Alhamdulillah, sekarang saya rasa saya stabil berbanding awal pagi tadi dan malam tadi sebelum tidur.
Allahuakbar, untuk ingat apa yang terjadi lewat malam tadi, menakutkan bagi saya. Perut saya masuk angin. Padahal saya baru je "makan". Memang dari lebih kurang pukul 6.30petang semalam kepala saya mula sakit. Saya makan panadol 2 biji. Bila malam tu, saya rasa saya masih dapat kawal diri dan rasa kesan panadol tu mengurangkan sakit kepala.
Dan, alhamdulillah, sebelum pukul 10, Allah beri hidayah kepada saya untuk mencuba menunaikan solat sunat Gerhana Bulan. Bila pertama kali melakukannya, rasa nervous dan excited, sebab rukun solat itu agak berbeza berbanding solat-solat sunat yang lain. Saya berniat, itu sebagai pengalaman dan proses pembelajaran buat diri saya.
Dalam pukul 10.40malam, saya baru persiapkan makan malam. Ya. Mungkin memamg betul kata kakcik, jadual makan saya tak betul. Saya berbuat demikian sebab saya rasa saya kurang lapar. Jadi, saya sediakan juga makan lewat malam tu untuk sekadar melapik perut saya.
Ya. Ni lah yang saya masukkan dalam perut saya malam tadi. Tapi tart tu saya tak larat habiskan kesemuanya. Separuh tart yang sebelah kanan tu saya simpan semula dalam peti. Mungkin, hidangan chese manis (desert) agak tak sesuai dengan perut saya pada waktu ini. Maafkan saya, bukan saya sengaja untuk lambat-lambat menghabiskannya. Pada masa itulah, saya sedar bagaimana rasanya tekak orang yang terpaksa memilih makanan.
Bancuhan susu dan oat saya dapat habiskan. Sambil makan, saya membaca buku Arkitek Jalanan. Lambat betul saya nak habiskan baca. Selesai makan, saya tak sedar dengan berlalunya masa, bermakna, sepatutnya cukup 4 jam saya perlu makan panadol lagi sebab sakit kepala tu belum betul-betul hilang.
Saya terus mengalihkan emosi saya untuk melukis. Siap melukis yang mengambil masa 1 jam, kepala saya makin berat, sakit. Masa tu saya dah tak keruan. Allah. Sakit. Saya makin rasa angin kipas dicampuri dengan keadaan udara sejuk (kesan hujan lebat petang itu) mula memberi kesan pada badan saya, perut saya.
Saya nak cepat-cepat tidur. Katil saya persiapkan. Kibas-kibas apa yang patut, lampu saya tutup. Saya baring. Allah.. saya tak selesa. Saya capai balm angin, saya sapu pada perut. Ya Allah, tolong redakan perut saya. Dalam masa yang sama, kepala makin sakit. Beberapa saat lepas tu, perut saya betul-betul rasa tak selesa. Membuatkan saya mula rasa mual. Saya terus menuju ke tandas. Tak sangka, pada masa itu saya mula muntah-muntah. Lepas satu, satu. Saya tak sanggup nak hadap. Saya jirus tandas. Kembali ke katil, nak cepat-cepat tidur supaya rasa itu hilang sebaik sahaja melelapkan mata. MasyaAllah. "Dia" (rasa loya) belum pergi. Mata saya terus menangkap baldi biru dalam bilik saya, yang kebiasaannya saya guna untuk ampai baju. Saya letak tepi katil. Tak sampai seminit baring, saya terus muntah dalam baldi tu. Lebih dua kali. Banyak😢 Saya jadi takut. Saya tengok kat handphone, kakcik online. Masa tu dah pukul 1.30am. Saya mengadu dekat kakcik.
Tentang tidur, for sure, saya memang tak lebih tidur. Dah lama saya tinggalkan habit tu. Tapi, saya tak dapat nafikan waktu makan yang salah😢
Saya tak ada milo, saya tak boleh nak bancuh susu (sebab teringatkan tadinya saya memang dah minum susu). Masa tu, serius saya dah longlai dah. Kakcik nak suruh saya makan panadol juga, tapi kena lapik perut dulu. Masalah saya, saya dah mual nak makan apa pun walaupun "kurma + madu". Dengan panadol saya tak sempat makan, saya terlelap jua.
Sebaik azan subuh berkumandang, Allah kejut saya bangun dari katil. Mimpi famili lagi, alhamdulillah🙂 Tapi... Sakit kepala ada lagi, samar-samar. Saya aim, lepas solat saya nak makan nasi dan lauk yang saya simpan dalam peti. Makan sikit pun tak apa lah, asalkan lepas tu saya boleh makan panadol lagi. (bersambung..)
---
SMardianaMS,
15 Syawal 1442 H.
No comments:
Post a Comment