Bismillah.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
23022019
"PERINGATAN"
Percaya tak, yang kita ni perlukan peringatan selalu (walaupun bagi kita ia agak membosankan)?
Siapa yg tak mengaku dirinya selalu "lupa"? Tidak kisahlah, lupa pada satu-satu kerja ke, lupa kunci letak mana ke, sehinggalah seserius lupa yg kita belum solat...
Contohnya (nak menunjukkan peringatan itu perlu), dulu waktu sekolah, kita selalu diingatkan utk baca Surah al-Mulk sebelum tidur. Jadi, waktu tu memang kita tak lupa lah nak baca, lebih-lebih lagi jika tinggal di asrama, baca surah berkenaan adalah dibuat secara berjemaah. Bila dah habis sekolah, masuk universiti, kita masih lagi amalkan secara individu... Namun, tak lama. Sebab, dari semasa ke semasa pd waktu tu kita disibukkan dgn assignment serta aktiviti kokurikulum yg membuatkan kita sendiri tertidur dgn kerja-kerja yg tidak berkesudahan itu. Kita makin 'tak sempat' nak baca. Dan lama kelamaan kita pun dah lupa yg kita 'kena' baca surah tu kalau kita nak terhindar daripada azab kubur. Kemudian, lepas grad, kita masuk pula ke alam kerja, ada orang (kawan kita) ajak kita try dengar ceramah.. Best katanya ustaz/ustazah tu punya penyampaian.. Masa tulah Allah hantarkan peringatan kat kita. Ditakdirkan topik pada masa tu adalah kehidupan selepas kematian. Ustaz/ustazah tu pun selitkan tentang sunnah membaca Surah al-Mulk tu supaya Allah selamatkan kira daripada hukuman di kubur... Barulah kita teringat yg kita dulu pernah amalkan tp sekarang kita dah terleka dengan desakkan dunia. Masa tulah, kita akan buat keputusan samada kita nak buat turning point time tu juga atau, tangguh dulu lain masa (agak rugi).
Begitulah contoh perlunya kita kepada peringatan, kerana kita memang mudah lupa dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Termasuklah peringatan bersifat pada ilmu yang baru. Semoga hati dan diri kita terbuka untuk menerima dan 'mencari' peringatan (memandangkan kita pun tak tahu benda apa yg kita sedang lupa). InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment