Saturday, February 23, 2019

Peringatan

Bismillah.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
23022019

"PERINGATAN"
Percaya tak, yang kita ni perlukan peringatan selalu (walaupun bagi kita ia agak membosankan)?
Siapa yg tak mengaku dirinya selalu "lupa"? Tidak kisahlah, lupa pada satu-satu kerja ke, lupa kunci letak mana ke, sehinggalah seserius lupa yg kita belum solat...

Contohnya (nak menunjukkan peringatan itu perlu), dulu waktu sekolah, kita selalu diingatkan utk baca Surah al-Mulk sebelum tidur. Jadi, waktu tu memang kita tak lupa lah nak baca, lebih-lebih lagi jika tinggal di asrama, baca surah berkenaan adalah dibuat secara berjemaah. Bila dah habis sekolah, masuk universiti, kita masih lagi amalkan secara individu... Namun, tak lama. Sebab, dari semasa ke semasa pd waktu tu kita disibukkan dgn assignment serta aktiviti kokurikulum yg membuatkan kita sendiri tertidur dgn kerja-kerja yg tidak berkesudahan itu. Kita makin 'tak sempat' nak baca. Dan lama kelamaan kita pun dah lupa yg kita 'kena' baca surah tu kalau kita nak terhindar daripada azab kubur. Kemudian, lepas grad, kita masuk pula ke alam kerja, ada orang (kawan kita) ajak kita try dengar ceramah.. Best katanya ustaz/ustazah tu punya penyampaian.. Masa tulah Allah hantarkan peringatan kat kita. Ditakdirkan topik pada masa tu adalah kehidupan selepas kematian. Ustaz/ustazah tu pun selitkan tentang sunnah membaca Surah al-Mulk tu supaya Allah selamatkan kira daripada hukuman di kubur... Barulah kita teringat yg kita dulu pernah amalkan tp sekarang kita dah terleka dengan desakkan dunia. Masa tulah, kita akan buat keputusan samada kita nak buat turning point time tu juga atau, tangguh dulu lain masa (agak rugi).

Begitulah contoh perlunya kita kepada peringatan, kerana kita memang mudah lupa dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Termasuklah peringatan bersifat pada ilmu yang baru. Semoga hati dan diri kita terbuka untuk menerima dan 'mencari' peringatan (memandangkan kita pun tak tahu benda apa yg kita sedang lupa). InsyaAllah :)

Saturday, February 16, 2019

Attitude Bila Gerak Dakwah Berjemaah 1

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
16 Februari 2019

Malam tadi saya bersembang panjang dengan teman bilik mengenai beberapa perkara. Antaranya:

1. Institusi masjid/surau
2. Persatuan Islam di universiti/kolej
3. Rezeki berupa kawan-kawan yg baik di sekeliling
4. Mujahadah bila bersosial di dunia sebenar

Izinkan saya share satu per satu.

1. Institusi masjid/surau

Perbincangan bermula apabila kami mula menyentuh mengenai pendekatan golongan 'orang masjid/surau' dalam menyampaikan agama berbanding penyebar agama Kristian.

Kami sama-sama kesal apabila memikirkan bahawa golongan orang masjid/surau tidak memainkan peranan dalam menunjukkan akhlak yg baik kepada para musafir, golongan mualaf atau orang awam yg ingin menggunakan masjid sebagai tempat berehat. Lebih parah lagi apabila mereka mengambil tindakan 'menghalau' golongan-golongan tersebut atas sebab yang tidak diketahui namun bagi kami tiada sebab yg munasabah.

Berbeza dengan penyebar agama Kristian, mereka cuba mendekati golongan yg memerlukan dengan cara halus/lembut bagi menambat hati golongan yang memerlukan. Mereka datang kepada golongan-golongan yg tersebut di atas dengan menawarkan bantuan seperti wang. Lama kelamaan, golongan yg memerlukan ini kerap datang kepada mereka utk terus mendapatkan bantuan. Di situlah mereka mula menyuntik kefahaman agama mereka. Mereka membawa Bible bersama utk tujuan mengajar.

Sebagai contoh kes, Pertubuhan Sukarelawan Misi7 ada membantu satu rumah/madrasah yg didiami oleh pelarian Rohingya muslim. Pelarian ini mempunyai masalah untuk mendapatkan dana bagi menjalankan pendidikan di situ akibat tiada sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah isu racist. Semasa fasa penilaian rumah itu, Misi7 telah mendapat tahu bahawa rumah itu pernah didatangi oleh orang-orang yg ingin menawarkan pengajian percuma kepada warga di rumah itu tetapi pengajian yg ingin disampaikan adalah kitab Bible dan bukannya al-Quran dan tauhid. Dan jika tidak silap, mereka datang ke rumah itu bukanlah sekali. Bayangkan jika kita tak bertindak apa-apa serta membiarkan sahaja perkara itu berlaku? Apa akan terjadi kpd akidah golongan lemah ini?

