Ada 6. Campur dengan intro and topik theory, semuanya ada 9 topik sahaja.
    Akan tetapi! Haa,, berjaga-jaga dengan setiap proses yang kadang-kadang boleh mendatangkan kekeliruan antara satu sama lain.

    4. ADS452 (4 credit hours!)

    Haha (sikit). Subjek ni multiple mungkin membingungkan kalau kita tak cuba faham betul-betul.
    Sebab kita akan belajar theory yang berbeza antara satu sama lain, tapi masing-masing kata theory diorang betul dan theory lain tu non-ethical.
    Kita akan belajar pasal ethics dari segi agama, budaya dan lain-lain lah.
    Ada quiz online based on buku text semata-mata, haaa, carilah satu persatu perkataan yang match dengan apa yang soalan nak. Baru boleh skor ^_^

    5. HRM551

    Subjek ni pun banyak benda kena tahu, orang kata banyak benda kena hafal. Memang kalau nak faham tu, kena baca betul-betul and fahamkan time lecturer ajar. Buku text yang kita kena refer banyak. Biasanya HR ni, studen akan pening tang slides yang disediakan oleh setiap lecturer yang berbeza. Ada lecturer buat slide based on textbook Gary Dessler, ada yang Mondy, ada yang Snell Bohlender, dan ada juga yang lain-lain. Jadi, dekat ilearn tu, rajin-rajinlah download smua jenis slide. Untuk points yang banyak. If not, referlah buku text ya!

    6. PRO458

    Belajar PR ni sangat seronok. Cuma... (anou..) Ada certain topic tu banyak sangat kena cover. Best kalau kita dapat cover whole buku text PR tu. Senang nak faham :)
    Antara perkara menarik kena buat press conference. Group saya, 5 orang buat tajuk "Sekolah Satu Aliran".
    Lagi satu! Lecturer kami recommend kitorang untuk tengok movie "THE QUEEN", sebab movie ni banyak cover apa yang kita belajar dalam PR. Contohnya, macamana berhadapan dengan media, community, dan lain-lain public.

    To be continued...

    Membina Pegangan, Memilih Haluan

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

    29 Jan 2016

    *CC kepada studen universiti

    Sebab, bagi orang yang dikatakan 'mencari hidayah' atau 'mencari pengalaman baru' atau apa-apa sahajalah label bagi orang yang nak ada satu-satu aktiviti yang dijadikan pemanis rasa hidup di universiti, insan ini akan terdedah kepada banyak entiti atau badan yang berbeza-beza.

    Semua badan mempunyai perjuangan atau objektif atau goal yang tersendiri.
    Termasuklah, persatuan yang berlandaskan agama tetapi, lebih daripada satu. Maksudnya, ada persatuan A dan persatuan B, yang "Islamik".
    Pelik, atau tidak bagi anda?

    It's ok. yang penting (1) niat kita.
    Dan bagaimana kita menilai, bukan menilai untuk mengatakan persatuan ni betul dan persatuan ni salah, 100%. Tetapi, bagaimana kita garap elemen-elemen di dalamnya bagi sesuai dengan "yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan".

    Sebab, di universiti, most of the members of a club are students, who are the group of people that comes to learn, from zero to at least something. Students are people who always in dilemma of right and wrong, for them to follow, to engage with, or to avoid. So, their words, what they bring, who they are, might be vary from one and another and might be from own assumptions which are not reliable.

    Yang penting (2), kita sendiri perlu menilai tanpa rely on apa yang orang kata, disertaikan dengan panduan dan ilmu.
    Contohnya lah, kita nak kata, "dia ni meragukan, lah. Ada jugak si fulan kata dia ni bla... bla.. bla... Dan aku sendiri pernah nampak dia dengan geng atau kelab dia ni buat bla.. bla.. bla.."

    Macamana kita menilai, boleh banyak cara.
    "Antara" cara basic untuk merungkai satu per satu "kebenaran",
    dengan 5W1H.
    Who,
    Why,
    Where, 
    Which,
    When, and
    How.

    Yang penting (3), kita menilai bukan untuk menghukum seseorang atau satu-satu entiti,
    Tetapi, bagi menjadikan sesuatu "perbuatan" itu sesuatu yang perlu kita ikut, atau tinggalkan.
    Bagi yang berani sikit, yang 'buruk' itu akan dicegah dengan cara-cara tertentu, sewajarnya dan berhikmah.

