Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
29 Januari 2016
InsyaAllah post kali ni saya akan share atau bagi idea tentang subjek-subjek yang diambil bagi studen BAS, sepanjang semester 4.
Sem ke-4 ni kena daftar 8 subjek; satu subjek yang 4 credit hours (ethics), enam subjek 3 credit hours (pro, csc, policy, hr, km, dan elc) dan satu sahaja yang 2 credit hours, iaitu third language (arabic).
Secara spesifiknya seperti di bawah:
1. CSC408
Subjek ni cover pasal technology and globalization, databases, system, management.
Kita belajar juga security utk komputer, networks, pelbagai jenis virus dan ubatnya.
Ada juga e-commerce, sentuh sedikit pasal knowledge management.
Memang banyak sangat terms yang berbeza antara satu sama lain, tapi, hampir sama.
Ada satu test, dan banyak quiz online. Berbeza based on lecturer masing-masing.
Seronok. Untuk assignement kena buat system database guna Microsoft Access. Pernah dengar tak?
Contohnya, kumpulan saya, 4 orang, system yang kitorang kena buat "Restaurant Management". So, kitorang spesifikkan kepada ordering system.
Untuk search past paper kat EQPS, gunakan code CSC208. Sebab boleh jadi dia update guna satu code, yang sama je subjeknya. Cuma mungkin lain fakulti pakai lain code.
2. ELC550
ELC sem ni lecturer akan kata susah. Ada yang assessment secara pair, ada yang single.
Carrymark 60%, final 40%.
Kita akan belajar satu per satu topik tentang plagiarism, macamana nak buat in-text citation, reference, paraphrasing, synthesis, dan untuk final, summary dan annotation + bibliography.
Untuk semua yang bold tu, berbeza antara satu sama lain. Selalu studen keliru, terguna konsep yang patutnya cuma digunakan untuk topik yang lain. So, fokus ya!
3. ADS514
Subjek policy, sepatutnya jadi subjek yang paling senang kita faham konsepnya. Flow untuk topik policy based on process of policy making. Ada 6. Campur dengan intro and topik theory, semuanya ada 9 topik sahaja.
Akan tetapi! Haa,, berjaga-jaga dengan setiap proses yang kadang-kadang boleh mendatangkan kekeliruan antara satu sama lain.
4. ADS452 (4 credit hours!)
Haha (sikit). Subjek ni multiple mungkin membingungkan kalau kita tak cuba faham betul-betul.
Sebab kita akan belajar theory yang berbeza antara satu sama lain, tapi masing-masing kata theory diorang betul dan theory lain tu non-ethical.
Kita akan belajar pasal ethics dari segi agama, budaya dan lain-lain lah.
Ada quiz online based on buku text semata-mata, haaa, carilah satu persatu perkataan yang match dengan apa yang soalan nak. Baru boleh skor ^_^
5. HRM551
Subjek ni pun banyak benda kena tahu, orang kata banyak benda kena hafal. Memang kalau nak faham tu, kena baca betul-betul and fahamkan time lecturer ajar. Buku text yang kita kena refer banyak. Biasanya HR ni, studen akan pening tang slides yang disediakan oleh setiap lecturer yang berbeza. Ada lecturer buat slide based on textbook Gary Dessler, ada yang Mondy, ada yang Snell Bohlender, dan ada juga yang lain-lain. Jadi, dekat ilearn tu, rajin-rajinlah download smua jenis slide. Untuk points yang banyak. If not, referlah buku text ya!
6. PRO458
Belajar PR ni sangat seronok. Cuma... (anou..) Ada certain topic tu banyak sangat kena cover. Best kalau kita dapat cover whole buku text PR tu. Senang nak faham :)
Antara perkara menarik kena buat press conference. Group saya, 5 orang buat tajuk "Sekolah Satu Aliran".
Lagi satu! Lecturer kami recommend kitorang untuk tengok movie "THE QUEEN", sebab movie ni banyak cover apa yang kita belajar dalam PR. Contohnya, macamana berhadapan dengan media, community, dan lain-lain public.
To be continued...
Salam nk tnya, boleh tak terangkan sdikit ttg subject elective?
ReplyDeleteUitm merbok offer dua electives shja, knowledge management dn local goverment. Sy xthu nk pilih y mana. Sy igt ader advance industrial relation.
Mintak tunjuk ajar yer. Terima kasih ��