Tuesday, February 14, 2017

Doa dari jauh, adik-beradik

14.2.2017
Bismillah.

Subhanallah.
Sesungguhnya, bila kita yakin yg Allah akan tunjukkan kebesaranNya kepada hamba pendosa seperti kita, insyaAllah itulah yg Allah akan tunaikan.

Pernah dengar, "Allah ialah seperti apa yg disangka hambaNya,"?

-----

Petang td, sambil ana mengambil gambar sunflower (spt post before ni), kereta kakak ana pun turun dari bukit mini di halaman rumah kami. Kutoleh kereta myvi putih itu, alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Kusambung tangkap gambar, cari angle dalam kebingunan.

-----

Nga-ngah masuk dlm rumah, tergesa-gesa. Belum solat Asar katanya. Tak kusangka ada sesuatu yg berlaku kepadanya tadi.

"Mak!... Mak tau tak, adek nyaris-nyaris accident td!..." Nga2h buat semua org terkejut.
*'adek' tu nga2h laa hai.

Ana pun... "Ya Allah," kata hati.

-----

Iya. Itulah hikmahnya, berbalik kepada tajuk. Sebaik sahaja mendengar berita nga-ngah tu, ana teringat saat ana prepare  untuk goreng sukun tadi;

Ana sedar jam dah lepas pukul 6, dalam pukul 6.10-6.15 PM macam tu, tapi, belum dengar bunyi aircond kereta nga2h dipadamkan seperti selalu, iaitu sebelum pukul 6. Lebih pukul 6 dikira rare, kalau ada hal.

'Ya Allah, selamatkanlah perjalanan nga2h,' detik hati. Kugaul potongan sukun bersama bancuhan tepung beras dan tepung pisang goreng.

'Hmm, untungnya jadi org baik, insyaAllah ada org doakan bila dia belum balik,' lintasan hatiku. Rasanya waktu tu dah nak pukul 6.30.

Then, apa yg berlaku?
*Berlaku seperti di atas.

-----

Memang tak sangka, Allah nak tunjuk berkaitan 'doa' tu. Tak sangka...

Alhamdulillah kakak ana selamat.

No comments:

Post a Comment