Bismillah.
14.2.2017
Kanak-kanak mempunyai imaginasi yg kita tak dapat nak grab dan fahami melainkan observation yg memakan masa. Sumbernya adalah berdasarkan televisyen, atau medium visual yg lain. Kita yg dewasa kelihatan lebih besar berbanding mereka, menghasilkan rasa takut kerana pengaruh watak rasaksa di dalam cerita-cerita di televisyen. Watak rasaksa sering digambarkan sbg makhluk yg membunuh, jahat, ganas dan menyakitkan.
Oleh itu, kita perlu mengambil langkah 'mendekati' dan 'menenangkan' dengan berkomunikasi dgn sama level bersama mereka.
Mata menjadi indikator kita berada pada level yg sama. Jika ketinggian mata mereka berada 1/2 meter dari lantai, maka, mata kita juga perlu berada pada ketinggin yg sama, supaya mereka melihat kita sama seperti mereka.
Jika ingin menegur kanak-kanak, ambillah langkah ini, dgn harapan mereka lebih faham kerana perasaan mereka tidak terganggu oleh ketakutan atas faktor ketinggian atau 'rasaksa'.
Sedarilah, mereka masih belajar, belum mumaiyiz, tidak semestinya faham, perlukan contoh ikutan dan dosa dan pahala itu ditimbang pada neraca kita.
Bilamana kita marah, tanpa kawalan, minta maaf kepada mereka, dan akui itu salah.
LOVE <3
No comments:
Post a Comment