Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
29 Jan 2016
*CC kepada studen universiti
Sebab, bagi orang yang dikatakan 'mencari hidayah' atau 'mencari pengalaman baru' atau apa-apa sahajalah label bagi orang yang nak ada satu-satu aktiviti yang dijadikan pemanis rasa hidup di universiti, insan ini akan terdedah kepada banyak entiti atau badan yang berbeza-beza.
Semua badan mempunyai perjuangan atau objektif atau goal yang tersendiri.
Termasuklah, persatuan yang berlandaskan agama tetapi, lebih daripada satu. Maksudnya, ada persatuan A dan persatuan B, yang "Islamik".
Pelik, atau tidak bagi anda?
It's ok. yang penting (1) niat kita.
Dan bagaimana kita menilai, bukan menilai untuk mengatakan persatuan ni betul dan persatuan ni salah, 100%. Tetapi, bagaimana kita garap elemen-elemen di dalamnya bagi sesuai dengan "yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan".
Sebab, di universiti, most of the members of a club are students, who are the group of people that comes to learn, from zero to at least something. Students are people who always in dilemma of right and wrong, for them to follow, to engage with, or to avoid. So, their words, what they bring, who they are, might be vary from one and another and might be from own assumptions which are not reliable.
Yang penting (2), kita sendiri perlu menilai tanpa rely on apa yang orang kata, disertaikan dengan panduan dan ilmu.
Contohnya lah, kita nak kata, "dia ni meragukan, lah. Ada jugak si fulan kata dia ni bla... bla.. bla... Dan aku sendiri pernah nampak dia dengan geng atau kelab dia ni buat bla.. bla.. bla.."
Macamana kita menilai, boleh banyak cara.
"Antara" cara basic untuk merungkai satu per satu "kebenaran",
dengan 5W1H.
Who,
Why,
Where,
Which,
When, and
How.
Yang penting (3), kita menilai bukan untuk menghukum seseorang atau satu-satu entiti,
Tetapi, bagi menjadikan sesuatu "perbuatan" itu sesuatu yang perlu kita ikut, atau tinggalkan.
Bagi yang berani sikit, yang 'buruk' itu akan dicegah dengan cara-cara tertentu, sewajarnya dan berhikmah.
Tentang mengikut gerak hati, biarlah 'status hati' yang kita nak 'ikutkan' itu kita yakin pada waktu tu, iman kita, atau keyakinan (tanpa waswas kita) tengah tinggi, bukan waktu kita masih lebih daripada 50% kata, "eh, betul kot..." atau "eh, salah kot..."
sepatutnya, dalam 60-100%, kata nak ikutkan gerak hati, perlu dengan, "Insya-Allah (keyakinan dengan rasa bertawakkal), apa yang akan aku buat atau ikut ni betul".
Ingat! ini bermakna, tak sepanjang masa kita perlu ikutkan gerak hati. Yang penting (4), jauhi syubhah! If not, adalah gangguan pada fikiran yang buat kita tak dapat fokus atas khusyuk pada apa yang kita tengah atau akan lakukan. Kalau ada rasa syubhah, cuba dapatkan pendapat atau nasihat orang yang kita boleh percayai yang sesuai dengan skop dilemma yang dialami tu. "SUMBER" ilmu itu penting (5).
Wallahu'alam. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment