Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
"Sesungguhnya Allah yang datangkan pada saya teori ini"
16 Januari 2016
Tolak apa? - tolak orang
Saya sedar bila saya ditolak orang, badan saya secara over-acting suka meraikan tolakan itu dengan melangkau atau melonjakkan badan sejarak yang boleh dari position asal.
Orang yang ringan
Lebih baik jika apabila ditolak, dia melonjakkan badannya mengikut arah tolakan. Sebab, bagi memastikan organ dalaman terutamanya jantung tidak mengalami getaran yang membuatkan jantung terkejut, dan menyebabkan jantung berdegup dengan lebih laju. Jika saya tak berbuat demikian, saya akan berasa lemah sebab tiada tindak balas, dan tak mengaktifkan deria untuk membantu degupan jantung dengan lebih baik. Syaratnya, kadar lonjakan perlu cukup dan tidak berhenti secara mendadak.
Orang yang berat
Jika daya tolakan perlahan (eg. ditepis, dicuit), dia tak perlu melonjakkan badan. Tanpa melonjakkan badan, jantung akan terpelihara daripada getaran, sebab daging atau lemak yang lebih membantu seimbangkan atau serap getaran perlahan yang berlaku. Mungkin juga, boleh kata dengan sebab ini juga orang yang berlebihan berat badan kurang sensitif dengan perubahan environment.
Manakala, jika daya tolakan itu kuat, dia kena injakkan badan dengan kadar yang cukup tanpa berhenti secara mendadak. Sebab orang yang berat, inertia dia pun kuat. Jika dia tak injakkan badan, getaran pada jantung akan jadi teramat kuat berkali-kali ganda berbanding orang yang ringan/kurus.
RINGKASAN
Teori tolak badan orang, berkait dengan teori inertia (fizik).
Semakin berat sesuatu objek, semakin tinggi inertia. Mempengaruhi sesuatu objek untuk berhenti atau bergerak dengan kadar yang pantas atau lebih perlahan.
Moment of this theory:
@rumah sewa Arab (my friend). Studying Ethics for final exam.
No comments:
Post a Comment