    Tentang mengikut gerak hati, biarlah 'status hati' yang kita nak 'ikutkan' itu kita yakin pada waktu tu, iman kita, atau keyakinan (tanpa waswas kita) tengah tinggi, bukan waktu kita masih lebih daripada 50% kata, "eh, betul kot..." atau "eh, salah kot..."

    sepatutnya, dalam 60-100%, kata nak ikutkan gerak hati, perlu dengan, "Insya-Allah (keyakinan dengan rasa bertawakkal), apa yang akan aku buat atau ikut ni betul".

    Ingat! ini bermakna, tak sepanjang masa kita perlu ikutkan gerak hati. Yang penting (4), jauhi syubhah! If not, adalah gangguan pada fikiran yang buat kita tak dapat fokus atas khusyuk pada apa yang kita tengah atau akan lakukan. Kalau ada rasa syubhah, cuba dapatkan pendapat atau nasihat orang yang kita boleh percayai yang sesuai dengan skop dilemma yang dialami tu. "SUMBER" ilmu itu penting (5).

    Wallahu'alam. InsyaAllah :)

    Monday, January 18, 2016

    Setitis Cahaya Yang Menyinarkan Hati

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

    18 Jan 2016

    Alhamdulillah, I'm home!
    Tamat sudah semester 4, degree.
    Next sem, semester 5 pula.
    Persediaan untuk practical dan sebagainya.
    Masya-Allah.
    Pertanyaan yang klise, "Boleh ke ni?"
    InsyaAllah.

    Post kali ni insyaAllah just nak santai-santai.
    Masih ada rasa gembira sebab akhirnya pause dpd nak hadap final examination sepanjang degree.

    Teringat moment tadi.
    Rasa macam tak percaya yang disusuli dengan senyuman bahawa itulah hakikatnya!
    (*berdrama)

    Last paper, Policy.
    "Okay, student. Sila berhenti daripada menulis. Masa sudah tamat..."
    Still, memegang pen menulis catitan terakhir atas answer sheet tu.
    At last, tulis no. soalan kat muka depan.
    And, that's it!
    Alhamdulillah. Aku dah habis paper!
    Feeling of Mak and Abah was on the way.
    Plus, nak bergambar dengan classmates yang awesome sem ni,
    (cuma tak cukup).

    Hmm... Apa lagi nak dikata.
    Alhamdulillah, thank you Allah.

    Psst,,,
    Soalan sentap daripada my bestfriend, before melangkahkan kaki keluar dari keretanya,
    "InsyaAllah, DL lagi ya sem ni...", she said.
    "Allah... (bla.. bla.. bla)", me answered.
    *not very confident
    But i hope so, InsyaAllah again.

    Sekian, Wassalamu'alaikum ^_^



















    *Sebentar, apa kena mengena post ni dengan tajuk tu?
    See ya, in the next post!

    Sunday, January 17, 2016

    Teori Kenapa Tak Get Well Dengan Seseorang

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
    "Sesungguhnya Allah yang datangkan teori ini pada saya."

    17 Jan 2016

    Dah lama tak contact kawan.
    Tak keep in touch.
    Tak rapat sangat dengan sahabat usrah yang lama.
    Dah lama tak keep in touch.
    Awkwardness.
    Err.

    Sebab.

    Kita tak pernah sebilik atau serumah dengan dia.
    Sebab tak pernah tidur bersama dia.
    Tak tahu makan minum dia.
    Tak tahu cara perbelanjaan dia.
    Tak kenal dengan mendalam.
    Jarang sesi luahan hati.

    Wallahu'alam.
    Apa and macamana nak buat?

    Inspirasi Teori:
    Usrah Nurani IKIM.fm
    I'm experiencing it.

    Teori Rimas Dengan Barang Orang

    Bismillah
    Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
    "Sesungguhnya Allah yang datangkan pada saya teori ni."

    16 Jan 2016

    Bila tengok barang orang bersepah dalam satu ruang yang dikongsi, kita mudah rasa rimas dan serabut.
    Bila difikir, ya, diorang mungkin tak kemas-kemas barang yang bersepah tu sebab diorang selesa dengan barangbarang tu.