Apabila menyentuh kepada soal pengurusan kewangan institusi masjid, lebihlah menyedihkan. Saya mengeluarkan kenyataan bahawa, "orang ramai bersedekah ke masjid bagi membersihkan hati mereka daripada keduniaan, tetapi, institusi masjid yang menggunakan duit itu untuk keduniaan,". Isu orang awam tidak dapat memasuki masjid sebab masjid hanya dibuka pada waktu tertentu sangatlah tidak asing lagi untuk kita di Malaysia. Alasan yg selalu diberikan adalah faktor keselamatan terutamanya membimbangi sebarang kecurian pada tabung masjid mahupun peralatan canggih yg terpasang di masjid.  Apa cerita? Sumbangan mingguan mencecah puluhan ribu ringgit tetapi ke mana duit itu disalurkan? Institusi seperti masjid adalah wajar untuk mengwarwarkan ke mana duit-duit kutipan tabung yg disumbangkan oleh orang awam digunakan. Kita tidak mahu hanya melihat itu ini diupgrade tetapi untuk tujuan kemasyarakatan tiada. Institusi masjid juga perlu menzahirkan kesederhanaan dalam perbelanjaan. AJK masjid perlu menggunakan duit tabung masjid bagi menyelesaikan kemaslahatan ummah terutamanya dalam membangunkan masyarakat serta menarik ramai lagi orang kepada Allah s.w.t. dengan strategi yang berkesan.

Selain itu, Institusi masjid juga tidak terkecuali dalam mainan politik. Kebiasaan yg saya lihat, perkara ini banyak berlaku di kawasan kampung di mana jumlah kepala orang yg mengunjungi masjid lebih sedikit berbanding di bandar. Bagi saya, jika penyakit kotor politik itu mula menyerang sesebuah masjid atau surau, maka retaklah kepercayaan orang ramai. Maka berkurang lagilah jemaah masjid. MasyaAllah berkurang lagilah orang yg ingin datang ke masjid/surau kerana Allah... Na'uzubillah. Penyakit yg saya maksudkan termasuklah membenci orang yg mempunyai haluan politik berbeza, imam/bilal dimestikan dipilih daripada parti politik yg memenangi masjid/kariah itu, pecah amanah, fitnah memfitnah akan amanah, dan pelbagai lagi. Kenyataan yg selalu digunakan sesuai dengan keadaan ini adalah "orang Islam sendiri membenci orang Islam," maka politik lah salah satu puncanya. Di sini menunjukkan sikap tidak matang oleh AJK institusi masjid/surau.

2. Persatuan Islam di universiti/kolej (bersambung pada post seterusnya)

Monday, February 11, 2019

3IN1 Muka Surat 23 Surah Al-Baqarah

Subhanallah! Rupa-rupanya dalam m/s 23 Al-Quran, ada 3 ayat/potong ayat dari Surah al-Baqarah yang selalu diulang-ulang sebagai motivasi utk kita.

1. Ayat 148: "... Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan..." ("Fastabiqulkhairat")

2. Ayat 152: ".. ingatlah kamu kepada-Ku (Allah), nescaya Aku ingat (pula) kepadamu..." ("Fazkuruni, azkurkum")

3. Ayat 153: "... mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar." ("Fasta'inu bissobri wassolaah, innallaha ma'assobiriin,")💕

Gotcha! Renung-renungkan & selamat beramal~ 😉

Sunday, February 10, 2019

Review Buku Tajwid "Ilmu Tajwid: Cara Mudah & Berkesan, Ustaz Haji As'ad Humam"

Review Buku Tajwid "Ilmu Tajwid: Cara Mudah & Berkesan, Ustaz Haji As'ad Humam"

Buku ni Ustaz Nizam di tempat saya guna utk ajar tajwid kepada kami. Apa-apa pun, rukun tilawah al-Quran ada 4, kita kena usaha untuk turuti. Salah satunya termasuklah belajar dgn guru face-to-face. Guru mengajar sambil merujuk buku, dan akan menambah point (selain yg tertulis dalam buku) berdasarkan ilmu yg ada padanya.

Saya sendiri lewat mengikuti kelas Ustaz. Walaupun agak ketinggalan, dan sekarang buku telahpun dihabiskan silibusnya, ustaz mengambil langkah seterusnya dengan membawa kami mengulangkaji pula tajwid dengan meneliti satu per satu surah terpilih dan mengeluarkan hukum-hukum tajwid  yg terdapat dlm setiap ayat (sbg cth. Surah Al-Fatehah).

