Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
16 Februari 2019
Malam tadi saya bersembang panjang dengan teman bilik mengenai beberapa perkara. Antaranya:
1. Institusi masjid/surau
2. Persatuan Islam di universiti/kolej
3. Rezeki berupa kawan-kawan yg baik di sekeliling
4. Mujahadah bila bersosial di dunia sebenar
Izinkan saya share satu per satu.
1. Institusi masjid/surau
Perbincangan bermula apabila kami mula menyentuh mengenai pendekatan golongan 'orang masjid/surau' dalam menyampaikan agama berbanding penyebar agama Kristian.
Kami sama-sama kesal apabila memikirkan bahawa golongan orang masjid/surau tidak memainkan peranan dalam menunjukkan akhlak yg baik kepada para musafir, golongan mualaf atau orang awam yg ingin menggunakan masjid sebagai tempat berehat. Lebih parah lagi apabila mereka mengambil tindakan 'menghalau' golongan-golongan tersebut atas sebab yang tidak diketahui namun bagi kami tiada sebab yg munasabah.
Berbeza dengan penyebar agama Kristian, mereka cuba mendekati golongan yg memerlukan dengan cara halus/lembut bagi menambat hati golongan yang memerlukan. Mereka datang kepada golongan-golongan yg tersebut di atas dengan menawarkan bantuan seperti wang. Lama kelamaan, golongan yg memerlukan ini kerap datang kepada mereka utk terus mendapatkan bantuan. Di situlah mereka mula menyuntik kefahaman agama mereka. Mereka membawa Bible bersama utk tujuan mengajar.
Sebagai contoh kes, Pertubuhan Sukarelawan Misi7 ada membantu satu rumah/madrasah yg didiami oleh pelarian Rohingya muslim. Pelarian ini mempunyai masalah untuk mendapatkan dana bagi menjalankan pendidikan di situ akibat tiada sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah isu racist. Semasa fasa penilaian rumah itu, Misi7 telah mendapat tahu bahawa rumah itu pernah didatangi oleh orang-orang yg ingin menawarkan pengajian percuma kepada warga di rumah itu tetapi pengajian yg ingin disampaikan adalah kitab Bible dan bukannya al-Quran dan tauhid. Dan jika tidak silap, mereka datang ke rumah itu bukanlah sekali. Bayangkan jika kita tak bertindak apa-apa serta membiarkan sahaja perkara itu berlaku? Apa akan terjadi kpd akidah golongan lemah ini?
Apabila menyentuh kepada soal pengurusan kewangan institusi masjid, lebihlah menyedihkan. Saya mengeluarkan kenyataan bahawa, "orang ramai bersedekah ke masjid bagi membersihkan hati mereka daripada keduniaan, tetapi, institusi masjid yang menggunakan duit itu untuk keduniaan,". Isu orang awam tidak dapat memasuki masjid sebab masjid hanya dibuka pada waktu tertentu sangatlah tidak asing lagi untuk kita di Malaysia. Alasan yg selalu diberikan adalah faktor keselamatan terutamanya membimbangi sebarang kecurian pada tabung masjid mahupun peralatan canggih yg terpasang di masjid. Apa cerita? Sumbangan mingguan mencecah puluhan ribu ringgit tetapi ke mana duit itu disalurkan? Institusi seperti masjid adalah wajar untuk mengwarwarkan ke mana duit-duit kutipan tabung yg disumbangkan oleh orang awam digunakan. Kita tidak mahu hanya melihat itu ini diupgrade tetapi untuk tujuan kemasyarakatan tiada. Institusi masjid juga perlu menzahirkan kesederhanaan dalam perbelanjaan. AJK masjid perlu menggunakan duit tabung masjid bagi menyelesaikan kemaslahatan ummah terutamanya dalam membangunkan masyarakat serta menarik ramai lagi orang kepada Allah s.w.t. dengan strategi yang berkesan.
Selain itu, Institusi masjid juga tidak terkecuali dalam mainan politik. Kebiasaan yg saya lihat, perkara ini banyak berlaku di kawasan kampung di mana jumlah kepala orang yg mengunjungi masjid lebih sedikit berbanding di bandar. Bagi saya, jika penyakit kotor politik itu mula menyerang sesebuah masjid atau surau, maka retaklah kepercayaan orang ramai. Maka berkurang lagilah jemaah masjid. MasyaAllah berkurang lagilah orang yg ingin datang ke masjid/surau kerana Allah... Na'uzubillah. Penyakit yg saya maksudkan termasuklah membenci orang yg mempunyai haluan politik berbeza, imam/bilal dimestikan dipilih daripada parti politik yg memenangi masjid/kariah itu, pecah amanah, fitnah memfitnah akan amanah, dan pelbagai lagi. Kenyataan yg selalu digunakan sesuai dengan keadaan ini adalah "orang Islam sendiri membenci orang Islam," maka politik lah salah satu puncanya. Di sini menunjukkan sikap tidak matang oleh AJK institusi masjid/surau.
2. Persatuan Islam di universiti/kolej (bersambung pada post seterusnya)
No comments:
Post a Comment