    Kenapa dirorang boleh selesa, tapi kita yang bukan empunya barang-barang tu tak selesa?
    Sebab, empunya barang tahu setiap fungsi barang yang disepahkan tu. Mungkin dia tak sentuh-sentuh barang tu, sebab diorang fikir nanti akan guna jugak, dan kalau susun sekarang pun, nanti guna jugak.

    Macamana benda ni boleh diteorikan, sebab,
    bila kita reflek pada diri sendiri, yes, memang boleh kena pada batang hidung sendiri. Lagi-lagi, time-time tengah banyak task, assignement, stress dan yang seangkatan.

    Sama la macam ayat yang kita selalu dengar,

    "Seseorang tu takkan sedar bau badan sendiri"

    dan juga,

    "Kenapa orang lain asyik nampak salah kita, atau sebaliknya".

    Moral of the theory, kemaslah barang sendiri dulu before nak kata orang tu buat sepah. Supaya tanggapan yang sama tak terkena pada diri sendiri.
    Tegur, dari awal. Sebab kalau didiamkan, boleh jadi dendam sebab bawa stress yang kunjung tiba.

    Sekian.
    Alhamdulillah.

    Saturday, January 16, 2016

    Teori Tolak

    Bismillah.
    Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
    "Sesungguhnya Allah yang datangkan pada saya teori ini"

    16 Januari 2016

    Tolak apa? - tolak orang
    Saya sedar bila saya ditolak orang, badan saya secara over-acting suka meraikan tolakan itu dengan melangkau atau melonjakkan badan sejarak yang boleh dari position asal.

    Orang yang ringan
    Lebih baik jika apabila ditolak, dia melonjakkan badannya mengikut arah tolakan. Sebab, bagi memastikan organ dalaman terutamanya jantung tidak mengalami getaran yang membuatkan jantung terkejut, dan menyebabkan jantung berdegup dengan lebih laju. Jika saya tak berbuat demikian, saya akan berasa lemah sebab tiada tindak balas, dan tak mengaktifkan deria untuk membantu degupan jantung dengan lebih baik. Syaratnya, kadar lonjakan perlu cukup dan tidak berhenti secara mendadak.

    Orang yang berat
    Jika daya tolakan perlahan (eg. ditepis, dicuit), dia tak perlu melonjakkan badan. Tanpa melonjakkan badan, jantung akan terpelihara daripada getaran, sebab daging atau lemak yang lebih membantu seimbangkan atau serap getaran perlahan yang berlaku. Mungkin juga, boleh kata dengan sebab ini juga orang yang berlebihan berat badan kurang sensitif dengan perubahan environment.

    Manakala, jika daya tolakan itu kuat, dia kena injakkan badan dengan kadar yang cukup tanpa berhenti secara mendadak. Sebab orang yang berat, inertia dia pun kuat. Jika dia tak injakkan badan, getaran pada jantung akan jadi teramat kuat berkali-kali ganda berbanding orang yang ringan/kurus.

    RINGKASAN
    Teori tolak badan orang, berkait dengan teori inertia (fizik).
    Semakin berat sesuatu objek, semakin tinggi inertia. Mempengaruhi sesuatu objek untuk berhenti atau bergerak dengan kadar yang pantas atau lebih perlahan.

    Moment of this theory:
    @rumah sewa Arab (my friend). Studying Ethics for final exam.

    Cipta Teori Sendiri : Label Baru

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

    16 Januari 2016

    It's been a long time. I think.
    Memandangkan saya suka untuk fikir-fikir (kadang-kadang luar daripada point), tidak semua orang boleh terima apabila kita juga menyampaikannya pada orang.

    "Pelik.."

    Jadi, (sambung ayat 'memandangkan') saya ambillah peluang ada blog ni untuk merekodkan tacit knowledge ie. experience of thinking di sini. Supaya, it is recorded, shared and if relevant and beneficial, to be adapted by others.

    *Process of knowledge management. Pula.

    So, automatically, post ni jadi teori permulaan saya. Alhamdulillah. Gotcha!

    Moment today:
    Malam lepas ambik paper CSC408 (Management Information System) a.k.a second last paper syndrome. Mudah-mudahan lebih bersemangat untuk study last paper policy. Ganbatte!
    Just taking virtual fresh air through blogging while starting study mode back.