InsyaAllah Allah mudahkan usaha kita perbaiki bacaan al-Quran dan ilmu agama.
Ingat, cari ilmu!
10022019

Misi 1: Induksi Sukarelawan

10 Feb 2019
(Dengan bismillah)

Buat sesuatu perlu dengan ilmu.
And, one of my 2019 goal is to involve with volunteer work.
Alhamdulillah semalam Allah izinkan utk hadir ke program induksi yg dianjurkan oleh Pertubuhan Sukarelawan Misi 7.

**Behind the scene:
Beristikharah juga lah nak dtg (buat keputusan last minit) sebab kat kampung pun ada kenduri kahwin sedara, jadi, nak pergi yg mana satu?? Dan Allah takdirkan gerak hati dan izin daripada mak utk "takpela, kalau tak dapat balik kalau dah ada program," (mak).
Sejak tahun lepas dh daftar (utk sesi hujung tahun lepas) dan terpaksa postponed  kepada hari semalam (eventually, alhamdulillah dpt jugak jejakkan kaki).

**Reality (review):
Program induksi macam yg saya hadir ni memang satu keperluan untuk dibuat oleh satu-satu pertubuhan sukarelawan. Yang penting, kena ada objektif yg jelas. Dan... "Misi 7" berjaya mengendalikannya. Sebab, ilmu itu penting bila kita nak buat sesuatu supaya apa yg kita nak buat tu ada tujuan, ada panduan, dan memberi kesan kepada diri dan juga orang lain. Ada saja program sukarelawan yg saya nampak tak jaga akhlak dan batas pergaulan sebab dyorang tak diberi pendedahan mendalam pun kenapa (secara tersiratnya) dyorang join sukarelawan ni. Semuanya bermula dengan niat. Dan, niat tu akan lebih terarah dengan ilmu. Dengan ilmu, kita akan tahu dan faham, kita kena buat satu-satu amal tu dengan ikhlas, dengan sabar. Tanpa ilmu pun kita takkan tahu cara utk sabar. Sebagai contoh, orang selalu kata "sabar ada limit" sedangkan sabar tak pernah ada limit melainkan kita yang mengehadkannya. Dan, walaupun dengan ilmu A kita belajar kena sabar, tapi, tak berjaya lakukannya, kita ada ilmu B yg mengatakan kalau kita tak dapat sabar juga, kita kena buat apa ie. istighfar, diam, mengasingkan diri (supaya elak bila jumpa orang mesti nak luahkan isi hati yg tak puas hati)... Nah... Itulah rantaian ilmu... A-B-C-...infiniti. Sebab tu kita tak boleh rasa cukup dengan apa yg kita dah belajar setakat masa sekolah-universiti 'dulu-dulu'. Kita kena cari ilmu.

Ok... Program induksi ni juga kita akan dengar macam-macam cerita/pengalaman dugaan-dugaan, cabaran, kesukaran, peristiwa luar jangkaan, daripada orang-orang yg berpengalaman. Macam yg Mar hadir semalam, dalam 10 orang peserta, Mar sorang jer yg 'first timer' dalam volunteer ni (tapi I tak menyesal pun... Hehe... I masih muda, dan moga Allah beri izin utk join next mission). Banyak tempat yg dyorang dah pergi, dalam dan luar negara... Yg interesting of course laa luar negara. Cth pengalaman: Misi ke Lombok, Rohingya (naik cruise 21 hari, tapi, tak dpt turun akhirnya sebab kena kepung dgn navy sana), Palu, dll. 3 tempat utama tu memang interesting mission yg mencabar.

"Misi 7" jugak beri penekanan bahawa pertubuhan ni laksanakan satu-satu misi tu mesti dengan melalui 4 fasa, termasuklah yang pertama "Fasa Penilaian" (the most important step). Sehinggalan fasa akhir (pelepasan). Sampai satu masa, bila Misi 7 dah dapat lihat penerima bantuan dapat jana dana sendiri untuk bukan saja keluar daripada kepompong kemiskinan (asnaf) juga memajukan masyarakat setempat, insyaAllah that means misi mereka telah pun berjaya capai objektif.

Begitulah serba sebanyak yg dapat Mar kongsikan dengan kalian yg sempat & sudi membaca posting ini. Taqabballahuminna waminka. Moga Allah izinkan utk kita memanfaatkan tenaga, masa dan harta untuk bantu orang lain. InsyaAllah.

Volunteer, donate, travel.
#misi7