10 Feb 2019
(Dengan bismillah)
Buat sesuatu perlu dengan ilmu.
And, one of my 2019 goal is to involve with volunteer work.
Alhamdulillah semalam Allah izinkan utk hadir ke program induksi yg dianjurkan oleh Pertubuhan Sukarelawan Misi 7.
**Behind the scene:
Beristikharah juga lah nak dtg (buat keputusan last minit) sebab kat kampung pun ada kenduri kahwin sedara, jadi, nak pergi yg mana satu?? Dan Allah takdirkan gerak hati dan izin daripada mak utk "takpela, kalau tak dapat balik kalau dah ada program," (mak).
Sejak tahun lepas dh daftar (utk sesi hujung tahun lepas) dan terpaksa postponed kepada hari semalam (eventually, alhamdulillah dpt jugak jejakkan kaki).
**Reality (review):
Program induksi macam yg saya hadir ni memang satu keperluan untuk dibuat oleh satu-satu pertubuhan sukarelawan. Yang penting, kena ada objektif yg jelas. Dan... "Misi 7" berjaya mengendalikannya. Sebab, ilmu itu penting bila kita nak buat sesuatu supaya apa yg kita nak buat tu ada tujuan, ada panduan, dan memberi kesan kepada diri dan juga orang lain. Ada saja program sukarelawan yg saya nampak tak jaga akhlak dan batas pergaulan sebab dyorang tak diberi pendedahan mendalam pun kenapa (secara tersiratnya) dyorang join sukarelawan ni. Semuanya bermula dengan niat. Dan, niat tu akan lebih terarah dengan ilmu. Dengan ilmu, kita akan tahu dan faham, kita kena buat satu-satu amal tu dengan ikhlas, dengan sabar. Tanpa ilmu pun kita takkan tahu cara utk sabar. Sebagai contoh, orang selalu kata "sabar ada limit" sedangkan sabar tak pernah ada limit melainkan kita yang mengehadkannya. Dan, walaupun dengan ilmu A kita belajar kena sabar, tapi, tak berjaya lakukannya, kita ada ilmu B yg mengatakan kalau kita tak dapat sabar juga, kita kena buat apa ie. istighfar, diam, mengasingkan diri (supaya elak bila jumpa orang mesti nak luahkan isi hati yg tak puas hati)... Nah... Itulah rantaian ilmu... A-B-C-...infiniti. Sebab tu kita tak boleh rasa cukup dengan apa yg kita dah belajar setakat masa sekolah-universiti 'dulu-dulu'. Kita kena cari ilmu.
Ok... Program induksi ni juga kita akan dengar macam-macam cerita/pengalaman dugaan-dugaan, cabaran, kesukaran, peristiwa luar jangkaan, daripada orang-orang yg berpengalaman. Macam yg Mar hadir semalam, dalam 10 orang peserta, Mar sorang jer yg 'first timer' dalam volunteer ni (tapi I tak menyesal pun... Hehe... I masih muda, dan moga Allah beri izin utk join next mission). Banyak tempat yg dyorang dah pergi, dalam dan luar negara... Yg interesting of course laa luar negara. Cth pengalaman: Misi ke Lombok, Rohingya (naik cruise 21 hari, tapi, tak dpt turun akhirnya sebab kena kepung dgn navy sana), Palu, dll. 3 tempat utama tu memang interesting mission yg mencabar.
"Misi 7" jugak beri penekanan bahawa pertubuhan ni laksanakan satu-satu misi tu mesti dengan melalui 4 fasa, termasuklah yang pertama "Fasa Penilaian" (the most important step). Sehinggalan fasa akhir (pelepasan). Sampai satu masa, bila Misi 7 dah dapat lihat penerima bantuan dapat jana dana sendiri untuk bukan saja keluar daripada kepompong kemiskinan (asnaf) juga memajukan masyarakat setempat, insyaAllah that means misi mereka telah pun berjaya capai objektif.
Begitulah serba sebanyak yg dapat Mar kongsikan dengan kalian yg sempat & sudi membaca posting ini. Taqabballahuminna waminka. Moga Allah izinkan utk kita memanfaatkan tenaga, masa dan harta untuk bantu orang lain. InsyaAllah.
Volunteer, donate, travel.
#misi7
No comments:
Post a Comment