Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
26/05/2021
Hari ini saya bangun pukul 4.50pagi. Terasa berat kepala, sakit di belah bawah belakang telinga. Bangun-bangun, bila sakit kepala tu, saya kaitkan dengan bebanan fikiran semalam. Ya Allah, besar sangat ke masalah-masalah tu sampai buat saya sakit kepala?
Bangun dari katil. Nak minum air, tapi, tak boleh. Saya belum basuh tangan. Mengikut sunnah, kalau bangun tidur, tak boleh terus capai bekas minuman, melainkan sudah basuh tangan.
Saya bergerak ke tandas. "Allahumma inni a'uzubika minal khubsi wal khoba-is," Kaki kiri melangkah masuk. Eh. Patah balik keluar, cukup sekadar keluar tandas. Berdiri depan bilik air. Saya belum baca doa bangun tidur! "Alhamdulillahillazi ahyana ba'dama amatana wailaihinnusyur," Astaghfirullahalazim, dalam hati. Kemudian kembali masuk tandas, disarungkan selipar, tutup pintu. Treng, treng, treng. Pengurusan diri tandas dan bilik air pun selesai, diakhiri dengan berwudhuk.
Solat apa saya nak buat pagi ini? Oh. Saya ada hutang. Solat qada' salah satu solat yang berjumlah 4 rakaat didirikan. Kekhusyukan tidak berapa mencukupi. Masih memikirkan, "apa saya patut buat hari? Apa saya patut buat harini? Mampu ke saya kejar apa yang saya sudah tertinggal?" Saya mula memikirkan saya mungkin ada satu "disorder". Ia mungkin belum ada definisinyang sesuai.
Tetapi, saya mula memikirkan, saya sudah terlalu memandang rendah dunia. Saya mungkin gagal menyeimbangkan titik berat tentang apa yang berlaku di dunia ini. Pada saya, "saya tak peduli, itu tidak penting, tak akan beri kesan pada saya pun," masyaAllah.
Masih tengah solat. Pada sujud terakhir, "Ya Allah, ampuni aku, kerana aku tidak khusyuk sepenuhnya. Dan aku tidak tahu pada rukun mana yang aku berjaya khusyuk tadi. Aku harap, ada pada solat ini yang Engkau terima khusyuknya walaupun sedikit. Saya akan cuba lagi dapatkan khusyuk pada solat selepas-selepas ini,"
Habis solat. Saya menyedari, "breeze" angin sejuk/udara/bayu yang mententeramkan ini sama macam zaman saya rajin bangun stay up pagi-pagi untuk belajar masa zaman diploma dulu. Semasa sem terakhir di Lendu, kolej kediaman saya paling dekat dengan masjid. Bilik saya menghadap tasik tapi, adala pokok-pokok yang menghalang, jadi, tidak boleh nampak tasik directly. Kalau Aqila, dia akan rajin baca Surah Al-Muzzammil pagi-pagi. Dia baca kuat. Mahu pula tingkap bilikdan langsir kami buka seluas-luasnya. Sedap. Angin sejuk masuk, mengubah kebahangan udara dalam bilik jadi sejuk. Takkan terfikir nak air-cond lah masa tu.
Ya. Bayu itu. Saya rindu. Bayu itu mengingatkan saya kepada ilmu. Betapa rajin saya dulu menelaah ilmu sama ada untuk akademik mahupun buku-buku yang saya beli pun untuk saya cakna dengan kontemporeri. Tetapi, masih lah. Takkan lari dengan kaitannya dengan agama.
Pelik juga. Masa bila saya berubah sehingga hari ini, amat jauh saya telah ketinggalan. Dulu, masa bergelar pelajar politik, eh tak pun, mungkin pelajar polisi. Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), lazim dengan subjek-subjek berkaitan politik sebab melibatkan polisi yang digubal oleh kerajaan. "Legislative, Executive and Judiciary" masyaAllah, rajin dan bijaknya saya dulu. Berbezanya dengan sekarang😅
Harini, saya harap bayu yang Allah bagi rasa ni, yang membuatkan saya teringat zaman belajar itu, ini adalah semangat yang Allah sedang kirimkan pada saya. Jangan "menyakitkan kepala" lama-lama dengan menyalahkan diri. Walaupun mungkin saya akan agak perlahan untuk mengejar apa yang saya telah ketinggalan, tapi, insyaAllah saya boleh melakukannya. Ini semangat dari Allah. Ini bisikan semangat yang Allah kirimkan.
Tentang menyalahkan social media pun, tak guna lah saya asyik salahkan kalau saya sendiri gagal memprioritikan penggunaannya.
Saya tak mampu nak teruskan solat lain. Sebab fikiran masih belum elok. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuka Al-Quran, membaca Yasin. Jam menunjukkan kurang 15 minit hendak masuk waktu Subuh. Saya takkan sempat baca semua "hajat Surah Yaasin" saya. Jadi, saya fokuskan kepada insan-insan dalam senarai sedekah saya. Moga Allah kurniakan keafiatan, kasih sayang-Nya, belas kasihan-Nya dan keampunan kepada mereka.
Tidak sempat habis baca surah Yasin, azan berkumandang. Dan saat itulah saya capai telefon bimbit saya ini. Dan, membuka aplikasi Blogger untuk entri ini 😉
Sekian.
Catatan,
SMardianaMS.
14 Syawal 1442H.
Ya, saya ambil keputusan tak bersahur dan tak teruskan puasa sebab nak jaga makan dan berat saya buat masa ni (sementara kuarantin dan teringat-ingat memen terkejut doktor yang menelefon saya semalam mengatakan saya "underweight") InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment